Posts

Showing posts from August, 2013

Istikharah dalam kehidupan

Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim.  Salam pagi jumaat penuh barakah. Semoga sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini pada saat ini dianugerahkan Allah kesenangan dan kesejahteraan hidup serta dipermudahkan segala urusan. Ameen. Pada tika dan saat jari ini leka menekan kekunci hati masih tertumpu pada banyak persoalan yang tidak pasti. Terlalu banyak perkara yang memerlukan diri ini membuat keputusan. Sungguh dalam hidup ini kita tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan persoalan-persoalan yang memerlukan kita membuat pilihan. Sejak dari kecil hingga dewasa, semasa kita membuat pilihan kadang kita tersalah pilih..kenapa?  Yang pasti kerana pilihan itu mungkin hanya bersandarkan rasa hati, ikut-ikutan dan mungkin juga keterpaksaan. Kenapa agaknya kita tidak memanjangkan persoalan itu kepada yang maha mengetahui. .agar diberikan panduan dalam membuat keputusan. Saya tidak pasti sejak bila saya mengamalkan solat sunat istikharah secara konsisten.  Namun apa yang past

Impian dan kenyataan

Teks: Jazilah mohd saad Impian adalah harapan. Impian adalah cita-cita. Begitu tafsiran saya. Mungkin ia berbeza dengan tafsiran orang lain. Maka hormati lah perbezaan itu. Semasa kecil apabila ditanya apa impian saya pastinya saya akan menjawab. ..saya nak jadi cikgu yang baik..faktor keluarga berkemungkinan banyak mempengaruhi corak pemikiran pada masa itu. Ayah seorrang guru..abang , kakak juga guru. Maka pastinya saya juga ingin menjadi seorang guru. Apabila usia menginjak dan semakin luas pergaulan sosial impian dan cita-cita untuk menjadi cikgu turut hilang dari kotak fikiran. Impian akhirnya bertukar lagi untuk menjadi seorang peguam. Namun akhirnya kerjaya pertama yang diceburi adalah sebagai guru. Begitulah ketentuan takdir. Walaupun hanya sementara dan hanya bersama anak-anak kecil, diri cukup rasa dihargai apabila digelar cikgu. Akhirnya takdir juga membawa diri ini untuk dapat mencapai impian yang telah tersemat suatu ketika dahulu untuk menjadi seorang peguam. walau h

Luahan hati

Saya suka membaca kisah dan catatan orang lain tak kisah lah dalam blog atau fb atau buku. Mungkin orang lain juga begitu. Apabila membaca kisah orang yang berjaya. Terasa ingin menjadi seperti beliau. Kisah-kisah hidup mereka menjadi sumber inspirasi saya. Namun apabila ingin menulis catatan peribadi seringkali hati ini berkira-kira. Sering merasakan diri cukup kerdil..tidak sesempurna mereka di luar sana yang mampu mengabadikan perjalanan kisah hidup mereka sebagai iktibar dan pengajaran kepada orang lain. Semoga suatu masa nanti impian kecil dari sudut hati ini tercapai. Sekadar luahan hati.... 11.20 am @ 23 ogos 2013

Kerja oh kerja

Tinggal sebulan lebih lagi saya akan kembali kepada rutin asal sebagaimana tiga tahun yang lepas. Begitulah lumrah kehidupan. Bukan semua yang kita inginkan terjadi mengikut kehendak kita. Jika sepanjang 3 tahun cuti belajar,  masa banyak ditentukan oleh diri sendiri. Bila masa terasa penat...akan berehat. .bila terasa rindu dengan anak-anak boleh luangkan lebih masa bersama mereka. Begitu juga dengan pasangan. Yang lebih penting ialah tidak perlu bersesak mengharung kesesakan lalulintas dan terkejar-kejar "punchcard. Walau ada masa nya trpaksa juga mengharung jem...di mrr2 dan terkejar  waktu meeting dengan penyelia tapi ia hanyalah sekali seminggu sahaja. Sungguh jika sda yang bertanya  seronok tak cuti belajar pastinya ya...adakalanya terasa down menghadapi masa-masa buntu namun saat dan waktu itulah membuatkan kita terasa lebih dekat dengaNya. Ya Allah. .semoga apa sahaja yang bakal dilakukan olehku sentiasa membuatkan aku lebih dekat denganMu. 9.15 pg 22 ogos 2013

Nafkah isteri yang bekerja

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang Perkongsian hari ini adslah berkenaan  nafkah seorang isteri terutama isteri yang bekerja.  Sebagaimana yang dimaklumi nafkah seorang isteri adalah wajib ditunaikan oleh seorang suami. Hak terhadap nafkah kadangkala dianggap remeh apabila isteri secara sukarela mendiamkan isu ini demi kerukunan rumahtangga. Nafkah isteri boleh dilihat dalam banyak aspek. Antaranya penyediaan nafkah untuk keperluan hidup seperti rumah kediaman,  makan minum, , kesihatan diri juga perhiasan diri. Berdasarkan pengalaman peribadi mengendalikan kes kekeluargaan mahkamah syariah, banyak kes perceraian berpunca daripada masalah pembayaran nafkah. Kebanyakan pasangan yang bercerai disebabkan masalah nafkah juga agak sukar untuk mendapatkan hak nafkah bagi anak - anak nya selepas perceraian berlaku. Perkongsian hidup antara suami dan isteri sering disalah anggap berkongsi segalanya termasuklah nafkah.  Benar isteri yang bekerja

Berita kematian

Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Petang semalam menerima berita kematian sahabat suami yang bertugas di jakim cawangan sarawak.  Sungguh terkejut dengan berita tersebut dan sayu rasa hati. Walaupun arwah hanyalah rakan kepada suami..namun secara peribadi saya turut terkesan kerana keperibadiannya dan jasanya kepada kami berdua. Saya masih ingat pada hari pertama melapor diri di Sarawak. ..arwah lah yang menjadi penyelamat kami datang menghulurkan bantuan menghantar saya dan suami ke jabatan masing-masing. Ketika itu kereta kami tanpa disangka-sangka tidak boleh dibuka kunci stereng.  Ya Allah sungguh Engkau lebih menyayangi nya. Limpahkan rahmat dan maghfirah Mu kepada arwah dan sahabat yang lain yang turut terkorban sama.