Wednesday, 14 December 2016


Teks: Jazilah Mohd Saad

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam, Sembah dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sebagai seorang wanita berkerjaya, kita tentu tidak lari daripada menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam menempuh hari-hari. Dugaan di tempat kerja, bersama rakan sekerja, bos, anak buah dan pelbagai kerenah pentadbiran yang merumitkan. Seringkali juga kita seakan kecewa dan stress dengan keadaan tersebut. Namun pada ketika itu, lari daripada masalah dan tidak berhadapan dengan dugaan dan cabaran tersebut bukanlah jalan yang sepatutnya menjadi pilihan. justeru jalan terbaik adalah hadapi setiap dugaan dan cabaran tersebut dengan tenang dan banyakkan mengingat Allah supaya kita sentiasa mengingat bahawa sesungguhnya tempat bergantung yang terbaik adalah kepada Allah.

Tips menghadapi masalah tempat kerja

1.Senantiasa bertakwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tenangkan hati dengan zikrulloh
2.Mengingat bahwa bersabar lebih utama dan amarah adalah dekat dengan syaitan
3.Menjauhi pergaulan yang buruk, teman yang buruk akan membuat hati menjadi rusak
4.Berprasangka baik (positif thinking)
5.Bersikap qana’ah (menerima segala ketentuan Allah swt dengan lapang dada)
6.Senantiasa mengingat kematian dan hari akhirat dan berdoa mohon pertolongan Allah SWT
7.Menyibukkan diri dengan amal sholeh
8.Menjauhi perilaku menyakiti hati orang sekeliling
9.Menghitung semua kebaikan orang sekeliling
10.Membangun kepercayaan dan keterbukaan terhadap rakan sekerja, pekerja bawahan dan ketua/majikan
11.Kemukakan pandangan secara berhemah tanpa maksud untukmenyindir atau menjatuhkan seseorang.

#bicarahatiwanitaberkerjaya#

Thursday, 22 September 2016

Teks: Jazilah Mohd Saad

SEMINAR KEBANGSAAN TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA DI USIM NILAI NEGERI SEMBILAN

Seminar yang dihadiri hari ini banyak memberikan ilmu yang berguna. Antaranya ada ilmu yang baru dan ada juga pengulangan kepada pengetahuan sedia ada. Seminar bermula dengan ucaptama Ketua Pengarah JKSM. Antara intipati utama ucaptama adalah:
1. Keperluan terhadap pengurusan harta berlandaskan syarak;
2. Keperluan mempelajari ilmu faraid; dan
3. Penambahbaikan yang telah dibuat oleh JKSM-Pembangunan e-faraid.

Sesi berikutnya adalah perkongsian mengenai Pengurusan dan Bidangkuasa kes Harta Pusaka Mahkamah Syariah di Malaysia: Cabaran dan Transformasi. Selepas rehat sesi diteruskan dengan pembentangan kertas bertajuk, Implikasi harta pusaka dalam konteks hukum dan nasab  dan sesi terakhir adalah mengenai Transformasi Pengurusan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia: Isu-isu dan penyelesaiannya.  Dalam masa yang sama terdapat beberapa sesi yang dijalankan secara selari. Antara pembentangan tersebut adalah berkenaan kaedah Yadawi yang dicipta bagi memudahkan pemahaman terhadap sistem pembahagian faraid. satu kaedah yang menarik untuk dipelajari.

Semoga ilmu berkenaan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka sentiasa berkembang. InsyaAllah

Saturday, 20 August 2016

Tahfiz Model Ulul Albab

Teks : Jazilah Mohd Saad

Tahfiz Model Ulul Albab

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah hari niberkesempatan mendengar  taklimat berkenaan tahfiz model ulul albab (TMUA) yang akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya.

Secara ringkas TMUA merupakan gabungan  antara Kurikulum  Kebangsaan, kurikulum  bersepadu  tahfiz (kbt) dan program  ulul albab berdasarkan  pendekatan Quranik Ensiklopedia dan Ijtihadik. Ia telah dilaksanakan  di 4 buah Sekolah Berasrama Penuh dan 11 SMKA yang terpilih seluruh negara.
Memandangkan  SMKA Putrajaya agak dekat dengan rumah, Elok juga kalau anak bersekolah kat sini. Namun oleh kerana pelaksanaannya adalah tahun pertama pada tahun hadapan, agak sukar juga untuk menduga peluang samada besar atau kecil. 


