Posts

Showing posts from September, 2014

Bersyukur seadanya

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Menghirup udara petang dengan riuh rendah suara anak-anak bermain di taman di hadapan rumah.  Syukur masih lagi dianugerahi nikmat ini. Sambil menjeling muka buku, pelbagai aktiviti di titipkan oleh kawan dan teman sempena musim cuti sekolah ini. Ada yang melancong, membeli belah dan tak kurang juga yang berada di kampung halaman. Walau apapun tujuan posting tersebut harapnya tujuan adalah sebagai tanda mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Sering juga saya terbaca posting yang mengatakan adalah tidak wajar untuk kita post gambar makan, holiday dan sebagainya.  Dikatakan boleh menjurus kepada riak. Namun bagaimana kita sebagai pembaca mentafsirkan itu riak atau tidak. Cukuplah kita sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri agar tidak wujud perasaan ujub dan riak tatkala berbuat apa sahaja. Al faqir ilallah

Bahagian Sokongan Keluarga

Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim.  Seperti yang pernah dijanjikan, hari ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan Bahagian Sokongan Keluarga JKSM dan peranannya.  Semoga ia menambah pengetahuan pembaca dan seterusnya dapat berkongsi dengan pihak yang memerlukan khidmat Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Secara ringkas, BSK ditubuhkan secara rasmi di jksm pada tahun 2008 namun operasi dimulakan pada tahun 2009. Objektif penubuhan Bsk adalah: 1. Memastikan kepentingan golongan yang berhak menerima nafkah melalui perintah mahkamah Syariah terpelihara; 2. Mengenalpasti dan membantu menyelesaikan masalah pemiutang/ penghutang penghakiman terutama yang melibatkan nafkah dan seumpamanya; 3. Mengatasi isu kelewatan dalam pengendalian kes-kes penguatkuasaan perintah Kehakiman; dan 4. Memelihara hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terbabit di dalam institusi kekeluargaan. Berdasarkan objektif yang telah digariskan, BSK telah berperanan dan menjalankan fungsinya sebagaim

Ulang tahun perkahwinan

Image
Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan kita nikmat kehidupan sehingga ke hari ini. Semalam adalah hari ulang tahun perkahwinan saya dan pasangan yang ke 13. Sungguh saya lupa akan tarikh tersebut. Syukur suami mengingatkan saya dengan sejambangan bunga ros.  13 tahun tempoh yang panjang dalam sebuah perkahwinan.  Namun perjalanan masih jauh. Banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam meniti perjalanan hidup berkeluarga. Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada untuk meneruskan kehidupan ini bersama redha Nya. Ameen.