Posts

Showing posts from August, 2014

Menghargai apa yang dimiliki

UTeks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim.  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha menyayangi. Alhamdulillah. Kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati indahnya kehidupan ini. Tanpa perlu merungut seharusnya kita bersyukur atas apa sahaja yang kita ada. Bagaimana mungkin kita boleh merasai nikmat kehidupan sekiranya kita asyik mengeluh atas apa sahaja perkara. Lumrah manusia menginginkan yang cantik, yang terbaik sehingga terlupa bahawa dia sebenarnya telah memiliki yang terbaik baginya. Dalam kehidupan berpasangan seringkali ada pasangan yang suka membandingkan pasangannya dengan pasangan orang lain yang lebih baik. Sedangkan dia tidak tahu bahawa sebenarnya Allah telah memberikan pasangan yang pastinya ada kelebihan tersendiri. Setiap kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh setiap pasangan pastinya saling melengkapi. Nikmatilah kehidupan berpasangan dengan kelebihan dan kekurangan yang ada. Setiap kekurangan tampung lah dengan kelebihan yang kit

Poligami

Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam jumuah mubarakah. Semoga dengan keberkatan hari Jumaat ini kita semua dilimpahi rahmat Allah. Heboh sehari dua ini di Facebook dan juga whatsapp tentang kenyataan dan pendapat dari seorang wanita bernama syikin mengenai poligami. Ada yang mengutuk tak kurang juga yang memuji. Sungguh isu poligami bukan isu biasa, ia isu hangat yang perlu ditangani secara bijak. Bukan apa, bimbang sekiranya pendapat yang diberikan akan mengakibatkan kita tersalah kata tersilap bicara sehingga mempertikaikan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Saya bukan seorang yang anti poligami dan tidak juga menyokong 100%. Berpandukan undang undang yang ada, poligami dibenarkan dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan. Perbanyakkan bacaan mengenainya dan fahami hukum hakam yang berkaitan dan bukan bercakap dan menulis tanpa asas dan otoriti yang jelas. Semoga Allah mengampuni kita semua.

Bahagian Sokongan Keluarga

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang membenarkan dan mengizinkan entri ini disiapkan. Sejak Januari hinggalah Ogos entri ini tertangguh dengan pelbagai alasan. Perjalanan kerjaya kadang-kadang sukar diduga. adakalanya apa yang berlaku memenuhi keinginan dan hasrat hati namun adakalanya apa yang berlaku memberikan kejutan yang tak disangka. Namun sebagai seorang insan yang pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi, anggaplah sahaja ia adalah suatu rezeki dan nikmat yang tak dijangka dan ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Kembali kepada perjalanan karier saya, mulai Januari 2014, saya telah ditempatkan di Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Satu bahagian yang baru sahaja diwujudkan pada tahun 2009. Walau pada awalnya rasa berat dihati untuk meninggalkan lubuk ilmu (pusat Sumber) yang makin serasi dengan jiwa, namun arahan tetap dipatuhi. Moga-moga Bahagian baru, bos baru dan staf dan rakan sekerja yang baru m

Mood raya

Image
Bismillahirrahmanirrahim dan selamat hari raya Teks: jazilah mohd saad Masih dalam mood hari raya walaupun dah 2 hari bekerja. ..Hu. .Hu. susah betul nak adjust suasana. Apa pun kerja tetap kerja. Bekerja dalam suasana hari raya ada seronoknya. Masing masing masih happy dan kita pun senang nak berurusan. Kalau tak sikit-sikit moody. Nak tegur pun takut. Apatah lagi nak bertanya pasal kerja. Harapnya berterusan lah mood ceria ini sepanjang masa. Selamat hari raya......