Posts

Sabar dalam rumahtangga

Teks: Jazilah mohd saad Orang kata sabar adalah kunci kebahagiaan. Orang-orang yang bersabar juga membuktikan tahap keimanan mereka. Sebagaimana maksud hadis: sabar itu sebahagian daripada iman. Namun membina rasa sabar bukanlah semudah ianya diucapkan. Ia perlukan latihan yang berterusan. Dalam mengemudi bahtera rumahtangga sabar perlu sentiasa ada bersama. Tanpa sabar amat mudah untuk kita rasa marah, kecewa dan sakit hati. Betapa ramai pasangan yang kurang sabar dalam mengemudi rumahtangga akhirnya bertemu kekecewaan. Bagaimana membina rasa sabar dalam menghadapi mehnah rumahtangga....antara beberapa teknik membina dan memupuk rasa sabar yang sering digunakan adalah: 1. Sering mengamalkan sikap baik dalam kehidupan seharian. 2. Apabila timbul rasa ingin marah sentiasa ingat akibat buruk hasil daripada kemarahan yang terlampau. 3. Berwuduk dengan segera dan jika berkelapangan dirikan solat sunat. 4. Ingat kembali kenangan manis  yang ada. 5. Banyakkan berdoa dan istighfar...

Perceraian-perceraian dengan talak atau perintah mahkamah

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahhirrahmanirrahim dan assalamualaikum. Perkongsian pada hari ini adalah berkaitan dengan penceraian. Perkongsian ini adalah sambungan daripada siri perkongsian sebelum ini. Sebelum ini penulis pernah menyentuh mengenai jenis-jenis perceraian sebagaimana di peruntukkan oleh undang-undang Islam di Malaysia. Pada kesempatan ini perkongsian adalah berkenaan cerai melalui lafaz talak atau melalui perintah mahkamah. Peruntukkan mengenai perceraian melalui kaedah ini terdapat dalam undang-undnag keluarga islam negeri-negeri (Seksyen 45). kebiasaannya pasangan yang ingin bercerai akan hadir ke mahkamah untuk memohon perceraian dengan alasan tidak lagi wujud persefahaman dalam kehidupan berpasangan mereka. Permohonan untuk bercerai jenis ini memerlukan pasangan (suami atau isteri) yang berhasrat untuk bercerai mengisi borang permohonan untuk bercerai secara lafaz talak. Selepas permohonan untuk bercerai diterima oleh mahkamah, mahkamah akan mengeluarkan ...

sabar tatkala diuiji

Teks : Jazilah Mohd Saad Bismisllahirrahmanirrahim, Assalaumualaikum. Hari ini sudah masuk hari kesepuluh ramadan. Semalam saya menerima berita kematian suami saudara sepupu sebelah ayah. Pada usia yang masih muda dan anak-anak masih kecil arwah pergi meninggalkan alam fana. Hati terkedu dan sedih mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil yang ditinggalkan. mudah-mudahan kehidupan mereka akan terus disinari kasih sayang saudara mara di sekeliling selepas ini. begitulah kehidupan. ada masa kita diuji dengan kematian dan ada ketikanya diuji dengan kemiskinan, kesakitan , kegagalan dan pelbagai lagi ujian. hanya insan-insan yang bersabar dan tabah mencari jalan keluar akan berjaya. doa dan usaha perlu seiring tanpa ada pengecualian.  Semasa menjalankan tugas sebagai pegawai syaraiah di Jabatan Bantuan Guaman, kami sering menerima kedatangan isteri-isteri yang mengadu masalah kekeluargaan. Pelbagai masalah yang dihadapi antaranya suami menghilangkan diri tanp...

