Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmairrahim. Segala puji bagi Allah atas curahan idea yang tidak berkesudahan. Semoga ia menjadi amal jariah di masa Hambamu ini tidak lagi berada di dunia fana ini. Sungguh segala idea, ilmu adalah milik Allah. Maka berdoalah padaNYa agar idea dan curahan ilmu sentiasa mengiringi kehidupan kita. Syawal sudahpun melabuhkan tirinya. Adat beraya di Malaysia, tempoh beraya adalah sebulan. maka di bulan Syawal itulah jamuan-jamuan, sambutan hari raya diadakan meraikan kegembiraan menyambut bulan Syawal. Adalanya ia disambut secara berlebih-lebihan. tidaklah mengadakan jamuan atau lebih dikenali sebagai rumah terbuka. Ia sebenarnya menjadi wadah penghubung silarurrahim antara kerabat, kenalan dan jiran tetangga. Masa-masa beginilah masing-masing mencari peluang bertemu rakan-rakan kerabat yang telah lama tidak bersua. Semoga niat baik bersilaturrahim dan bersedekah di bulan Syawal menjadi wadah kepada perilaku amal baik sepanjang tahun dan selama-l
Posts
Cari masa, cipta masa atau curi masa
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang Kebanyakan orang sering beralasan untuk mencipta kejayaan dengan mengatakan mereka amat sibuk. Sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan seharian. Bagi seorang wanita yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, pastinya sibuk dengan suami, anak-anak dan urusan rumahtangga. Ditambah lagi dengan urusan kerjaya bagi wanita yang berkerjaya. Masa tidak akan menungu kita. Masa sentiasa berlalu tanpa menunggu kita walau sesaat pun. Tatkala kita leka bersama gajet di tangan, masa telahpun beredar tanpa memberitahu kita bahwasanya kita sebenarnya telah lalai dalam mengingatiNya. Tatkala kita masih merangkak, orang lain telah jauh berlari meninggalkan kita. Justeru bagaimana seharusnya kita mencari, mencipta dan mencuri masa yang ada bagi membolehkan kita cemerlang dan berjaya sebagaimana yang kita impikan. Dulu saya seorang yang suka berangan-angan. orang kata tak salah untuk kita berangan-angan, kerana bera
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam, Sembah dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sebagai seorang wanita berkerjaya, kita tentu tidak lari daripada menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam menempuh hari-hari. Dugaan di tempat kerja, bersama rakan sekerja, bos, anak buah dan pelbagai kerenah pentadbiran yang merumitkan. Seringkali juga kita seakan kecewa dan stress dengan keadaan tersebut. Namun pada ketika itu, lari daripada masalah dan tidak berhadapan dengan dugaan dan cabaran tersebut bukanlah jalan yang sepatutnya menjadi pilihan. justeru jalan terbaik adalah hadapi setiap dugaan dan cabaran tersebut dengan tenang dan banyakkan mengingat Allah supaya kita sentiasa mengingat bahawa sesungguhnya tempat bergantung yang terbaik adalah kepada Allah. Tips menghadapi masalah tempat kerja 1.Senantiasa bertakwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tenangkan hati dengan zikrulloh 2.Mengingat bahwa bers
