Posts

Showing posts from January, 2018

Cari masa, cipta masa atau curi masa

Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang Kebanyakan orang sering beralasan untuk mencipta kejayaan dengan mengatakan mereka amat sibuk. Sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan seharian. Bagi seorang wanita yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, pastinya sibuk dengan suami, anak-anak dan urusan rumahtangga. Ditambah lagi dengan urusan kerjaya bagi wanita yang berkerjaya. Masa tidak akan menungu kita. Masa sentiasa berlalu tanpa menunggu kita walau sesaat pun. Tatkala kita leka bersama gajet di tangan, masa telahpun beredar tanpa memberitahu kita bahwasanya kita sebenarnya telah lalai dalam mengingatiNya. Tatkala kita masih merangkak, orang lain telah jauh berlari meninggalkan kita. Justeru bagaimana seharusnya kita mencari, mencipta dan mencuri masa yang ada bagi membolehkan kita cemerlang dan berjaya sebagaimana yang kita impikan. Dulu saya seorang yang suka berangan-angan. orang kata tak salah untuk kita berangan-angan, kerana bera...