Posts

Showing posts from November, 2013

Mendidik jiwa dan hati-elak pembaziran

Teks:Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam hujung minggu. Alhamdulillah hari ini berkesempatan mengikuti program berkhatan yang dianjurkan pejabat suami. Seronok melihat anak-anak dengan pelbagai ragam dan kerenah. Namun dalam keseronokan meraikan anak - anak ada sedikit rasa terkilan dengan kerenah segelintir ibu bapa yang turut sama merai anak- anak ini. Sungguh rasa terkilan tak dapat dibendung. Pihak penganjur sememangnya pemurah menyediakan makan minum untuk semua yang hadir. Malangnya sikap sesetengah ibu bapa yang begitu "tamak" semasa mengambil makanan sungguh memalukan. Kalau lah makanan tersebut mampu dihabiskan tidak mengapa. Malangnya ia tidak dihabiskan malah dibuang begitu sahaja. Orang lain yang tidak sempat merasa terkulat-kulat melihat makanan yang sepatutnya dimakan tetapi terpaksa dibuang ke tong sampah. Macam mana agaknya kita hendak mendidik anak - anak kita jika ibu bapa berkelakuan sebegitu. Sepatutnya ibu bapa menjad

Bicara soal kerja

Teks: Jazilah Mohd Saa Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi allha yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah masih diberi nafas dan kesempatan menghirup udara segar, menjalani rutin harian sebagai seorang hamba di bumiNya. Siapalah kita tanpa Dia. Dia penentu segalanya. Mungkin hari ini, mungkin besok, mungkin lusa dan mungkinpada bila-bila masa kita akan dipanggil mengadapNya. Maka berusahalah sebaik mungkin menjalani kehidupan yang diberikan dengan penuh amanah dan tanggungjawab sebagai tanda pengabdian kepadaNya. Setiap apa yang dilakukan perlu berpaksikan kepadaNya. Segala yang dilakukan adalah untuk mendapatkan keredhaannya. Sungguh mudah, sungguh senang sekali, namun pelaksanaannya mungkin tidak begitu. Betapa ramai daripada kita membuat sesuatu bukan matlamat akhirnya mendapatkan keredhaan Allah. bahkan sekadar mendapatkan nama, menyelesaikan tanggungjawab. Moga kita tergolong di kalangan hambaNya yang ikhlas  keranaNya.

Kem tahfiz

Image
Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Minggu pertama cuti persekolahan telah bermula. Hari pertama tanpa anak sulung yang kini mengikuti program tahfiz cuti sekolah. Pertama kali berpisah dengan anak, hati sedikit rasa bimbang,  risau anak tak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Namun ustaz sering whatsapp gambar-gambar. Ini sedikit sebanyak menghilangkan resah di hati. Menghilangkan kerinduan pada anak yang diserahkan pada pihak sekolah selama sebulan tanpa sesi lawatan. Ada yang bertanya perlukah anak seusia 7 ke 10tahun mengikuti kem sebegini.  Tak kesian kah pada mereka mengurus diri sendiri?. Ya betul pada awalnya itulah perasaan kami. Namun akhirnya kami yakin dan pasti bukan mudah untuk berjaya. Anak-anak yang akan berjaya perlu diasuh dan dididik dengan semangat yang tinggi berusaha mencari ilmu dalam apa jua keadaan.  Apatah lagi ilmu tersebut bakal memberi bekalan  akhirat kepada anak-anak dan ibu bapa mereka. Kami berdoa semoga Allah membe

Ilmu sepanjang hayat

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam jumaat penuh barakah. Syukur dan puji dipanjatkan kehadrat Ilahi atas segala limpah kurnianya. Marilah kita perbanyakkan salawat dan istighfar di hari yang mulia ini. Mudah-mudahan segala apa yang kita kerjakan mendapat ganjaran pahala daripadanya. Alhamdulillah selesai mendengar tazkirah mingguan jabatan. Topik yang diperbincangkan adalah mengenai ilmu. Satu hadis yang dijadikan asas perbincangan iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani bermaksud: Dari   Rasulullah Saw bersabda:  "Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu".  5 golongan manusia apabila dikaitkan dengan ilmu orang yang alim atau berilmu orang yang belajar il

Tuntutan fasakh

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim. Setiap hari buka saja akhbar tabloid pasti ada berita mengenai isteri kena dera, kena pukul, dan pelbagai lagi penganiayaan yang dilakukan oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Membacanya membuatkan hati rasa berapi-berapi. Dimanakah nilai seorang isteri di sisi seorang lelaki. Apakah jenis lelaki yang sanggup memperlakukan isterinya sedemikian rupa.  Di pihak isteri yang diperlakukan, undang-undang sebenarnya memberikan ruang dan peluang kepada isteri untuk mencari jalan keluar daripada perkahwinan yang penuh derita itu. Kebiasaannya isteri-isteri yang didera dan tidak tahan lagi mengahadapi penderaan boleh memohon kepada mahkamah untuk membubarkan perkahwinan secara fasakh. Fasakh merujuk kepada pembubaran perkahwinan disebabkan olehnsesuatu perkara yang di haruskan oleh Hukum Syarak. Beradasarkan peruntukkan undang-undang Islam antara perkara-perkara yang mengharuskan fasakh adalah sebagaimana berikut: a) tidak dike