Berdasarkan taklimat tadi, 30% kuota diberikan kepada pelajar luar Putrajaya. 70% dikhususkan kepada pelajar dalam Putrajaya. Mudah-mudahan ada peluang Irsyad untuk memohon SMKA Putrajaya. Pengalaman tahun lepas mohon sekolah SMAWIP, untuk temuduga pun dah tak dipanggil, so macaman nak tahu samada anak kita layak atau tak untuk dipertimbangkan kemasukkan ke sekolah tersebut, Alhamdulillah walaupun tak dapat yang SMAWIP Hakimi berjaya masuk ke SMAP Bentong yang juga antara sekolah Berasrama Penuh yang menggunakan TMUA.

Maklumat selanjutnya mengenai TMUA di sini.


Thursday, 21 January 2016

Tazkirah untuk diri

Bismillahirrahmanirrahim 
Teks: Jazilah  mohd  saad 
Bismillahirrahmanirrahim  dan salam  jumuah  mubarakah.

Alhamdulillah.  Syukur ke hadrat  Allah  kerana  masih diberi  kesempatan  oleh  Allah  untuk  menikmati  indahnya  kehidupan  ini. Kehidupan  ada kalanya  manis adakalanya  pahit. Sepahit mana pun kehidupan, hidup  perlu diteruskan.
Terkadang Allah uji kita dengan  kemanisan  dan terkadang Allah  uji dengan kedukaan. Itu adalah rona rona kehidupan  yang  perlu dilalui.
Dalam kehidupan  terkadang juga kita tersilap langkah dalam bertindak. Jika ada yang menegur jangan cepat melatah. Mungkin ada salah silapnya di mana mana.  Mungkin kita tidak suka dengan teguran kerana  kita merasakan apa yang buat tidak ada salahnya.
Tatkala terjadi begitu....berhentilah  sejenak...renungi lah. ..muhasabah lah diri. Gunakan benchmark  berdasarkan  prinsip dan ajaran agama. Turunkan ego, jauhi lah prasangka.

Monolog di pagi hari Jumaat 22 jan 2016

Monday, 9 November 2015

Bismillahirrahmanirrahim

Teks: Jazilah Mohd Saad

Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang.

Hari ini cuti sempena hari deepavali. Saya mengambil kesempatan dan peluang yang ada mencatatkan sesuatu dalam catatan harian. hari-hari yang berlalu sungguh sibuk dengan pelbagai urusan dunia yang perlu dibereskan. Namun kesibukan itu sering diwarnai dengan pelbagai suasana yang adakalanya indah, suram pahit dan manis. Begitulah kehidupan. Selagi hidup, suasana begini pastinya akan mewarnai kehidupan kita. bergantung kepada kita bagaimana ingin menerima kehidupan tersebut.

Dua tiga hari lepas terbaca emel yang di tujukan secara sengaja kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat. kebiasaannya emel yang ditujukan kepada umum adalah hebahan maklumat atau ucapan sempena apa-apa "event". Namun emel yang diterima pada hari tersebut adalam ucapan salam perpisahan dan kandungan dalamnya adalah kutukan terhadap boss yang menyebabkan pengirimnya memohon pertukaran. sekali baca rasa berdesup ...panas hati....tidak wajar bagi seorang yang berilmu mengkritik dan mengutuk seseorang secara terbuka sebegitu. kalaupun beliau dan bossnya ada masalah sewajarnya melalui cara yang betul. Sebagai seorang Islam sewajarnya kita mempunyai adab untuk menegur, mengkritik. dan kita tidak sewajarnya mengutuk seseorang. Sungguh dosa kita terhadap Alllah boeleh bertaubat dan meminta ampun padanya namun bagaimana sekiranya dosa dengan manusia...pastinya hanya orang tersebut yang boleh memaafkannya. selagi tiada kata maaf pastinya dosa bersama kita. Ya Allah betapa takutnya sekiranya kita dipanggil Ilahi sebelum sempat meminta maaf kepada orang yang kita berbuat salah.....

Yang paling saya terkesan...dalam emel tersebut pengirim menyarankan agar bossnya dirujuk kepada pakar kaunseling. bagi saya bukan bossnya yang perlu dirujuk tapi dia. seorang yang jiwanya berserabut, penuh dengan persaan marah perlu dikaunseling dan diberi terapi minda agar dirinya tenang setenangnya. 

