Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam, Sembah dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sebagai seorang wanita berkerjaya, kita tentu tidak lari daripada menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam menempuh hari-hari. Dugaan di tempat kerja, bersama rakan sekerja, bos, anak buah dan pelbagai kerenah pentadbiran yang merumitkan. Seringkali juga kita seakan kecewa dan stress dengan keadaan tersebut. Namun pada ketika itu, lari daripada masalah dan tidak berhadapan dengan dugaan dan cabaran tersebut bukanlah jalan yang sepatutnya menjadi pilihan. justeru jalan terbaik adalah hadapi setiap dugaan dan cabaran tersebut dengan tenang dan banyakkan mengingat Allah supaya kita sentiasa mengingat bahawa sesungguhnya tempat bergantung yang terbaik adalah kepada Allah. Tips menghadapi masalah tempat kerja 1.Senantiasa bertakwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tenangkan hati dengan zikrulloh 2.Mengingat bahwa bers...
Posts
Showing posts from 2016
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah Mohd Saad SEMINAR KEBANGSAAN TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA DI USIM NILAI NEGERI SEMBILAN Seminar yang dihadiri hari ini banyak memberikan ilmu yang berguna. Antaranya ada ilmu yang baru dan ada juga pengulangan kepada pengetahuan sedia ada. Seminar bermula dengan ucaptama Ketua Pengarah JKSM. Antara intipati utama ucaptama adalah: 1. Keperluan terhadap pengurusan harta berlandaskan syarak; 2. Keperluan mempelajari ilmu faraid; dan 3. Penambahbaikan yang telah dibuat oleh JKSM-Pembangunan e-faraid. Sesi berikutnya adalah perkongsian mengenai Pengurusan dan Bidangkuasa kes Harta Pusaka Mahkamah Syariah di Malaysia: Cabaran dan Transformasi. Selepas rehat sesi diteruskan dengan pembentangan kertas bertajuk, Implikasi harta pusaka dalam konteks hukum dan nasab dan sesi terakhir adalah mengenai Transformasi Pengurusan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia: Isu-isu dan penyelesaiannya. Dalam masa yang sama terdapat beberapa sesi yang dijal...
Tahfiz Model Ulul Albab
- Get link
- X
- Other Apps
Teks : Jazilah Mohd Saad Tahfiz Model Ulul Albab Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah hari niberkesempatan mendengar taklimat berkenaan tahfiz model ulul albab (TMUA) yang akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya. Secara ringkas TMUA merupakan gabungan antara Kurikulum Kebangsaan, kurikulum bersepadu tahfiz (kbt) dan program ulul albab berdasarkan pendekatan Quranik Ensiklopedia dan Ijtihadik. Ia telah dilaksanakan di 4 buah Sekolah Berasrama Penuh dan 11 SMKA yang terpilih seluruh negara. Memandangkan SMKA Putrajaya agak dekat dengan rumah, Elok juga kalau anak bersekolah kat sini. Namun oleh kerana pelaksanaannya adalah tahun pertama pada tahun hadapan, agak sukar juga untuk menduga peluang samada besar atau kecil. Berdasarkan taklimat tadi, 30% kuota diberikan kepada pelajar luar Putrajaya. 70% dikhususkan kepada pelajar dalam Putrajaya. Mudah-mudahan ada peluang Irsyad un...
Tazkirah untuk diri
- Get link
- X
- Other Apps
Bismillahirrahmanirrahim Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam jumuah mubarakah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati indahnya kehidupan ini. Kehidupan ada kalanya manis adakalanya pahit. Sepahit mana pun kehidupan, hidup perlu diteruskan. Terkadang Allah uji kita dengan kemanisan dan terkadang Allah uji dengan kedukaan. Itu adalah rona rona kehidupan yang perlu dilalui. Dalam kehidupan terkadang juga kita tersilap langkah dalam bertindak. Jika ada yang menegur jangan cepat melatah. Mungkin ada salah silapnya di mana mana. Mungkin kita tidak suka dengan teguran kerana kita merasakan apa yang buat tidak ada salahnya. Tatkala terjadi begitu....berhentilah sejenak...renungi lah. ..muhasabah lah diri. Gunakan benchmar...