Posts

Showing posts from September, 2013

Ilmu: pencarian yang tidak berkesudahan.

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. "Kewajipan menguasai ilmu tidak ada batas usia. Dengan ilmu, kita akan memperbaiki hati dan fikiran. Ilmu mampu meningkatkan kualiti hidup dan pekerjaan. Ilmu juga menjemput izzah dan kemuliaan". Dr Ridzwan Bakar. Orang sering bertanya saya kenapa masih nak sambung belajar sedangkan kerjaya dah stabil, tidakkah susah untuk membahagi masa di antara keluarga, kerjaya dan pelajaran. Pada mulanya agak susah untuk memberikan jawapan yang memuaskan semua orang. Namun pendekatan jawapan mungkin berbeza mengikut siapa yang bertanya. Mungkin begitu juga sahabat lain yang berada di landasan yang sama. Secara umumnya alasan dan sebab mungkin pelbagai. Bagi seorang pensyarah universiti ianya adalah satu kemestian.  Namun bagi penjawat awam ianya satu pilihan. Secara peribadi bagi saya alasan menyambung pelajaran bermula dengan beberapa sebab seperti peluang dan

Raikan kejayaan kecil.

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan segala puji bagi Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Ia perlu usaha dan komitmen yang berterusan. Kejayaan yang besar pastinya bermula daripada kejayaan yang kecil. Kolektif kejayaan yang kecil inilah yang berjaya menghasilkan kejayaan yang besar. Kita sering terlupa untuk menghargai kejayaan kecil oleh kerana terlalu memikirkan kejayaan yang besar. Kita juga terlupa akan kejayaan kecil dek kerana terlalu fokus dengan kejayaan yang lebih besar. Dulu saya pun begitu, namun pembacaan berjaya mengubah persepsi saya sedikit demi sedikit. Apa untungnya merai kejayaan kecil dan bagaimana? Saya kongsikan di sini. Insya Allah. Secara analogi setiap kali orang memberi pastinya kita ucapkan terima kasih. Lantas hati pemberi berbunga riang. Begitu juga setiap kejayaan kecil yang dirai  adalah seolah-olah tanda terima kasih kepada diri sendiri.Penghargaan terhadap diri mampu memotivasikan dir

Ibu sumber inspirasi

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Hari minggu adalah hari untuk bersantai bersama keluarga. Keluarga adalah keutamaan. Dalam apa jua keadaan sibuk atau lapang, keluarga tidak sama sekali diabaikan. Keluarga adalah antara sumber inspirasi diri ini. Suami,anak-anak, ibu bapa dan adik beradik mampu menjadi sumber inspirasi asal saja kita mahu. Berkongsi pengalaman, ibu adalah antara individu yang banyak mempengaruhi diri ini dan salah satu sumber inspirasi saya. Ingin sekali menjadi seperti ibu, penyabar dan istiqamah dalam ibadah. Walaupun ibu bukanlah berpelajaran tinggi namun sifat positif dalam dirinya amat saya sanjung. Setiap kali keluh kesah hati diutarakan, respon beliau pastinya...insya Allah takder apa tu..mak doa sokmo dah. Hati yang gundah pasti lega mendengarnya. Walaupun ibu  juga bukanlah seorang tinggi pengajian agamanya. namun istiqamah yang tinggi terhadap ibadah amat saya kagumi. Setiap malam beliau akan menghadap quran

Hubungan mertua menantu

Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim salam jumaat penuh barakah. Baru selesai menonton nlko dengan penampilan prof muhaya sebagai tetamu dalam slot inspirasi pagi. Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh dr muhaya hubungan yang baik antara mertua dan menantu boleh dibina dengan hanya masing banyakkan bersyukur dan tidak saling mencari kesalahan. Hubungan antara mertua dan menantu memang adakalanya rumit terutamanya ibu mertua dan menantu perempuan.  Jadi tak hairan lah jika ada perceraian yang berlaku berpunca daripada masalah perhubungan tersebut.  Ibu mertua kadang kala terlalu suka untuk campur tangan urusan keluarga anak menantu dan menantu pula ego dan merasakan mereka sudah tahu semua perkara dan tidak perlu tunjuk ajar daripada orang lain lebih-lebih lagi mertua. Saya suka melihat cara bonda melayan menantu-menantunya. Menantu lelaki akan dihormati seolah-olah ingin mengajar anak sendiri begitulah caranya melayan suami. Menantu perempuan pula tidak pernah dikongk

konflik dalam perkahwinan

Teks: Jazilah Mohd Saad Konflik dalam perkahwinan adalah suatu perkara biasa yang lazim dialami oleh mana-mana pasangan suami isteri. Secara literal konflik bermaksud "perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, ‎ kepentingan dan Iain-lain: (Dewan Bahasa, 2005, ms. 814) Kenapa berlakunya konflik Berdasarkan kajian lepas konflik sebenarnya telahpun wujud sebelum perkahwinan berlangsung dan ianya hanya berkembang sejajar dengan berlangsungnya perkahwinan.(Cummings, (1998). Biasanya ia berlaku pada setiap orang yang mempunyai hubungan rapat. Menurut ( Morris and West 2001 ) konflik suami isteri boleh ‎ berlaku disebabkan terdapat situasi di mana hubungan, ‎ peranan, ‎ komunikasi, pemikiran, dan ‎ sistem kepercayaan pasangan adalah tidak sejajar dengan ‎ falsafah dan ‎ konsep perkahwinan. ‎ Ianya berkait ‎ rapat dengan ketidakupayaan pasangan untuk mengurus kecerdasan kemarahan dan ‎‎ berkonflik secara berkesan yang membawa ‎ kepada sesuatu yang negatif serta