Cuti sekolah hampir tiba

Teks : Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum dan salam hormat. Marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi atas segala kurniaannya. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Apa khabar agaknya suri-suri yang bekerja di luar rumah. Sedar-tak sedar kita sudah menghampiri cuti akhir tahun persekolahan. mesti suri-suri sekelian sibuk memikirkan apakah agaknya pengisian yang bakal anak-anak isi sepanjang cuti sekolah ini. moga-moga apa jua pengisian yang dirancang dipermudahkan oleh Allah dan diberkati hendaknya. Seperti tahun-tahun sudah, dua anak bujang saya sudah didaftarkan nama masing-masing ke program cuti sekolah. Bagi si abang selama sebulan akan berada di kem tahfiz manakala si adik pula akan menghadiri program AMPAC bersama sepupunya. Mudah-mudahan pengisian tersebut bakal memberi manfaat kepada mereka. Tinggal lagi si adik bujang yang ketiga masih belum difikirkan untuk dihantar ke mana-mana program. Ibu bapa mempunyai

Kelas Asas Blog dan Penulisan

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera kepada sesiapa sahaja yang membaca entri ini. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah. Alhamdulillah entri di blog akhirnya cukup 44 entri.  Satu kejayaan bagi saya yang masih belajar untuk menulis dengan sempurna. Bukan mudah untuk kekal momentum dalam satu-satu masa. Sebagai seorang wanita yang berkerjaya, berkeluarga dan dalam masa yang sama sedang menyiapkan tesis bukan mudah untuk saya fokus dengan penulisan blog. Walaupun menulis adalah minat saya, namun tatkala menulis blog fikiran jauh menerawang memikirkan tesis. tatkala menulis tesis hati gundah gulana memikirkan artikel yang belum disiapkan. Saya bernasib baik akhirnya ditemukan dengan kelas maya yang mana cikgunya sering memberi inspirasi dan peringatan secara konsisten buat anak-anak murid. Sungguh melalui kelas Asas Blog dan Penulisan saya menemui sesuatu yang luar biasa yang tak mungkin saya temui dimana-mana. Mengenali Puan Masayu melalui laman

Perangkap cinta di tempat kerja

Teks : Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam hormat. Semoga anda yang membaca coretan ini sentiasa dalam limpah kasih sayang Allah. Tajuk yang cukup dekat dengan hati saya. Sebenarnya sekian lama saya memendam hasrat untuk mencoretkan mengenai tajuk ini. namun ia sering tergendala dengan pelbagai alasan yang dicipta. Namun beberapa minggu lepas dua tiga cerita yang disampaikan kepada saya adalah berkisarkan hubungan cinta wanita bersuami di tempat kerja. Seringkali saya terfikir sendirian mengapa dan kenapa ini berlaku. Apakah penyebab cinta boleh berputik sedangkan pada masa yang sama masing-masing atau salah seorang daripada mereka sudah ada cinta hati di rumah. Namun apa yang pasti kedua-dua pihak bertanggungjawab hingga berlakunya perangkap cinta tersebut. Tanpa menafikan qada' dan qadar Allah, pastinya ada cara yang boleh kita buat bagi mengelak berlakunya seseuatu. Benarlah pesan al quran: Janganlah kamu menghampiri zina". Bibit-bibit menghampir

Penguatkuasa syariah

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam hormat. Hari ini kebanyakan akhbar harian memaparkan kisah menyayat hati, seorang penguatkuasa agama ditembak mati di rumahnya. Sungguh ia sungguh kejam. tanpa kita mengetahui apa motif sebenar pembunuh tersebut, ia sukar diterima. Sedih dan sayu rasa hati mengenangkan keluarga arwah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah kurniakan kesabaran kepada ahli keluarga arwah dalam menghadapi ujian yang cukup berat ini. Tugas penguatkuasa Agama bukanlah suatu tugas mudah. Seperti juga penguatkuasa yang lain, tugas mereka begitu mencabar. Mereka berhadapan dengan pelbagai watak manusia. Yang pastinya kesalahan yang dilakukan kadangkalan dirasakan tidak salah justeru bukan mudah untuk penguatkuasa agama berhadapan dengan kepelbagaian watak tersebut. Selain itu banyak tugas mencabar yang perlu dilakukan mereka yang kadangkala harus mempertaruhkan nyawa sendiri. Pernah sekali saya mengikuti operasi pe

Merai kejayaan anak-anak

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan selamat bertemu lagi. Setelah beberapa hari sepi tanpa sebarang catatan, hari ini kembali bersiaran sambil menyaksikan persembahan anak-anak tadika. Ini adalah kali ketiga majlis keraian anak-anak yang perlu dihadiri bulan ini. Satu majlis dihadiri oleh nenek mereka memandangkan kami berdua berada di luar kawasan. Nasib baik nenek mereka ada. Setidak-tidaknya mereka merasa dirai. Setiap kejayaan anak-anak ini adalah antara langkah-langkah awal kejayaan mereka pada masa depan. Penghargaan yang sedikit mampu mencetus semangat untuk berusaha dengan lebih baik pada masa akan datang. Catatan 10 Nov 2013

Prinsip-prinsip yang digunakan oleh mahkamah dalam menentukan kadar mutaah

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera. Perkongsian hari ini adalah berkenaan prinsip-prinsip yang digunakan oleh mahkamah dalam menentukan kadar mutaah. Sebelum itu perlu untuk kita mengenali apakah itu mutaah.  Mut’ah adalah suatu pemberian yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t terhadap suami-suami yang menceraikan isterinya tanpa sebab yang patut. Kewajipan ini bersandarkan kepada firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 241 Maksudnya   ``Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut’ah dengan cara yang patut sebagai satu tanggungan yang wajib bagi orang-orang yang bertaqwa.'('dua-dua pihak isteri dan suami). Pensyariatan mut’ah ini bertujuan untuk menutup rasa malu yang dialami oleh isteri, menghindarkan fitnah dan sebagai asas untuk memulakan hidup baru. Di dalam al-quran mahupun as-sunnah tidak ada nas yang menyebut atau menentukan berapa kadar mut’ah yang patut diberi oleh suami kepada bekas ister