Teks: Jazilah Mohd Saad SEMINAR KEBANGSAAN TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA DI USIM NILAI NEGERI SEMBILAN Seminar yang dihadiri hari ini banyak memberikan ilmu yang berguna. Antaranya ada ilmu yang baru dan ada juga pengulangan kepada pengetahuan sedia ada. Seminar bermula dengan ucaptama Ketua Pengarah JKSM. Antara intipati utama ucaptama adalah: 1. Keperluan terhadap pengurusan harta berlandaskan syarak; 2. Keperluan mempelajari ilmu faraid; dan 3. Penambahbaikan yang telah dibuat oleh JKSM-Pembangunan e-faraid. Sesi berikutnya adalah perkongsian mengenai Pengurusan dan Bidangkuasa kes Harta Pusaka Mahkamah Syariah di Malaysia: Cabaran dan Transformasi. Selepas rehat sesi diteruskan dengan pembentangan kertas bertajuk, Implikasi harta pusaka dalam konteks hukum dan nasab dan sesi terakhir adalah mengenai Transformasi Pengurusan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia: Isu-isu dan penyelesaiannya. Dalam masa yang sama terdapat beberapa sesi yang dijal...
Posts
Showing posts with the label Undang-undang syariah
Tuntutan fasakh
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim. Setiap hari buka saja akhbar tabloid pasti ada berita mengenai isteri kena dera, kena pukul, dan pelbagai lagi penganiayaan yang dilakukan oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Membacanya membuatkan hati rasa berapi-berapi. Dimanakah nilai seorang isteri di sisi seorang lelaki. Apakah jenis lelaki yang sanggup memperlakukan isterinya sedemikian rupa. Di pihak isteri yang diperlakukan, undang-undang sebenarnya memberikan ruang dan peluang kepada isteri untuk mencari jalan keluar daripada perkahwinan yang penuh derita itu. Kebiasaannya isteri-isteri yang didera dan tidak tahan lagi mengahadapi penderaan boleh memohon kepada mahkamah untuk membubarkan perkahwinan secara fasakh. Fasakh merujuk kepada pembubaran perkahwinan disebabkan olehnsesuatu perkara yang di haruskan oleh Hukum Syarak. Beradasarkan peruntukkan undang-undang Islam antara perkara-perkara yang mengharuskan fasakh adalah sebagaimana berikut: a) tidak ...
Prinsip-prinsip yang digunakan oleh mahkamah dalam menentukan kadar mutaah
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera. Perkongsian hari ini adalah berkenaan prinsip-prinsip yang digunakan oleh mahkamah dalam menentukan kadar mutaah. Sebelum itu perlu untuk kita mengenali apakah itu mutaah. Mut’ah adalah suatu pemberian yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t terhadap suami-suami yang menceraikan isterinya tanpa sebab yang patut. Kewajipan ini bersandarkan kepada firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 241 Maksudnya ``Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut’ah dengan cara yang patut sebagai satu tanggungan yang wajib bagi orang-orang yang bertaqwa.'('dua-dua pihak isteri dan suami). Pensyariatan mut’ah ini bertujuan untuk menutup rasa malu yang dialami oleh isteri, menghindarkan fitnah dan sebagai asas untuk memulakan hidup baru. Di dalam al-quran mahupun as-sunnah tidak ada nas yang menyebut atau menentukan berapa kadar mut’ah yang patut diberi oleh suami kepada bekas iste...
Memfailkan tuntutan penjagaan sementara
- Get link
- X
- Other Apps
Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Setiap kali berlaku perceraian, antara perkara pertama yang dilihat adalah isu penjagaan anak-anak. Sekiranya sebelum perceraian anak-anak akan dijaga bersama-sama. Namun selepas perceraian pastinya pasangan akan mempunyai kehidupan dan kediaman sendiri. Maka soalnya dimanakah anak - anak akan tinggal. Seringkali isu dan pertikaian penjagaan anak - anak akan melibatkan permainan emosi. Apatah lagi sekiranya perceraian berlaku tanpa persetujuan mana-mana pihak. Anak - anak menjadi mangsa kemarahan dan dendam. Tidak mudah menyelesaikan isu penjagaan anak - anak di awal perceraian. Namun untuk kebaikan dan keperluan mendesak, mana-mana pihak boleh dengan alasan memohon perintah penjagaan sementara demi kebaikan dan kemaslahatan anak-anak. Bagaimana permohonan boleh dibuat?. Permohonan untuk mendapatkan perintah penjagaan sementara boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan ke mahkamah ...
Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim. Perkongsian undang-undang yang ingin diutarakan pada kali ini adalah berkenaan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah. Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah adalah satu proses tindakan yang dilakukan setelah berlakunya ketidakpatuhan terhadap perintah nafkah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah syariah. ramai yang beranggapan dengan adanya perintah nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah maka tindakan akan berhenti sekadar itu sahaja. Memang benar isu tidak akan timbul sekiranya tidak ada unsur-unsur pengabaian terhadap pembayaran nafkah. Namun yang sering menjadi isu hangat yang diperkatakan adalah berlakunya pengabaian pembayaran sehingga menimbulkan penganiayaan terhadap pihak-pihak yang diabaikan (kebiasaannya anak-anak). Seolah-olah bapa dengan sengaja abai perintah pembayaran nafkah dan dengan sengaja engkar perintah mahkamah. sekiranya perkara ini berlaku pihak-pihak yang diabaikan berhak untuk...
Cerai luar mahkamah
- Get link
- X
- Other Apps
Teks:Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam Baru sahaja selesai memberikan panduan kepada rakan kakak yang bertanyakan berkenaan isu cerai luar mahkamah yang berlaku kepada anak saudaranya.Benarlah kata orang, kerana hati badan binasa, kerana terikutkan rasa hati, si suami secara tidak sengaja telah melafazkan cerai kepada isterinya. Bagi si isteri, walaupun rasa sedih dan terkilan, tetap redha dan pasrah menerima segala suratan. Suatu penceraian yang berlaku di luar mahkamah akan dianggap penceraian luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah dan ia perlu dilaporkan dan didaftarkan dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq. Mana-mana pihak samada isteri atau suami boleh melaporkan pelafazan tersebut. Berdasarkan seksyen 57 undang-undang Keluarga Islam, selepas mahkamah menerima laporan pelafazan talak, mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan samada talaq yang dilafaz tersebut sah atau tidak menurut hukum syarak. Justeru apa-apa bukti yang...
Mutaah
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah mohd saad Entri kali ini adalah sambungan daripada entri sebelum ini berkaitan dengan hak seorang isteri selepas diceraikan. Selepas penceraian antara tuntutan yang boleh dibuat adalah menuntut bayaran mutaah. Mutaah merupakan saguhati yang diberikan oleh bekas suami kepada bekas isteri yang diceraikan sebagai persediaan untuk memulakan kehidupan baru selepas berakhirnya sebuah perkahwinan. Ia juga sebagai perhargaan terhadap sumbangan isteri sepanjang tempoh perkahwinan. Jumlah bayaran adalah bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak. Namun apabila adanya pertikaian mengenai jumlah maka mahkamah syariah haruslah dirujuk bagi mendapatkan keputusan akhir. Dalam menentukan kadar atau jumlah bayaran mutaah, mahkamah sering mengambilkira 2 faktor iaitu 1. Takat sumbangan dan 2. Tempoh perkahwinan. Walau apapun hendaknya jumlah bayaran mutaah tersebut adalah tidak membebankan bekas suami dan adil untuk bekas isteri.
Nafkah isteri yang bekerja
- Get link
- X
- Other Apps
Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang Perkongsian hari ini adslah berkenaan nafkah seorang isteri terutama isteri yang bekerja. Sebagaimana yang dimaklumi nafkah seorang isteri adalah wajib ditunaikan oleh seorang suami. Hak terhadap nafkah kadangkala dianggap remeh apabila isteri secara sukarela mendiamkan isu ini demi kerukunan rumahtangga. Nafkah isteri boleh dilihat dalam banyak aspek. Antaranya penyediaan nafkah untuk keperluan hidup seperti rumah kediaman, makan minum, , kesihatan diri juga perhiasan diri. Berdasarkan pengalaman peribadi mengendalikan kes kekeluargaan mahkamah syariah, banyak kes perceraian berpunca daripada masalah pembayaran nafkah. Kebanyakan pasangan yang bercerai disebabkan masalah nafkah juga agak sukar untuk mendapatkan hak nafkah bagi anak - anak nya selepas perceraian berlaku. Perkongsian hidup antara suami dan isteri sering disalah anggap berkongsi segalanya termasuklah nafkah. Benar i...
