Posts

Showing posts from July, 2013

Sabar dalam rumahtangga

Teks: Jazilah mohd saad Orang kata sabar adalah kunci kebahagiaan. Orang-orang yang bersabar juga membuktikan tahap keimanan mereka. Sebagaimana maksud hadis: sabar itu sebahagian daripada iman. Namun membina rasa sabar bukanlah semudah ianya diucapkan. Ia perlukan latihan yang berterusan. Dalam mengemudi bahtera rumahtangga sabar perlu sentiasa ada bersama. Tanpa sabar amat mudah untuk kita rasa marah, kecewa dan sakit hati. Betapa ramai pasangan yang kurang sabar dalam mengemudi rumahtangga akhirnya bertemu kekecewaan. Bagaimana membina rasa sabar dalam menghadapi mehnah rumahtangga....antara beberapa teknik membina dan memupuk rasa sabar yang sering digunakan adalah: 1. Sering mengamalkan sikap baik dalam kehidupan seharian. 2. Apabila timbul rasa ingin marah sentiasa ingat akibat buruk hasil daripada kemarahan yang terlampau. 3. Berwuduk dengan segera dan jika berkelapangan dirikan solat sunat. 4. Ingat kembali kenangan manis  yang ada. 5. Banyakkan berdoa dan istighfar. Se

Perceraian-perceraian dengan talak atau perintah mahkamah

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahhirrahmanirrahim dan assalamualaikum. Perkongsian pada hari ini adalah berkaitan dengan penceraian. Perkongsian ini adalah sambungan daripada siri perkongsian sebelum ini. Sebelum ini penulis pernah menyentuh mengenai jenis-jenis perceraian sebagaimana di peruntukkan oleh undang-undang Islam di Malaysia. Pada kesempatan ini perkongsian adalah berkenaan cerai melalui lafaz talak atau melalui perintah mahkamah. Peruntukkan mengenai perceraian melalui kaedah ini terdapat dalam undang-undnag keluarga islam negeri-negeri (Seksyen 45). kebiasaannya pasangan yang ingin bercerai akan hadir ke mahkamah untuk memohon perceraian dengan alasan tidak lagi wujud persefahaman dalam kehidupan berpasangan mereka. Permohonan untuk bercerai jenis ini memerlukan pasangan (suami atau isteri) yang berhasrat untuk bercerai mengisi borang permohonan untuk bercerai secara lafaz talak. Selepas permohonan untuk bercerai diterima oleh mahkamah, mahkamah akan mengeluarkan

sabar tatkala diuiji

Teks : Jazilah Mohd Saad Bismisllahirrahmanirrahim, Assalaumualaikum. Hari ini sudah masuk hari kesepuluh ramadan. Semalam saya menerima berita kematian suami saudara sepupu sebelah ayah. Pada usia yang masih muda dan anak-anak masih kecil arwah pergi meninggalkan alam fana. Hati terkedu dan sedih mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil yang ditinggalkan. mudah-mudahan kehidupan mereka akan terus disinari kasih sayang saudara mara di sekeliling selepas ini. begitulah kehidupan. ada masa kita diuji dengan kematian dan ada ketikanya diuji dengan kemiskinan, kesakitan , kegagalan dan pelbagai lagi ujian. hanya insan-insan yang bersabar dan tabah mencari jalan keluar akan berjaya. doa dan usaha perlu seiring tanpa ada pengecualian.  Semasa menjalankan tugas sebagai pegawai syaraiah di Jabatan Bantuan Guaman, kami sering menerima kedatangan isteri-isteri yang mengadu masalah kekeluargaan. Pelbagai masalah yang dihadapi antaranya suami menghilangkan diri tanpa na

