Posts

Showing posts with the label travelog pegawai syariah

Bahagian Sokongan Keluarga

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang membenarkan dan mengizinkan entri ini disiapkan. Sejak Januari hinggalah Ogos entri ini tertangguh dengan pelbagai alasan. Perjalanan kerjaya kadang-kadang sukar diduga. adakalanya apa yang berlaku memenuhi keinginan dan hasrat hati namun adakalanya apa yang berlaku memberikan kejutan yang tak disangka. Namun sebagai seorang insan yang pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi, anggaplah sahaja ia adalah suatu rezeki dan nikmat yang tak dijangka dan ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Kembali kepada perjalanan karier saya, mulai Januari 2014, saya telah ditempatkan di Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Satu bahagian yang baru sahaja diwujudkan pada tahun 2009. Walau pada awalnya rasa berat dihati untuk meninggalkan lubuk ilmu (pusat Sumber) yang makin serasi dengan jiwa, namun arahan tetap dipatuhi. Moga-moga Bahagian baru, bos baru dan staf dan rakan sekerja yang baru m...

Pegawai Syariah dan Pusat Sumber Maklumat

Image
Teks: Jazilah Mohd Saad Gambar: Google Bismillahirrahmanirrahin dan salam hormat kepada pembaca entri ini. Semoga anda semua dilimpahi kasih sayang Ilahi. Alhamdulillah cukup sudah sebulan kembali bergelar penjawat awam. Suasana bekerja di rumah dan suasana bekerja di pejabat sungguh berlainan. Berada di ruangan yang menempatkan hampir 40 ribu koleksi bahan-bahan rujukan membuatkan saya teruja ingin membaca kesemua apa yang ada di ruangan ini. Uh...tidak mungkin saya mampu menghabiskannya. Apatah lagi sekiranya buku tersebut dalam bahasa Arab. Namun syukur sekurang-kurangnya saya berada di ruangan ilmu. Sebagaimana Pusat Sumber Maklumat jabatan kerajaan lain, Pusat Sumber Maklumat JKSM merupakan Pusat Sumber yang menempatkan koleksi bahan-bahan rujukan perundangan syariah (60%), Perundangan umum (20%) dan koleksi umum (20%) sebagai rujukan kepada Pegawai Syariah dan mana-mana individu yang berkaitan. Hampir kebanyakan koleksi adalah rujukan berbahasa Arab. Koleksi ini pentin...

Ruangan Ilmu

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam ceria. Alhamdulillah Allah masih memberikan kita nikmat kehidupan buat sekian kalinya. Mudah-mudahan hari ini diisi dengan pekerjaan yang manfaat. Suasana di pejabat makin meriah, ramai yang mengambil cuti sempena aidil adha telah kembali bekerja. jalan raya semakin sibuk namun alhamdulillah masih dapat datang tepat pada waktunya. Setelah kembali bekerja, saya cukup bersyukur ditempatkan di ruangan ilmu yang bakal membuatkan hari-hari saya terisi dengan pelbagai ilmu yang ada di sini. Sejak dari zaman sekolah rendah, saya adalah seorang ulat buku. Perpustakaan adalah tempat kedua selepas bilik darjah. Sehinggakan saya pernah dilantik sebagai pustakawan apabila guru sering melihat saya di perpustakaan. Alhamdulillah dengan minat tersebut saya pernah mendapat anugerah sempena hari membaca di sekolah. Dah terlupa nama anugerahnya tapi rasanya semuanya ada hubungkait dengan buku. Kini setelah bekerja saya sekali lagi s...

Impian dan kenyataan

Teks: Jazilah mohd saad Impian adalah harapan. Impian adalah cita-cita. Begitu tafsiran saya. Mungkin ia berbeza dengan tafsiran orang lain. Maka hormati lah perbezaan itu. Semasa kecil apabila ditanya apa impian saya pastinya saya akan menjawab. ..saya nak jadi cikgu yang baik..faktor keluarga berkemungkinan banyak mempengaruhi corak pemikiran pada masa itu. Ayah seorrang guru..abang , kakak juga guru. Maka pastinya saya juga ingin menjadi seorang guru. Apabila usia menginjak dan semakin luas pergaulan sosial impian dan cita-cita untuk menjadi cikgu turut hilang dari kotak fikiran. Impian akhirnya bertukar lagi untuk menjadi seorang peguam. Namun akhirnya kerjaya pertama yang diceburi adalah sebagai guru. Begitulah ketentuan takdir. Walaupun hanya sementara dan hanya bersama anak-anak kecil, diri cukup rasa dihargai apabila digelar cikgu. Akhirnya takdir juga membawa diri ini untuk dapat mencapai impian yang telah tersemat suatu ketika dahulu untuk menjadi seorang peguam. walau h...