perkahwinan

teks: jazilah mohd Saad Semalam 8hb September adalah ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke 12 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu rupa-rupanya sudah 12 tahun kami telah bersama-sama mengharung pahit manis hidup berkeluarga. Ulang tahun perkahwinan pada kali ini tanpa apa-apa acara istimewa atau kejutan hadiah dek kesibukan dengan pelbagai urusan dunia yang tak berkesudahan. insyaAllah jika diizikanNya dengan ruang dan masa, acara istimewa pasti ada nanti. Sebenarnya hari-hari biasa adalah hari-hari yang istimewa bagi kami. Umpamanya hari ini mertua dan suami siap menyediakan nasi dagang istimewa dan saya hanya goyang kaki pagi ini kerana semuanya sudah tersedia di meja. Mengharung tahun-tahun perkahwinan pastinya ada onak dan duri. Namun bagaimana penerimaan dan pengurusan keluarga ketika berhadapan dengan ujian itu pastinya mencorakan kehidupan kita. Secara peribadi saya percaya gabungan doa, iman tolak ansur dan persefahaman antara inti keserasian bagi setiap pasangan

Cuti belajar vs kerja

Image
Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam pagi jumaat yang penuh barakah.  Semangat ingin kembali menulis berkobar-kobar hari ni. Hari yang tenang tanpa ada sebarang temujanji samada dengan penyelia atau kenalan lain. Semua urusan bersangkut paut dengan temujanji selesai petang semalam. Alhamdulillah. Di saat ini hanya menghitung saki baki masa yang masih tinggal sebelum memulakan kembali rutin harian yang lebih sibuk. Alhamdulillah sepanjang hampir tiga tahun setengah Allah telah berikan saya peluang kembali merasai pengalaman bergelar pelajar pada masa saya sudah mempunyai keluarga yang besar. Ia sungguh berbeza kalau dibandingkan semasa first degree dan sarjana dahulu. Ruang dan waktu sebagai seorang pelajar adalah antara momen terindah buat saya. Saya cuba senaraikan beberapa perkara yang saya rasakan mempengaruhi ruang kehidupan saya. 1. terasa lebih banyak masa untuk beribadah Masa beribadat dan mendekatkan diri kepada yang maha esa dirasakan lebih banyak.

Cerai luar mahkamah

Teks:Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam  Baru sahaja selesai memberikan panduan kepada rakan kakak yang bertanyakan berkenaan isu cerai luar mahkamah yang berlaku kepada anak saudaranya.Benarlah kata orang, kerana hati badan binasa, kerana terikutkan rasa hati, si suami secara tidak sengaja telah melafazkan cerai kepada isterinya. Bagi si isteri, walaupun rasa sedih dan terkilan, tetap redha dan pasrah menerima segala suratan.  Suatu penceraian yang berlaku di luar mahkamah akan dianggap penceraian luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah dan ia perlu dilaporkan dan didaftarkan dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq. Mana-mana pihak samada isteri atau suami boleh melaporkan pelafazan tersebut. Berdasarkan seksyen 57 undang-undang Keluarga Islam, selepas mahkamah menerima laporan pelafazan talak, mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan samada talaq yang dilafaz tersebut sah atau tidak menurut hukum syarak. Justeru apa-apa bukti yang menunjuk

Muhasabah diri

Sebelum memulakan penulisan blog ini saya sering bimbang..takut sekiranya apa yang tulis ini menggambarkan ketidakcerdikan saya..kurangnya pengetahuan saya. Kenapa saya bimbang? Puas saya memikirkan kenapa dan mengapa.  Saya banyak membaca penulisan orang lain.yang memberi inspirasi kepada saya terutamanya tulisan prof kamil..dr muhaya dan ramai lagi penulis hebat di luar sana. Saya rasa seronok..saya rasa ingin menjadi seperti mereka. Yang hati mereka penuh nilai-nilai positif. Yang diri mereka sentiasa bermatlamatkan keredhaan Allah semata. lantas saya terfikir bahawa sebenarnya keseronokan inilah yang ingin dikongsi bukannya perasaan betapa hebatnya saya atau betapa banyaknya ilmu yang saya ada. Keseronokan berkongsi ilmu dan pengalaman adalah satu kemanisan dalam hidup. Saya ingin istiqamah dalam berbuat apa sahaja kebaikan. .saya ingin hati saya kekal dalam perjalanan bermatlamatkan keredhaan Allah. Doa saya agar apa sahaja yang telah, sedang dan bakal saya buat mampu mendekatkan

Mutaah

Teks: Jazilah mohd saad Entri kali ini adalah sambungan daripada entri sebelum ini berkaitan dengan hak seorang isteri selepas diceraikan. Selepas penceraian antara tuntutan yang boleh dibuat adalah menuntut bayaran mutaah. Mutaah merupakan saguhati yang diberikan oleh bekas suami kepada bekas isteri yang diceraikan  sebagai persediaan untuk memulakan kehidupan baru selepas berakhirnya sebuah perkahwinan. Ia juga sebagai perhargaan terhadap sumbangan isteri sepanjang tempoh perkahwinan. Jumlah bayaran adalah bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak. Namun apabila adanya pertikaian mengenai jumlah maka mahkamah syariah haruslah dirujuk bagi mendapatkan keputusan akhir. Dalam menentukan kadar atau jumlah bayaran mutaah, mahkamah sering mengambilkira 2 faktor iaitu 1. Takat sumbangan dan 2. Tempoh perkahwinan. Walau apapun hendaknya jumlah bayaran mutaah tersebut adalah tidak membebankan bekas suami dan adil untuk bekas isteri.