Posts

Showing posts from 2016
Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam, Sembah dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sebagai seorang wanita berkerjaya, kita tentu tidak lari daripada menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam menempuh hari-hari. Dugaan di tempat kerja, bersama rakan sekerja, bos, anak buah dan pelbagai kerenah pentadbiran yang merumitkan. Seringkali juga kita seakan kecewa dan stress dengan keadaan tersebut. Namun pada ketika itu, lari daripada masalah dan tidak berhadapan dengan dugaan dan cabaran tersebut bukanlah jalan yang sepatutnya menjadi pilihan. justeru jalan terbaik adalah hadapi setiap dugaan dan cabaran tersebut dengan tenang dan banyakkan mengingat Allah supaya kita sentiasa mengingat bahawa sesungguhnya tempat bergantung yang terbaik adalah kepada Allah. Tips menghadapi masalah tempat kerja 1.Senantiasa bertakwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tenangkan hati dengan zikrulloh 2.Mengingat bahwa bers
Teks: Jazilah Mohd Saad SEMINAR KEBANGSAAN TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA DI USIM NILAI NEGERI SEMBILAN Seminar yang dihadiri hari ini banyak memberikan ilmu yang berguna. Antaranya ada ilmu yang baru dan ada juga pengulangan kepada pengetahuan sedia ada. Seminar bermula dengan ucaptama Ketua Pengarah JKSM. Antara intipati utama ucaptama adalah: 1. Keperluan terhadap pengurusan harta berlandaskan syarak; 2. Keperluan mempelajari ilmu faraid; dan 3. Penambahbaikan yang telah dibuat oleh JKSM-Pembangunan e-faraid. Sesi berikutnya adalah perkongsian mengenai Pengurusan dan Bidangkuasa kes Harta Pusaka Mahkamah Syariah di Malaysia: Cabaran dan Transformasi. Selepas rehat sesi diteruskan dengan pembentangan kertas bertajuk, Implikasi harta pusaka dalam konteks hukum dan nasab  dan sesi terakhir adalah mengenai Transformasi Pengurusan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia: Isu-isu dan penyelesaiannya.  Dalam masa yang sama terdapat beberapa sesi yang dijalankan sec

Tahfiz Model Ulul Albab

Teks : Jazilah Mohd Saad Tahfiz Model Ulul Albab Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah hari niberkesempatan mendengar  taklimat berkenaan tahfiz model ulul albab (TMUA) yang akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya. Secara ringkas TMUA merupakan gabungan  antara Kurikulum  Kebangsaan, kurikulum  bersepadu  tahfiz (kbt) dan program  ulul albab berdasarkan  pendekatan Quranik Ensiklopedia dan Ijtihadik. Ia telah dilaksanakan  di 4 buah Sekolah Berasrama Penuh dan 11 SMKA yang terpilih seluruh negara. Memandangkan  SMKA Putrajaya agak dekat dengan rumah, Elok juga kalau anak bersekolah kat sini. Namun oleh kerana pelaksanaannya adalah tahun pertama pada tahun hadapan, agak sukar juga untuk menduga peluang samada besar atau kecil.  Berdasarkan taklimat tadi, 30% kuota diberikan kepada pelajar luar Putrajaya. 70% dikhususkan kepada pelajar dalam Putrajaya. Mudah-mudahan ada peluang Irsyad untuk memohon SMKA Putrajaya. Pengalaman tahun lepa

Tazkirah untuk diri

Bismillahirrahmanirrahim  Teks: Jazilah  mohd  saad  Bismillahirrahmanirrahim  dan salam  jumuah  mubarakah. Alhamdulillah.  Syukur ke hadrat  Allah  kerana  masih diberi  kesempatan  oleh  Allah  untuk  menikmati  indahnya  kehidupan  ini. Kehidupan  ada kalanya  manis adakalanya  pahit. Sepahit mana pun kehidupan, hidup  perlu diteruskan. Terkadang Allah uji kita dengan  kemanisan  dan terkadang Allah  uji dengan kedukaan. Itu adalah rona rona kehidupan  yang  perlu dilalui. Dalam kehidupan  terkadang juga kita tersilap langkah dalam bertindak. Jika ada yang menegur jangan cepat melatah. Mungkin ada salah silapnya di mana mana.  Mungkin kita tidak suka dengan teguran kerana  kita merasakan apa yang buat tidak ada salahnya. Tatkala terjadi begitu....berhentilah  sejenak...renungi lah. ..muhasabah lah diri. Gunakan benchmark  berdasarkan  prinsip dan ajaran agama. Turunkan ego, jauhi lah prasangka. Monolog di pagi hari Jumaat 22 jan 2016