Posts

Showing posts from November, 2015
Bismillahirrahmanirrahim Teks: Jazilah Mohd Saad Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang. Hari ini cuti sempena hari deepavali. Saya mengambil kesempatan dan peluang yang ada mencatatkan sesuatu dalam catatan harian. hari-hari yang berlalu sungguh sibuk dengan pelbagai urusan dunia yang perlu dibereskan. Namun kesibukan itu sering diwarnai dengan pelbagai suasana yang adakalanya indah, suram pahit dan manis. Begitulah kehidupan. Selagi hidup, suasana begini pastinya akan mewarnai kehidupan kita. bergantung kepada kita bagaimana ingin menerima kehidupan tersebut. Dua tiga hari lepas terbaca emel yang di tujukan secara sengaja kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat. kebiasaannya emel yang ditujukan kepada umum adalah hebahan maklumat atau ucapan sempena apa-apa "event". Namun emel yang diterima pada hari tersebut adalam ucapan salam perpisahan dan kandungan dalamnya adalah kutukan terhadap boss yang menyebabkan pengirimnya memohon pertukaran. sekali baca ras...

Bahagian Sokongan Keluarga -bsk transit

Image
Teks: Jazilah mohd  saad  Bismillahirrahmanirrahim  dan Assalamualaikum . Bertemu  lagi kita  di kesempatan  ini...moga segala pekerjaan  dan urusan  kita  sentiasa  dipermudahkan  olehnya. InsyaAllah  hari ini saya  akan menyambung  sedikit perkongsian  lagi berkaitan  Bahagian  Sokongan  Keluarga  JKSM. Bagaimana  dan apa khidmat  yang boleh  diberikan  oleh bsk dalam  membantu  masyarakat  di luar  sana. Salah satu produk atau perkhidmatan  bsk adalah  BSK TRANSIT.  BSK Transit merupakan bantuan perkhidmatan penginapan sementara, pengangkutan dan makan minum secara percuma yang disediakan kepada pihak-pihak khususnya kepada wanita dan saksi-saksi  yang menghadiri prosiding Kes Mal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Keutamaan BSK TRANSIT diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan d...