Bismillahirrahmanirrahim Teks: Jazilah Mohd Saad Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang. Hari ini cuti sempena hari deepavali. Saya mengambil kesempatan dan peluang yang ada mencatatkan sesuatu dalam catatan harian. hari-hari yang berlalu sungguh sibuk dengan pelbagai urusan dunia yang perlu dibereskan. Namun kesibukan itu sering diwarnai dengan pelbagai suasana yang adakalanya indah, suram pahit dan manis. Begitulah kehidupan. Selagi hidup, suasana begini pastinya akan mewarnai kehidupan kita. bergantung kepada kita bagaimana ingin menerima kehidupan tersebut. Dua tiga hari lepas terbaca emel yang di tujukan secara sengaja kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat. kebiasaannya emel yang ditujukan kepada umum adalah hebahan maklumat atau ucapan sempena apa-apa "event". Namun emel yang diterima pada hari tersebut adalam ucapan salam perpisahan dan kandungan dalamnya adalah kutukan terhadap boss yang menyebabkan pengirimnya memohon pertukaran. sekali baca ras...
Posts
Bahagian Sokongan Keluarga -bsk transit
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum . Bertemu lagi kita di kesempatan ini...moga segala pekerjaan dan urusan kita sentiasa dipermudahkan olehnya. InsyaAllah hari ini saya akan menyambung sedikit perkongsian lagi berkaitan Bahagian Sokongan Keluarga JKSM. Bagaimana dan apa khidmat yang boleh diberikan oleh bsk dalam membantu masyarakat di luar sana. Salah satu produk atau perkhidmatan bsk adalah BSK TRANSIT. BSK Transit merupakan bantuan perkhidmatan penginapan sementara, pengangkutan dan makan minum secara percuma yang disediakan kepada pihak-pihak khususnya kepada wanita dan saksi-saksi yang menghadiri prosiding Kes Mal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Keutamaan BSK TRANSIT diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan d...
MONOLOG PAGI
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum... Segala puji bagi Allah yang memberikan kita nikmat kehidupan sehingga kini. Nikmat mana lagi yang mahu kita dusta kan. ...sungguh nikmat Allah kepada tidak terhitung. Sungguh YA Allah hambaMu ini bersyukur atas setiap kurniaan yang telah Engkau berikan. Di saat ujian menimpa silih berganti nikmat Mu tidak pernah putus...Sungguh ujian itu sebagai satu hikmah untuk hamba Mu ini terus bersyukur dengan kurniaan Mu. Alhamdulillah wa Alhamdulillah
Bersyukur seadanya
- Get link
- X
- Other Apps
Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Menghirup udara petang dengan riuh rendah suara anak-anak bermain di taman di hadapan rumah. Syukur masih lagi dianugerahi nikmat ini. Sambil menjeling muka buku, pelbagai aktiviti di titipkan oleh kawan dan teman sempena musim cuti sekolah ini. Ada yang melancong, membeli belah dan tak kurang juga yang berada di kampung halaman. Walau apapun tujuan posting tersebut harapnya tujuan adalah sebagai tanda mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Sering juga saya terbaca posting yang mengatakan adalah tidak wajar untuk kita post gambar makan, holiday dan sebagainya. Dikatakan boleh menjurus kepada riak. Namun bagaimana kita sebagai pembaca mentafsirkan itu riak atau tidak. Cukuplah kita sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri agar tidak wujud perasaan ujub dan riak tatkala berbuat apa sahaja. Al faqir ilallah
Bahagian Sokongan Keluarga
- Get link
- X
- Other Apps
Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Seperti yang pernah dijanjikan, hari ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan Bahagian Sokongan Keluarga JKSM dan peranannya. Semoga ia menambah pengetahuan pembaca dan seterusnya dapat berkongsi dengan pihak yang memerlukan khidmat Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Secara ringkas, BSK ditubuhkan secara rasmi di jksm pada tahun 2008 namun operasi dimulakan pada tahun 2009. Objektif penubuhan Bsk adalah: 1. Memastikan kepentingan golongan yang berhak menerima nafkah melalui perintah mahkamah Syariah terpelihara; 2. Mengenalpasti dan membantu menyelesaikan masalah pemiutang/ penghutang penghakiman terutama yang melibatkan nafkah dan seumpamanya; 3. Mengatasi isu kelewatan dalam pengendalian kes-kes penguatkuasaan perintah Kehakiman; dan 4. Memelihara hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terbabit di dalam institusi kekeluargaan. Berdasarkan objektif yang telah digariskan, BSK telah berperanan dan menjalankan fungsinya...
Ulang tahun perkahwinan
- Get link
- X
- Other Apps
Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan kita nikmat kehidupan sehingga ke hari ini. Semalam adalah hari ulang tahun perkahwinan saya dan pasangan yang ke 13. Sungguh saya lupa akan tarikh tersebut. Syukur suami mengingatkan saya dengan sejambangan bunga ros. 13 tahun tempoh yang panjang dalam sebuah perkahwinan. Namun perjalanan masih jauh. Banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam meniti perjalanan hidup berkeluarga. Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada untuk meneruskan kehidupan ini bersama redha Nya. Ameen.
Menghargai apa yang dimiliki
- Get link
- X
- Other Apps
UTeks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha menyayangi. Alhamdulillah. Kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati indahnya kehidupan ini. Tanpa perlu merungut seharusnya kita bersyukur atas apa sahaja yang kita ada. Bagaimana mungkin kita boleh merasai nikmat kehidupan sekiranya kita asyik mengeluh atas apa sahaja perkara. Lumrah manusia menginginkan yang cantik, yang terbaik sehingga terlupa bahawa dia sebenarnya telah memiliki yang terbaik baginya. Dalam kehidupan berpasangan seringkali ada pasangan yang suka membandingkan pasangannya dengan pasangan orang lain yang lebih baik. Sedangkan dia tidak tahu bahawa sebenarnya Allah telah memberikan pasangan yang pastinya ada kelebihan tersendiri. Setiap kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh setiap pasangan pastinya saling melengkapi. Nikmatilah kehidupan berpasangan dengan kelebihan dan kekurangan yang ada. Setiap kekurangan tampung lah dengan kelebihan yang...