Hak isteri yang diceraikan

Teks: Jazilah mohd Saad Penulisan ini adalah sambungan kepada entri sebelum berkaitan hak-hak isteri selepas diceraikan. Boleh rujuk  di sini. Perbincangan pada entri ini khusus kepada hak nafkah. Secara umumnya nafkah yang boleh dituntut terdiri daripada 2 jenis nafkah iaitu nafkah isteri dan nafkah anak. namun entri kali khusus membicarakan berkenaan nafkah isteri.Selepas perceraian berlaku, isteri yang diceraikan boleh menuntut nafkah iddah dan juga nafkah isteri yang tertunggak.  Nafkah iddah bermaksud nafkah di sepanjang tempoh iddah. tempoh iddah adalah berbeza mengikut jenis perceraian yang berlaku. Ianya layak dituntut hanya bagi tempoh iddah sahaja dan tamat sebaik sahaja tempoh iddah habis. Hak ini adalah sebagaimana di sebut di dalam al-quran dalam surah al-talaq ayat 6. intipati ayat tersebut mengarahkan supaya isteri-isteri yang diceraikan perlu disediakan kediaman dan menyediakan nafkah sewajarnya sekiranya ia hamil.  Sementara nafkah tertunggak adalah tungga

Catatan hujung minggu

Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Hari sabtu yang rileks. Sarapan pagi siap terhidang. Biasanya hujung minggu adalah masa untuk bebas dari masak memasak sesi pagi. Hajat di hati nak mencari nasi lemak jer sebagai sarapan pagi namun mak mertua yang baik hati telah siap sedia dengan nasi goreng untuk anak menantu dan cucu-cucunya. Alhamdulillah kenyang. Tugas hari ini adalah untuk menyiapkan kerja-kerja mengedit tesis sarjana kekanda kandung. Hanya sikit lagi. Harap dapat disiapkan sebelum tengah hari.  Hanya ini termampu di bantu. Mudah mudahan dengan bantuan kecil ini dapat merealisasikan impian beliau. Mencuri waktu menjenguk Facebook. .rata rata status kawan-pegawai syariah adalah mengenai persidangan yang bakal berlangsung mulai hujung minggu ni. Lama sungguh tidak ikut serta. Persidangan adalah medan menimba ilmu. Persidangan juga adalah wacana pembentukan sahsiah pegawai. Komitmen dan disiplin sepanjang persidangan adalah cerminan komitmen dan disiplin semasa be

Pertemuan dengan penyelia

Teks: jazilah mohd saad. Alhamdulillah. Hari ini sudah hari ke 8 umat islam menjalani ibadah puasa. Sebetulnya saya tidak terlalu menghitung jumlah hari tambahan pula anak-anak tidak pernah menyebutnya. Hari ini juga merupakan hari pertemuan saya dengan supervisor. Pada masa menulis ini saya masih tertunggu-tunggu  kehadiran beliau. semoga saya tidak menunggu terlalu lama. Bercerita tentang penantian, semua orang pasti tidak suka menunggu lama. Benar..penantian membuatkan kita resah gelisah. Pengalaman berurusan dengan mahkamah mengajar saya supaya lebih sabar. Sebagai seorang peguam pada ketika itu kita bukan sahaja berhadapan dengan mahkamah malah klien, rakan peguam, agensi kerajaan lain dan juga hakim sendiri. Menunggu kedatangan hakim tidaklah serisau menunggu kedatangan klien sendiri. Apa tidaknya sekiranya klien tidak hadir pastinya kes yang dibawa akan mengalami masalah dan berkemungkinan dibuang apatah lagi sekiranya seorang peguam belum lagi menerima lafaz wakalah sebaga

Hak yang boleh dituntut oleh seorang isteri selepas penceraian

Teks: Jazilah Mohd Saad assalamualaikum Entri kali ini adalah berkaitan dengan hak seorang isteri setelah berlakunya penceraian. Sesungguhnya penceraian bukanlah jalan terakhir penyelesaian masalah malah ia juga bukan langkah yang pertama yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan konflik rumahtangga. namun perceraian juga mungkin jalan penyelesaian terbaik sekiranya konflik tidak lagi mampu diatasi. Kebiasaanya apabila berlaku sesuatu penceraian wanita akan mengambil langkah yang mudah meninggalkan rumah kelamin dan kembali bersama orang tua masing-masing. namun tidak kurang juga wanita yang berani bersuara menuntut hak dan keadilan selepas berlakunya penceraian. dalam menuntut hak dan keadilan, perlulah berasaskan kepada apa yang diperuntukkan oleh undang-undang di mana pasangan tersebut bermastatutin. Merujuk kepada undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan antara hak yang boleh dituntut selepas berlakunya perceraian adalah seperti berikut:: 1. Nafkah 2. Mutaah