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah Mohd Saad SEMINAR KEBANGSAAN TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA DI USIM NILAI NEGERI SEMBILAN Seminar yang dihadiri hari ini banyak memberikan ilmu yang berguna. Antaranya ada ilmu yang baru dan ada juga pengulangan kepada pengetahuan sedia ada. Seminar bermula dengan ucaptama Ketua Pengarah JKSM. Antara intipati utama ucaptama adalah: 1. Keperluan terhadap pengurusan harta berlandaskan syarak; 2. Keperluan mempelajari ilmu faraid; dan 3. Penambahbaikan yang telah dibuat oleh JKSM-Pembangunan e-faraid. Sesi berikutnya adalah perkongsian mengenai Pengurusan dan Bidangkuasa kes Harta Pusaka Mahkamah Syariah di Malaysia: Cabaran dan Transformasi. Selepas rehat sesi diteruskan dengan pembentangan kertas bertajuk, Implikasi harta pusaka dalam konteks hukum dan nasab dan sesi terakhir adalah mengenai Transformasi Pengurusan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia: Isu-isu dan penyelesaiannya. Dalam masa yang sama terdapat beberapa sesi yang dijalankan sec
Tahfiz Model Ulul Albab
- Get link
- X
- Other Apps
Teks : Jazilah Mohd Saad Tahfiz Model Ulul Albab Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah hari niberkesempatan mendengar taklimat berkenaan tahfiz model ulul albab (TMUA) yang akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya. Secara ringkas TMUA merupakan gabungan antara Kurikulum Kebangsaan, kurikulum bersepadu tahfiz (kbt) dan program ulul albab berdasarkan pendekatan Quranik Ensiklopedia dan Ijtihadik. Ia telah dilaksanakan di 4 buah Sekolah Berasrama Penuh dan 11 SMKA yang terpilih seluruh negara. Memandangkan SMKA Putrajaya agak dekat dengan rumah, Elok juga kalau anak bersekolah kat sini. Namun oleh kerana pelaksanaannya adalah tahun pertama pada tahun hadapan, agak sukar juga untuk menduga peluang samada besar atau kecil. Berdasarkan taklimat tadi, 30% kuota diberikan kepada pelajar luar Putrajaya. 70% dikhususkan kepada pelajar dalam Putrajaya. Mudah-mudahan ada peluang Irsyad untuk memohon SMKA Putrajaya. Pengalaman tahun lepa
Tazkirah untuk diri
- Get link
- X
- Other Apps
Bismillahirrahmanirrahim Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam jumuah mubarakah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati indahnya kehidupan ini. Kehidupan ada kalanya manis adakalanya pahit. Sepahit mana pun kehidupan, hidup perlu diteruskan. Terkadang Allah uji kita dengan kemanisan dan terkadang Allah uji dengan kedukaan. Itu adalah rona rona kehidupan yang perlu dilalui. Dalam kehidupan terkadang juga kita tersilap langkah dalam bertindak. Jika ada yang menegur jangan cepat melatah. Mungkin ada salah silapnya di mana mana. Mungkin kita tidak suka dengan teguran kerana kita merasakan apa yang buat tidak ada salahnya. Tatkala terjadi begitu....berhentilah sejenak...renungi lah. ..muhasabah lah diri. Gunakan benchmark berdasarkan prinsip dan ajaran agama. Turunkan ego, jauhi lah prasangka. Monolog di pagi hari Jumaat 22 jan 2016
- Get link
- X
- Other Apps
Bismillahirrahmanirrahim Teks: Jazilah Mohd Saad Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang. Hari ini cuti sempena hari deepavali. Saya mengambil kesempatan dan peluang yang ada mencatatkan sesuatu dalam catatan harian. hari-hari yang berlalu sungguh sibuk dengan pelbagai urusan dunia yang perlu dibereskan. Namun kesibukan itu sering diwarnai dengan pelbagai suasana yang adakalanya indah, suram pahit dan manis. Begitulah kehidupan. Selagi hidup, suasana begini pastinya akan mewarnai kehidupan kita. bergantung kepada kita bagaimana ingin menerima kehidupan tersebut. Dua tiga hari lepas terbaca emel yang di tujukan secara sengaja kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat. kebiasaannya emel yang ditujukan kepada umum adalah hebahan maklumat atau ucapan sempena apa-apa "event". Namun emel yang diterima pada hari tersebut adalam ucapan salam perpisahan dan kandungan dalamnya adalah kutukan terhadap boss yang menyebabkan pengirimnya memohon pertukaran. sekali baca ras