Kerja oh kerja

Tinggal sebulan lebih lagi saya akan kembali kepada rutin asal sebagaimana tiga tahun yang lepas. Begitulah lumrah kehidupan. Bukan semua yang kita inginkan terjadi mengikut kehendak kita. Jika sepanjang 3 tahun cuti belajar,  masa banyak ditentukan oleh diri sendiri. Bila masa terasa penat...akan berehat. .bila terasa rindu dengan anak-anak boleh luangkan lebih masa bersama mereka. Begitu juga dengan pasangan. Yang lebih penting ialah tidak perlu bersesak mengharung kesesakan lalulintas dan terkejar-kejar "punchcard. Walau ada masa nya trpaksa juga mengharung jem...di mrr2 dan terkejar  waktu meeting dengan penyelia tapi ia hanyalah sekali seminggu sahaja. Sungguh jika sda yang bertanya  seronok tak cuti belajar pastinya ya...adakalanya terasa down menghadapi masa-masa buntu namun saat dan waktu itulah membuatkan kita terasa lebih dekat dengaNya. Ya Allah. .semoga apa sahaja yang bakal dilakukan olehku sentiasa membuatkan aku lebih dekat denganMu. 9.15 pg 22 ogos 2013 ...

sabar tatkala diuiji

Teks : Jazilah Mohd Saad Bismisllahirrahmanirrahim, Assalaumualaikum. Hari ini sudah masuk hari kesepuluh ramadan. Semalam saya menerima berita kematian suami saudara sepupu sebelah ayah. Pada usia yang masih muda dan anak-anak masih kecil arwah pergi meninggalkan alam fana. Hati terkedu dan sedih mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil yang ditinggalkan. mudah-mudahan kehidupan mereka akan terus disinari kasih sayang saudara mara di sekeliling selepas ini. begitulah kehidupan. ada masa kita diuji dengan kematian dan ada ketikanya diuji dengan kemiskinan, kesakitan , kegagalan dan pelbagai lagi ujian. hanya insan-insan yang bersabar dan tabah mencari jalan keluar akan berjaya. doa dan usaha perlu seiring tanpa ada pengecualian.  Semasa menjalankan tugas sebagai pegawai syaraiah di Jabatan Bantuan Guaman, kami sering menerima kedatangan isteri-isteri yang mengadu masalah kekeluargaan. Pelbagai masalah yang dihadapi antaranya suami menghilangkan diri tanp...

Catatan hujung minggu

Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Hari sabtu yang rileks. Sarapan pagi siap terhidang. Biasanya hujung minggu adalah masa untuk bebas dari masak memasak sesi pagi. Hajat di hati nak mencari nasi lemak jer sebagai sarapan pagi namun mak mertua yang baik hati telah siap sedia dengan nasi goreng untuk anak menantu dan cucu-cucunya. Alhamdulillah kenyang. Tugas hari ini adalah untuk menyiapkan kerja-kerja mengedit tesis sarjana kekanda kandung. Hanya sikit lagi. Harap dapat disiapkan sebelum tengah hari.  Hanya ini termampu di bantu. Mudah mudahan dengan bantuan kecil ini dapat merealisasikan impian beliau. Mencuri waktu menjenguk Facebook. .rata rata status kawan-pegawai syariah adalah mengenai persidangan yang bakal berlangsung mulai hujung minggu ni. Lama sungguh tidak ikut serta. Persidangan adalah medan menimba ilmu. Persidangan juga adalah wacana pembentukan sahsiah pegawai. Komitmen dan disiplin sepanjang persidangan adalah cerminan komitmen dan disiplin semas...

Jabatan Bantuan Guaman

Teks: Jazilah Mohd Saad Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang. Pengendalian kes di mahkamah adakalanya rumit dan memerlukan khidmat seorang peguam yang mammpu berhujah untuk membentangkan kes dan menghujahkan fakta berkaitan tuntutannya di hadapan mahkamah. tidak semua individu dikurniakan kebolehan untuk berhujah. Kadang-kadang juga prosedur yang rumit dan kompleks mmemerlukan kepakaran yang khusus untuk mengendalikannya.Adakalanya kerana kelemahan berhujah, kes atau tuntutan ditolak oleh mahkamah. Dalam pengendalian kes mahkamah syariah, masyarakat awam boleh memilih samada menggunakan khidmat peguam swasta atau peguam kerajaan bagi mengendalikan kesnya. bagi memilih peguam swasta kebiasaannya senarai peguam ada diletakkan di papan-papan kenyatataan mahkamah. manakala bagi peguam kerajaan boleh merujuk ke Jabatan bantuan Guaman. Entri ini sebenarnya khusus untuk memperkenalkan fungsi dan peranan Jabatan Bantuan Guaman dalam pengendalian kes di mahkamah syariah. Jabat...

Pegawai Syariah

Assalamualaikum..... hari ini adalah hari terakhir dalam bulan Syaaban. Semoga Ramadan yang bakal menjelma disambut penuh kegembiraan dan tanamkan azam supaya Ramadan kali ini adalah Ramadan terbaik bagi kita semua. Penuhilah bulan penuh rahmat dan maghfirah ini dengan amal ibadat yang tulus ikhlas semata-mata mengharapkan ganjaranNya. Alhamdulillah diberi kesempatan mencatatkan sesuatu di ruangan blog ini. Hari ini sekadar perkongsian dengan pembaca mengenai kerjaya sebagai Pegawai Syariah. Teks: Jazilah Mohd Saad Bagi sesetengah orang mungkin kerjaya sebagai pegawai syariah asing bagi mereka. Seringkali juga masyarakat keliru antara pegawai Hal Ehwal Agama Islam dan pegawai syariah, Begitu juga di antara pegawai syariah dan pegawai undang-undang. Secara spesifiknya pegawai syariah adalah salah satu peluang kerjaya yang diwujudkan bagi pemegang ijazah sarjana muda Syariah atau Pengajian Islam degan pengkhususan syariah. Individu yang berhasrat menjawat jawatan pegawai s...