Sekadar coretan pagi..........

Bahagian Sokongan Keluarga -bsk transit

Teks: Jazilah mohd  saad 
Bismillahirrahmanirrahim  dan Assalamualaikum.
Bertemu  lagi kita  di kesempatan  ini...moga segala pekerjaan  dan urusan  kita  sentiasa  dipermudahkan  olehnya.

InsyaAllah  hari ini saya  akan menyambung  sedikit perkongsian  lagi berkaitan  Bahagian  Sokongan  Keluarga  JKSM. Bagaimana  dan apa khidmat  yang boleh  diberikan  oleh bsk dalam  membantu  masyarakat  di luar  sana. Salah satu produk atau perkhidmatan  bsk adalah  BSK TRANSIT. 

BSK Transit merupakan bantuan perkhidmatan penginapan sementara, pengangkutan dan makan minum secara percuma yang disediakan kepada pihak-pihak khususnya kepada wanita dan saksi-saksi  yang menghadiri prosiding Kes Mal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Keutamaan BSK TRANSIT diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan dan tinggal berjauhan daripada Mahkamah Syariah. Untuk permulaan, perkhidmatan BSK Transit ini hanya beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja.

Objektif BSK Transit
(a) Menjamin kehadiran pihak-pihak di Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan dalam prosiding perbicaraan;
(b) Melicinkan perjalanan prosiding kes di Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan;
(c) Mengurangkan beban kewangan pihak-pihak yang kurang berkemampuan berulang alik menghadiri prosiding kes di Mahkamah Syariah melalui pembiayaan kos perbelanjaan pengangkutan, penginapan dan makan minum;
(d) Melindungi keselamatan pihak-pihak terutamanya golongan ibu tunggal yang sesetengahnya terpaksa bermusafir untuk menghadiri kes di Mahkamah Syariah.

Kriteria dan Ciri-ciri Kelayakan Pemohon
(a) Pemohon beragama Islam, terdiri daripada golongan lelaki atau wanita;
(b) Merupakan pihak di dalam prosiding kes Mal di Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja;
(c) Tinggal di luar kawasan Lembah Klang; dan
(d) Tidak berkemampuan terdiri daripada golongan miskin dan faqir.

Perkhidmatan Penginapan
Bantuan kemudahan penginapan disediakan di :
(a) Apartmen Kuarters Kerajaan Jalan Duta, Kuala Lumpur;
(b) Apartmen kuarters di Presint 9, Putrajaya; 
 Kadar Bayaran Pengangkutan dan Kos Makan Minum
Tertakluk kepada jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga, JKSM.
 Tatacara Permohonan
1. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai BSK dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
(a) Borang permohonan BSK Transit;
(b) Salinan kad pengenalan pemohon; dan
(c) Salinan notis kehadiran dan/atau notis tangguhan dari Mahkamah Syariah
2. Setiap permohanan hendaklah tiga puluh hari (30) sebelum tarikh prosiding Mahkamah Syariah, kecuali terdapat alasan munasabah yang dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pegawai BSK mengikut setiap kes secara berasingan.
 Pembatalan Permohonan BSK Transit
Tiap-tiap perkhidmatan BSK Transit hendaklah berkuatkuasa bagi setiap permohonan yang diluluskan sehinggalah ia dibatalkan oleh Pemohon. Pembatalan perkhidmatan hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai BSK selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh prosiding di Mahkamah Syariah.
Bagi yang berkelayakan bolehlah memohon terus ke BSK Wilayah Persekutuan atau secara online melalui http://bsktransit.jksm.gov.my/.

Wednesday, 9 September 2015

MONOLOG PAGI

Teks: Jazilah  mohd  saad
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum...
Segala  puji bagi Allah  yang  memberikan  kita  nikmat  kehidupan  sehingga  kini. Nikmat mana  lagi yang mahu kita  dusta kan. ...sungguh nikmat Allah  kepada tidak terhitung.
Sungguh  YA Allah  hambaMu ini bersyukur  atas setiap kurniaan  yang  telah Engkau  berikan.
Di saat  ujian  menimpa  silih berganti nikmat Mu tidak pernah putus...Sungguh ujian  itu sebagai  satu hikmah  untuk hamba Mu ini terus bersyukur  dengan kurniaan  Mu.
Alhamdulillah  wa Alhamdulillah