Saturday, 4 January 2014

Corat coret

Teks : Jazilah mohd saad

Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang.

Semoga kalian sentiasa dalam rahmat ilahi. Alhamdulillah kembali bersiaran setelah sekian lama menyepi diri. Faktor masa dan line internet yang teruk sering membuatkan hasrat hati untuk menulis tergendala. Beberapa draft terbiar sepi tanpa apa-apa suntingan.
Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Jadikan apa yang berlaku sebagai panduan dan pengajaran meneruskan kehidupan.
Walau apapun perancangan terbaik yang kita buat pastinya tidak mampu mengawal ketentuan Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik terjadinya sesuatu. Perancangan cuti  kami pada cuti sekolah lepas tidak kesampaian. Ibu mertua dimasukkan ke wad ICU kuala terengganu. Semua itu ketentuan Allah yang tiada siapa sangka. Moga Allah memberikan yang terbaik kepada kami dan mempermudahkan segala urusan kami nanti.
Mohon doa kalian agar Allah memberikan kesembuhan semula kepada bonda mertua.

...hingga ketemu lagi. ..