Perceraian-perceraian dengan talak atau perintah mahkamah
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahhirrahmanirrahim dan assalamualaikum. Perkongsian pada hari ini adalah berkaitan dengan penceraian. Perkongsian ini adalah sambungan daripada siri perkongsian sebelum ini. Sebelum ini penulis pernah menyentuh mengenai jenis-jenis perceraian sebagaimana di peruntukkan oleh undang-undang Islam di Malaysia. Pada kesempatan ini perkongsian adalah berkenaan cerai melalui lafaz talak atau melalui perintah mahkamah. Peruntukkan mengenai perceraian melalui kaedah ini terdapat dalam undang-undnag keluarga islam negeri-negeri (Seksyen 45). kebiasaannya pasangan yang ingin bercerai akan hadir ke mahkamah untuk memohon perceraian dengan alasan tidak lagi wujud persefahaman dalam kehidupan berpasangan mereka. Permohonan untuk bercerai jenis ini memerlukan pasangan (suami atau isteri) yang berhasrat untuk bercerai mengisi borang permohonan untuk bercerai secara lafaz talak. Selepas permohonan untuk bercerai diterima oleh mahkamah, mahkamah akan mengeluarkan ...
Hak isteri yang diceraikan
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah mohd Saad Penulisan ini adalah sambungan kepada entri sebelum berkaitan hak-hak isteri selepas diceraikan. Boleh rujuk di sini. Perbincangan pada entri ini khusus kepada hak nafkah. Secara umumnya nafkah yang boleh dituntut terdiri daripada 2 jenis nafkah iaitu nafkah isteri dan nafkah anak. namun entri kali khusus membicarakan berkenaan nafkah isteri.Selepas perceraian berlaku, isteri yang diceraikan boleh menuntut nafkah iddah dan juga nafkah isteri yang tertunggak. Nafkah iddah bermaksud nafkah di sepanjang tempoh iddah. tempoh iddah adalah berbeza mengikut jenis perceraian yang berlaku. Ianya layak dituntut hanya bagi tempoh iddah sahaja dan tamat sebaik sahaja tempoh iddah habis. Hak ini adalah sebagaimana di sebut di dalam al-quran dalam surah al-talaq ayat 6. intipati ayat tersebut mengarahkan supaya isteri-isteri yang diceraikan perlu disediakan kediaman dan menyediakan nafkah sewajarnya sekiranya ia hamil. Sementara nafkah tertunggak...
Hak yang boleh dituntut oleh seorang isteri selepas penceraian
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah Mohd Saad assalamualaikum Entri kali ini adalah berkaitan dengan hak seorang isteri setelah berlakunya penceraian. Sesungguhnya penceraian bukanlah jalan terakhir penyelesaian masalah malah ia juga bukan langkah yang pertama yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan konflik rumahtangga. namun perceraian juga mungkin jalan penyelesaian terbaik sekiranya konflik tidak lagi mampu diatasi. Kebiasaanya apabila berlaku sesuatu penceraian wanita akan mengambil langkah yang mudah meninggalkan rumah kelamin dan kembali bersama orang tua masing-masing. namun tidak kurang juga wanita yang berani bersuara menuntut hak dan keadilan selepas berlakunya penceraian. dalam menuntut hak dan keadilan, perlulah berasaskan kepada apa yang diperuntukkan oleh undang-undang di mana pasangan tersebut bermastatutin. Merujuk kepada undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan antara hak yang boleh dituntut selepas berlakunya perceraian adalah seperti berikut:: 1. Nafkah 2. Mutaah...
Perceraian
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah mohd Saad Assalamualaikum dan salam hormat. Sebuah perkahwinan diibaratkan sebuah perjuangan. ada yang gagal ada yang berjaya. Kejayaan dalam mengharungi sesebuah perkahwinan pastinya adalah sebuah perkahwinan yang mempunyai persiapan yang rapi sebelum perkahwinan diteruskan. namun kegaglan juga tidak bermaksud tidak ada persiapan namun berkemungkinan persiapan belum cukup untuk menangkis segala unsur-unsur yang menganggu sebuah perjuangan. Justeru kegagalan dalam perkahwinan bukanlah penamat sebuah kehidupan. Di dalam peruntukkan undang-undang keluarga islam (merujuk kepada Ordinan Keluarga Islam Sarawak) terdapat beberapa jenis perceraian yang dimohon oleh pasangan yang ingin meleraikan ikatan perkahwinan. Antara jenis perceraian itu adalah perceraian dengan talaq atau perintah mahkamah (s.45) perceraian secara khulu' atau tebus talaq(s.47) perceraian secara pengesahan lafaz taklik (s.48) perceraian secara lian (s.49) perceraian secara fasakh (s.49) ...