Hak isteri yang diceraikan

Teks: Jazilah mohd Saad Penulisan ini adalah sambungan kepada entri sebelum berkaitan hak-hak isteri selepas diceraikan. Boleh rujuk  di sini. Perbincangan pada entri ini khusus kepada hak nafkah. Secara umumnya nafkah yang boleh dituntut terdiri daripada 2 jenis nafkah iaitu nafkah isteri dan nafkah anak. namun entri kali khusus membicarakan berkenaan nafkah isteri.Selepas perceraian berlaku, isteri yang diceraikan boleh menuntut nafkah iddah dan juga nafkah isteri yang tertunggak.  Nafkah iddah bermaksud nafkah di sepanjang tempoh iddah. tempoh iddah adalah berbeza mengikut jenis perceraian yang berlaku. Ianya layak dituntut hanya bagi tempoh iddah sahaja dan tamat sebaik sahaja tempoh iddah habis. Hak ini adalah sebagaimana di sebut di dalam al-quran dalam surah al-talaq ayat 6. intipati ayat tersebut mengarahkan supaya isteri-isteri yang diceraikan perlu disediakan kediaman dan menyediakan nafkah sewajarnya sekiranya ia hamil.  Sementara nafkah tertunggak...

Catatan hujung minggu

Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Hari sabtu yang rileks. Sarapan pagi siap terhidang. Biasanya hujung minggu adalah masa untuk bebas dari masak memasak sesi pagi. Hajat di hati nak mencari nasi lemak jer sebagai sarapan pagi namun mak mertua yang baik hati telah siap sedia dengan nasi goreng untuk anak menantu dan cucu-cucunya. Alhamdulillah kenyang. Tugas hari ini adalah untuk menyiapkan kerja-kerja mengedit tesis sarjana kekanda kandung. Hanya sikit lagi. Harap dapat disiapkan sebelum tengah hari.  Hanya ini termampu di bantu. Mudah mudahan dengan bantuan kecil ini dapat merealisasikan impian beliau. Mencuri waktu menjenguk Facebook. .rata rata status kawan-pegawai syariah adalah mengenai persidangan yang bakal berlangsung mulai hujung minggu ni. Lama sungguh tidak ikut serta. Persidangan adalah medan menimba ilmu. Persidangan juga adalah wacana pembentukan sahsiah pegawai. Komitmen dan disiplin sepanjang persidangan adalah cerminan komitmen dan disiplin semas...

Pertemuan dengan penyelia

Teks: jazilah mohd saad. Alhamdulillah. Hari ini sudah hari ke 8 umat islam menjalani ibadah puasa. Sebetulnya saya tidak terlalu menghitung jumlah hari tambahan pula anak-anak tidak pernah menyebutnya. Hari ini juga merupakan hari pertemuan saya dengan supervisor. Pada masa menulis ini saya masih tertunggu-tunggu  kehadiran beliau. semoga saya tidak menunggu terlalu lama. Bercerita tentang penantian, semua orang pasti tidak suka menunggu lama. Benar..penantian membuatkan kita resah gelisah. Pengalaman berurusan dengan mahkamah mengajar saya supaya lebih sabar. Sebagai seorang peguam pada ketika itu kita bukan sahaja berhadapan dengan mahkamah malah klien, rakan peguam, agensi kerajaan lain dan juga hakim sendiri. Menunggu kedatangan hakim tidaklah serisau menunggu kedatangan klien sendiri. Apa tidaknya sekiranya klien tidak hadir pastinya kes yang dibawa akan mengalami masalah dan berkemungkinan dibuang apatah lagi sekiranya seorang peguam belum lagi menerima lafaz wakalah se...

Hak yang boleh dituntut oleh seorang isteri selepas penceraian

Teks: Jazilah Mohd Saad assalamualaikum Entri kali ini adalah berkaitan dengan hak seorang isteri setelah berlakunya penceraian. Sesungguhnya penceraian bukanlah jalan terakhir penyelesaian masalah malah ia juga bukan langkah yang pertama yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan konflik rumahtangga. namun perceraian juga mungkin jalan penyelesaian terbaik sekiranya konflik tidak lagi mampu diatasi. Kebiasaanya apabila berlaku sesuatu penceraian wanita akan mengambil langkah yang mudah meninggalkan rumah kelamin dan kembali bersama orang tua masing-masing. namun tidak kurang juga wanita yang berani bersuara menuntut hak dan keadilan selepas berlakunya penceraian. dalam menuntut hak dan keadilan, perlulah berasaskan kepada apa yang diperuntukkan oleh undang-undang di mana pasangan tersebut bermastatutin. Merujuk kepada undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan antara hak yang boleh dituntut selepas berlakunya perceraian adalah seperti berikut:: 1. Nafkah 2. Mutaah...