Perceraian

Teks: Jazilah mohd Saad Assalamualaikum dan salam hormat. Sebuah perkahwinan diibaratkan sebuah perjuangan. ada yang gagal ada yang berjaya. Kejayaan dalam mengharungi sesebuah perkahwinan pastinya adalah sebuah perkahwinan yang mempunyai persiapan yang rapi sebelum perkahwinan diteruskan. namun kegaglan juga tidak bermaksud tidak ada persiapan namun berkemungkinan persiapan belum cukup untuk menangkis segala unsur-unsur yang menganggu sebuah perjuangan. Justeru kegagalan dalam perkahwinan bukanlah penamat sebuah kehidupan. Di dalam peruntukkan undang-undang keluarga islam (merujuk kepada Ordinan Keluarga Islam Sarawak) terdapat beberapa jenis perceraian yang dimohon oleh pasangan yang ingin meleraikan ikatan perkahwinan. Antara jenis perceraian itu adalah  perceraian dengan talaq atau perintah mahkamah (s.45) perceraian secara khulu' atau tebus talaq(s.47) perceraian secara pengesahan lafaz taklik (s.48) perceraian secara lian (s.49) perceraian secara fasakh (s.49)

Pilihan anak

Assalamualaikum dan salam kasih sayang. Teks: Jazilah Mohd Saad Alhamdulillah diberi kesempatan menukilkan sesuatu pada hari. idea menulis nampaknya datang mencurah-curah. munggkin keberkatan bulan ramadan dan mungkin juga perut yang kosong membuatkan otak bergerak lebih laju berbanding biasa. Apa yang nak dikongsi di sini hari ini adalah berkisarkan kasih sayang. sepanjang 3 tahun menjadi peguam syarie saya banyak mengendalikan kes-kes keluarga yang banyak memberi inspirasi dan terkesan ke dalam jiwa saya.  Kisah perebutan dua orang anak (seorang lelaki dan seorang perempuan) Perkahwinan yang berakhir dengan perceraian mengakibat konflik terhadap hak penjagaan anak. masing-masing ingin mempertahankan bahawa merekalah yang sewajarnya menjaga anak-anak tersebut. akhirnya kerana tidak dapat diselesaikan melalui persetujuan, isu tersebut dibawa ke mahkamah. Sebelum kes dibawa ke mahkamah anak perempuan tinggal bersama ibu manakala anak lelaki tinggal bersama bapa. namun apabila ke

Jabatan Bantuan Guaman

Teks: Jazilah Mohd Saad Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang. Pengendalian kes di mahkamah adakalanya rumit dan memerlukan khidmat seorang peguam yang mammpu berhujah untuk membentangkan kes dan menghujahkan fakta berkaitan tuntutannya di hadapan mahkamah. tidak semua individu dikurniakan kebolehan untuk berhujah. Kadang-kadang juga prosedur yang rumit dan kompleks mmemerlukan kepakaran yang khusus untuk mengendalikannya.Adakalanya kerana kelemahan berhujah, kes atau tuntutan ditolak oleh mahkamah. Dalam pengendalian kes mahkamah syariah, masyarakat awam boleh memilih samada menggunakan khidmat peguam swasta atau peguam kerajaan bagi mengendalikan kesnya. bagi memilih peguam swasta kebiasaannya senarai peguam ada diletakkan di papan-papan kenyatataan mahkamah. manakala bagi peguam kerajaan boleh merujuk ke Jabatan bantuan Guaman. Entri ini sebenarnya khusus untuk memperkenalkan fungsi dan peranan Jabatan Bantuan Guaman dalam pengendalian kes di mahkamah syariah. Jabat

