Bahagian Sokongan Keluarga -bsk transit
Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum . Bertemu lagi kita di kesempatan ini...moga segala pekerjaan dan urusan kita sentiasa dipermudahkan olehnya. InsyaAllah hari ini saya akan menyambung sedikit perkongsian lagi berkaitan Bahagian Sokongan Keluarga JKSM. Bagaimana dan apa khidmat yang boleh diberikan oleh bsk dalam membantu masyarakat di luar sana. Salah satu produk atau perkhidmatan bsk adalah BSK TRANSIT. BSK Transit merupakan bantuan perkhidmatan penginapan sementara, pengangkutan dan makan minum secara percuma yang disediakan kepada pihak-pihak khususnya kepada wanita dan saksi-saksi yang menghadiri prosiding Kes Mal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Keutamaan BSK TRANSIT diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan d...