Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmairrahim. Segala puji bagi Allah atas curahan idea yang tidak berkesudahan. Semoga ia menjadi amal jariah di masa Hambamu ini tidak lagi berada di dunia fana ini. Sungguh segala idea, ilmu adalah milik Allah. Maka berdoalah padaNYa agar idea dan curahan ilmu sentiasa mengiringi kehidupan kita. Syawal sudahpun melabuhkan tirinya. Adat beraya di Malaysia, tempoh beraya adalah sebulan. maka di bulan Syawal itulah jamuan-jamuan, sambutan hari raya diadakan meraikan kegembiraan menyambut bulan Syawal. Adalanya ia disambut secara berlebih-lebihan. tidaklah mengadakan jamuan atau lebih dikenali sebagai rumah terbuka. Ia sebenarnya menjadi wadah penghubung silarurrahim antara kerabat, kenalan dan jiran tetangga. Masa-masa beginilah masing-masing mencari peluang bertemu rakan-rakan kerabat yang telah lama tidak bersua. Semoga niat baik bersilaturrahim dan bersedekah di bulan Syawal menjadi wadah kepada perilaku amal baik sepanjang tahun dan selama-l...
Posts
Showing posts from 2018
Cari masa, cipta masa atau curi masa
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang Kebanyakan orang sering beralasan untuk mencipta kejayaan dengan mengatakan mereka amat sibuk. Sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan seharian. Bagi seorang wanita yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, pastinya sibuk dengan suami, anak-anak dan urusan rumahtangga. Ditambah lagi dengan urusan kerjaya bagi wanita yang berkerjaya. Masa tidak akan menungu kita. Masa sentiasa berlalu tanpa menunggu kita walau sesaat pun. Tatkala kita leka bersama gajet di tangan, masa telahpun beredar tanpa memberitahu kita bahwasanya kita sebenarnya telah lalai dalam mengingatiNya. Tatkala kita masih merangkak, orang lain telah jauh berlari meninggalkan kita. Justeru bagaimana seharusnya kita mencari, mencipta dan mencuri masa yang ada bagi membolehkan kita cemerlang dan berjaya sebagaimana yang kita impikan. Dulu saya seorang yang suka berangan-angan. orang kata tak salah untuk kita berangan-angan, kerana bera...