Persediaan sebelum menghadirkan diri di mahkamah

Teks : Jazilah mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Semoga sesiapa sahaja yang membaca catatan ini mendapat sedikit manfaat dengan perkongsian ini. Menerima surat supaya menghadirkan diri ke mahkamah mampu membuatkan seseorang itu tidak tidur malam memikirkan nya. Seolah-olah mahkamah adalah medan tempur. Namun tidak kurang juga ada individu yang berkobar-berkobar penuh semangat menghadirkan diri lebih-lebih lagi apabila proses tersebut dimulakan oleh mereka. Walau apapun tujuan kehadiran ke mahkamah persediaan yang sewajarnya perlu dibuat. Antara persediaan dan keperluan yang perlu ada sekiranya perlu hadir atau berurusan di mahkamah syariah adalah: *kad pengenalan atau apa-apa pengenalan diri. *dokumen berkaitan kes seperti sijil nikah, dokumen mahkamah seperti perintah, saman sekiranya berkaitan. *menutup aurat dan berpakaian sopan. Bagi sesetengah mahkamah syariah, pemakaian jeans dan topi (cap) juga tidak dibenarkan. Cermin mata hitam juga perlu

Mahkamah syariah

Teks: Jazilah Mohd Saad Serba ringkas mengenai mahkamah syariah Seringkali apabila disebut perkataan mahkamah, orang akan takut dan adakalanya mencemuh seolah-olah mahkamah adalah tempat di mana berlakunya salah laku ataupun adanya masalah dan konflik. apabila disebut mahkamah syariah, perkataan yang sering di kaitkan dengan mahkamah adalah "cerai", "berebut anak" dan adakalanya poligami. mahkamah syariah juga sering di label mahkamah "low class' oleh individu-individu yang sememangnya tidak senang sekiranya undang-undang islam dilaksanakan sepenuhnya. bagi mengelak salah tanggapan pelbagai pihak terhadap mahkamah syariah pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan telah dilakukan oleh pentadbiran mahkamah syariah terutamanya ke arah lebih mesra pelanggan. Di Malaysia terdapat lebih kurang  102 buah mahkamah syariah. mahkamah ini terdiri daripada mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan. Hakim yang dilantik adalah terdiri daripada pegawai

Pegawai Syariah

Assalamualaikum..... hari ini adalah hari terakhir dalam bulan Syaaban. Semoga Ramadan yang bakal menjelma disambut penuh kegembiraan dan tanamkan azam supaya Ramadan kali ini adalah Ramadan terbaik bagi kita semua. Penuhilah bulan penuh rahmat dan maghfirah ini dengan amal ibadat yang tulus ikhlas semata-mata mengharapkan ganjaranNya. Alhamdulillah diberi kesempatan mencatatkan sesuatu di ruangan blog ini. Hari ini sekadar perkongsian dengan pembaca mengenai kerjaya sebagai Pegawai Syariah. Teks: Jazilah Mohd Saad Bagi sesetengah orang mungkin kerjaya sebagai pegawai syariah asing bagi mereka. Seringkali juga masyarakat keliru antara pegawai Hal Ehwal Agama Islam dan pegawai syariah, Begitu juga di antara pegawai syariah dan pegawai undang-undang. Secara spesifiknya pegawai syariah adalah salah satu peluang kerjaya yang diwujudkan bagi pemegang ijazah sarjana muda Syariah atau Pengajian Islam degan pengkhususan syariah. Individu yang berhasrat menjawat jawatan pegawai s

Undang-undang Islam di Malaysia

Teks: Jazilah Mohd Saad Assalamualaikum dan salam hormat. Entri ini masih dalam rangka memperkenalkan undang-undang Islam sebagaimana yang diamalkan di Malaysia. Sebagaimana yang dicatatkan pada entri sebelum ini bahawa perkembangan Islam di tanah melayu sedikit terbantut selepas kedatangan Inggeris. kedatangan Inggeris telah membawa bersama rujukan-rujukan perundangan yang diamalkan oleh mereka. justeru tidak hairanlah mengapa undang-undang yang ada pada hari ini di malaysia banyak dipengaruhi oleh corak sistem kehakiman mereka. walaupun undang-undang Islam dibenarkan pelaksanaannya, namun ia amat terhad dan hanya boleh dilaksanakan oleh orang-orang Islam dan hanya bersangkutan kepada hal-hal kekeluargaan dan kesalahan terhadap agama selagi ianya tidak bersalahan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan.  Secara ringkasnya undang-undang Islam yang boleh dilaksanakan di Malaysia terdiri daripada undang-undang berikut: Undang-undang Keluarga Islam Undang-undang Jenayah Undang-u

