Thursday, 22 September 2016

Teks: Jazilah Mohd Saad

SEMINAR KEBANGSAAN TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA DI USIM NILAI NEGERI SEMBILAN

Seminar yang dihadiri hari ini banyak memberikan ilmu yang berguna. Antaranya ada ilmu yang baru dan ada juga pengulangan kepada pengetahuan sedia ada. Seminar bermula dengan ucaptama Ketua Pengarah JKSM. Antara intipati utama ucaptama adalah:
1. Keperluan terhadap pengurusan harta berlandaskan syarak;
2. Keperluan mempelajari ilmu faraid; dan
3. Penambahbaikan yang telah dibuat oleh JKSM-Pembangunan e-faraid.

Sesi berikutnya adalah perkongsian mengenai Pengurusan dan Bidangkuasa kes Harta Pusaka Mahkamah Syariah di Malaysia: Cabaran dan Transformasi. Selepas rehat sesi diteruskan dengan pembentangan kertas bertajuk, Implikasi harta pusaka dalam konteks hukum dan nasab  dan sesi terakhir adalah mengenai Transformasi Pengurusan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia: Isu-isu dan penyelesaiannya.  Dalam masa yang sama terdapat beberapa sesi yang dijalankan secara selari. Antara pembentangan tersebut adalah berkenaan kaedah Yadawi yang dicipta bagi memudahkan pemahaman terhadap sistem pembahagian faraid. satu kaedah yang menarik untuk dipelajari.

Semoga ilmu berkenaan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka sentiasa berkembang. InsyaAllah