Sunday, 13 April 2014

Kerjaya sebagai pegawai syariah

Teks: jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan yang indah dan nikmat kesihatan yang tidak ternilai.
2 minggu lepas adalah sesi temuduga pengambilan pegawai syariah ls41. Beberapa pegawai kanan jabatan terlibat dalam sesi temuduga tersebut. Sungguh bukan semua orang suka berhadapan dengan temuduga namun itulah salah satu cara bagaimana seseorang boleh dinilai tahap kebolehan mereka sebelum boleh diterima masuk kerja.
Bagi jawatan pegawai syariah selain daripada kelayakan asas sebagaimana yang pernah saya kemukakan sebelum ini, seseorang yang ingin menjawat jawatan ini pastinya perlu menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Begitu juga kelancaran dan kefahaman menguasai kitab thurath juga menjadi keutamaan.
Secara peribadi saya mengharapkan agar sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai pegawai syariah nanti bukan sahaja mampu menguasai pelbagai bidang dan cabang ilmu malah mempunyai keperibadian dan sahsiah yang tinggi.


Mengetahui lebih lanjut bagaimana memohon pekerjaan di agensi kerajaan, boleh klik di sini.