Posts

Showing posts with the label Perkongsian pengalaman

Kelas Asas Blog dan Penulisan

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera kepada sesiapa sahaja yang membaca entri ini. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah. Alhamdulillah entri di blog akhirnya cukup 44 entri.  Satu kejayaan bagi saya yang masih belajar untuk menulis dengan sempurna. Bukan mudah untuk kekal momentum dalam satu-satu masa. Sebagai seorang wanita yang berkerjaya, berkeluarga dan dalam masa yang sama sedang menyiapkan tesis bukan mudah untuk saya fokus dengan penulisan blog. Walaupun menulis adalah minat saya, namun tatkala menulis blog fikiran jauh menerawang memikirkan tesis. tatkala menulis tesis hati gundah gulana memikirkan artikel yang belum disiapkan. Saya bernasib baik akhirnya ditemukan dengan kelas maya yang mana cikgunya sering memberi inspirasi dan peringatan secara konsisten buat anak-anak murid. Sungguh melalui kelas Asas Blog dan Penulisan saya menemui sesuatu yang luar biasa yang tak mungkin saya temui dimana-mana. Mengenali Puan Masayu melalui l...

Perangkap cinta di tempat kerja

Teks : Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam hormat. Semoga anda yang membaca coretan ini sentiasa dalam limpah kasih sayang Allah. Tajuk yang cukup dekat dengan hati saya. Sebenarnya sekian lama saya memendam hasrat untuk mencoretkan mengenai tajuk ini. namun ia sering tergendala dengan pelbagai alasan yang dicipta. Namun beberapa minggu lepas dua tiga cerita yang disampaikan kepada saya adalah berkisarkan hubungan cinta wanita bersuami di tempat kerja. Seringkali saya terfikir sendirian mengapa dan kenapa ini berlaku. Apakah penyebab cinta boleh berputik sedangkan pada masa yang sama masing-masing atau salah seorang daripada mereka sudah ada cinta hati di rumah. Namun apa yang pasti kedua-dua pihak bertanggungjawab hingga berlakunya perangkap cinta tersebut. Tanpa menafikan qada' dan qadar Allah, pastinya ada cara yang boleh kita buat bagi mengelak berlakunya seseuatu. Benarlah pesan al quran: Janganlah kamu menghampiri zina". Bibit-bibit menghampir...

Pilihan anak

Assalamualaikum dan salam kasih sayang. Teks: Jazilah Mohd Saad Alhamdulillah diberi kesempatan menukilkan sesuatu pada hari. idea menulis nampaknya datang mencurah-curah. munggkin keberkatan bulan ramadan dan mungkin juga perut yang kosong membuatkan otak bergerak lebih laju berbanding biasa. Apa yang nak dikongsi di sini hari ini adalah berkisarkan kasih sayang. sepanjang 3 tahun menjadi peguam syarie saya banyak mengendalikan kes-kes keluarga yang banyak memberi inspirasi dan terkesan ke dalam jiwa saya.  Kisah perebutan dua orang anak (seorang lelaki dan seorang perempuan) Perkahwinan yang berakhir dengan perceraian mengakibat konflik terhadap hak penjagaan anak. masing-masing ingin mempertahankan bahawa merekalah yang sewajarnya menjaga anak-anak tersebut. akhirnya kerana tidak dapat diselesaikan melalui persetujuan, isu tersebut dibawa ke mahkamah. Sebelum kes dibawa ke mahkamah anak perempuan tinggal bersama ibu manakala anak lelaki tinggal bersama bapa. namun apabil...