Latar belakang undang-undang Islam di Malaysia

Teks: Jazilah Mohd Saad Penulisan Ini Adalah Sebahagian Daripada Rangka Penulisan Tesis Penulis Latar Belakang Undang-Undang Islam Di Malaysia Dari segi sejarah, undang-undang Islam telahpun wujud di tanah Melayu sejak tahun 1313. Kewujudan undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah selaras dengan perkembangan dakwah Islam di rantau ini. Sejak abad ke-13 Islam telah mula tersebar di Asia Tenggara dan ke Tanah Melayu beberapa abad kemudiannya. Pengaruh kedatangan Islam di kesan di Melaka pada abad ke-15. Kedatangan Islam di Tanah Melayu memberi kesan kepada corak kehidupan masyarakat Melayu. Pengaruh dan kesan  ajaran Islam adalah  melalui peranan kerajaan dan yang diikuti oleh kebanyakan orang. Pengaruh Islam dalam kehidupan awam juga member kesan kepada budaya dan adat Melayu. Selain itu pengaruh Islam juga dilihat dalam pembuatan peraturan dan undang-undang. Sebagai contohnya, undang-undang Melaka (Hukum Kanun Melaka) menunjukkan pengaruh Islam dalam beberapa klausa peruntu

Undang-undang Jenayah Islam

Teks: Jazilah Mohd Saad Entri kali ini adalah berkisar mengenai undang-undang Jenayah menurut Islam. Sebenarnya entri ini disediakan hasil daripada analisis terhadap filem Semerah Padi dan kertas asal yang disediakan telah diedit dan disusun semula sesuai dengan penulisan blog. Konsep Jenayah dan hukumannya dalam undang-undang Islam Di dalam Islam terdapat tiga jenis jenayah dan hukumannya ialah hudud, qisas dan takzir. Hudud adalah kesalahan jenayah yang ditetapkan kadarnya oleh Hukum syarak, yang tidak ada minima dan maksimanya dan yang tidak boleh digugurkan sama sekali sama ada oleh individu atau pemerintah. Qisas juga ditetapkan kadarnya oleh Hukum Syarak tetapi boleh dimaafkan samada melalui bayaran diyat atau tanpa diyat sekalipun kes itu telah sampai ke mahkamah. Takzir pula adalah kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadarnya oleh hukum syarak tetapi ditetapkan oleh kerajaan atau hakim mengikut budi bicaranya. Di dalam pelaksanaan undang-undang Islam be

pengenalan diri

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum. Teks: Jazilah Mohd Saad  Entri pertama sekadar menghulurkan salam perkenalan kepada pembaca blog ini. Alhamdulillah syukur diberi kesempatan dan ruang untuk mewujudkan blog ini sebagai medium perkongsian berkenaan undang-undang syariah. Berkhidmat sebagai seorang pegawai syariah yang bertugas salah sebuah jabatan kerajaan.  Hampir 11 tahun berkecimpung dalam bidang perundangan islam. Memulakan perkhidmatan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, seterusnya di Jakim sebelum bertukar ke Jabatan bantuan Guaman Sarawak pada 2007. Mulai 2010 hingga  Oktober 2013 menyambung pengajian di UIA juga dalam bidang perundangan Islam. Berkelulusan ijazah sarjana muda dan sarjana juga dalam bidang syariah (perundangan Islam). Minat untuk menulis dan berkongsi idea telah lama ada namun tidak digarap sepenuhnya. Insya Allah dengan wujudnya blog ini minat tersebut akan terus subur dan berkembang demi kemaslahatan umat. Semoga ianya menjadi saham ak