Persediaan sebelum menghadirkan diri di mahkamah
- Get link
- X
- Other Apps
Teks : Jazilah mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Semoga sesiapa sahaja yang membaca catatan ini mendapat sedikit manfaat dengan perkongsian ini. Menerima surat supaya menghadirkan diri ke mahkamah mampu membuatkan seseorang itu tidak tidur malam memikirkan nya. Seolah-olah mahkamah adalah medan tempur. Namun tidak kurang juga ada individu yang berkobar-berkobar penuh semangat menghadirkan diri lebih-lebih lagi apabila proses tersebut dimulakan oleh mereka. Walau apapun tujuan kehadiran ke mahkamah persediaan yang sewajarnya perlu dibuat. Antara persediaan dan keperluan yang perlu ada sekiranya perlu hadir atau berurusan di mahkamah syariah adalah: *kad pengenalan atau apa-apa pengenalan diri. *dokumen berkaitan kes seperti sijil nikah, dokumen mahkamah seperti perintah, saman sekiranya berkaitan. *menutup aurat dan berpakaian sopan. Bagi sesetengah mahkamah syariah, pemakaian jeans dan topi (cap) juga tidak dibenarkan. Cermin mata hitam juga perlu ...
Mahkamah syariah
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah Mohd Saad Serba ringkas mengenai mahkamah syariah Seringkali apabila disebut perkataan mahkamah, orang akan takut dan adakalanya mencemuh seolah-olah mahkamah adalah tempat di mana berlakunya salah laku ataupun adanya masalah dan konflik. apabila disebut mahkamah syariah, perkataan yang sering di kaitkan dengan mahkamah adalah "cerai", "berebut anak" dan adakalanya poligami. mahkamah syariah juga sering di label mahkamah "low class' oleh individu-individu yang sememangnya tidak senang sekiranya undang-undang islam dilaksanakan sepenuhnya. bagi mengelak salah tanggapan pelbagai pihak terhadap mahkamah syariah pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan telah dilakukan oleh pentadbiran mahkamah syariah terutamanya ke arah lebih mesra pelanggan. Di Malaysia terdapat lebih kurang 102 buah mahkamah syariah. mahkamah ini terdiri daripada mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan. Hakim yang dilantik adalah terdiri daripada pegawai...
Undang-undang Islam di Malaysia
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah Mohd Saad Assalamualaikum dan salam hormat. Entri ini masih dalam rangka memperkenalkan undang-undang Islam sebagaimana yang diamalkan di Malaysia. Sebagaimana yang dicatatkan pada entri sebelum ini bahawa perkembangan Islam di tanah melayu sedikit terbantut selepas kedatangan Inggeris. kedatangan Inggeris telah membawa bersama rujukan-rujukan perundangan yang diamalkan oleh mereka. justeru tidak hairanlah mengapa undang-undang yang ada pada hari ini di malaysia banyak dipengaruhi oleh corak sistem kehakiman mereka. walaupun undang-undang Islam dibenarkan pelaksanaannya, namun ia amat terhad dan hanya boleh dilaksanakan oleh orang-orang Islam dan hanya bersangkutan kepada hal-hal kekeluargaan dan kesalahan terhadap agama selagi ianya tidak bersalahan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan. Secara ringkasnya undang-undang Islam yang boleh dilaksanakan di Malaysia terdiri daripada undang-undang berikut: Undang-undang Keluarga Islam Undang-undang Jenayah Unda...
Latar belakang undang-undang Islam di Malaysia
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah Mohd Saad Penulisan Ini Adalah Sebahagian Daripada Rangka Penulisan Tesis Penulis Latar Belakang Undang-Undang Islam Di Malaysia Dari segi sejarah, undang-undang Islam telahpun wujud di tanah Melayu sejak tahun 1313. Kewujudan undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah selaras dengan perkembangan dakwah Islam di rantau ini. Sejak abad ke-13 Islam telah mula tersebar di Asia Tenggara dan ke Tanah Melayu beberapa abad kemudiannya. Pengaruh kedatangan Islam di kesan di Melaka pada abad ke-15. Kedatangan Islam di Tanah Melayu memberi kesan kepada corak kehidupan masyarakat Melayu. Pengaruh dan kesan ajaran Islam adalah melalui peranan kerajaan dan yang diikuti oleh kebanyakan orang. Pengaruh Islam dalam kehidupan awam juga member kesan kepada budaya dan adat Melayu. Selain itu pengaruh Islam juga dilihat dalam pembuatan peraturan dan undang-undang. Sebagai contohnya, undang-undang Melaka (Hukum Kanun Melaka) menunjukkan pengaruh Islam dalam beberapa klaus...