Posts

Tazkirah untuk diri

Bismillahirrahmanirrahim  Teks: Jazilah  mohd  saad  Bismillahirrahmanirrahim  dan salam  jumuah  mubarakah. Alhamdulillah.  Syukur ke hadrat  Allah  kerana  masih diberi  kesempatan  oleh  Allah  untuk  menikmati  indahnya  kehidupan  ini. Kehidupan  ada kalanya  manis adakalanya  pahit. Sepahit mana pun kehidupan, hidup  perlu diteruskan. Terkadang Allah uji kita dengan  kemanisan  dan terkadang Allah  uji dengan kedukaan. Itu adalah rona rona kehidupan  yang  perlu dilalui. Dalam kehidupan  terkadang juga kita tersilap langkah dalam bertindak. Jika ada yang menegur jangan cepat melatah. Mungkin ada salah silapnya di mana mana.  Mungkin kita tidak suka dengan teguran kerana  kita merasakan apa yang buat tidak ada salahnya. Tatkala terjadi begitu....berhentilah  sejenak...renungi lah. ..muhasabah lah diri. Gunakan benchmar...
Bismillahirrahmanirrahim Teks: Jazilah Mohd Saad Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang. Hari ini cuti sempena hari deepavali. Saya mengambil kesempatan dan peluang yang ada mencatatkan sesuatu dalam catatan harian. hari-hari yang berlalu sungguh sibuk dengan pelbagai urusan dunia yang perlu dibereskan. Namun kesibukan itu sering diwarnai dengan pelbagai suasana yang adakalanya indah, suram pahit dan manis. Begitulah kehidupan. Selagi hidup, suasana begini pastinya akan mewarnai kehidupan kita. bergantung kepada kita bagaimana ingin menerima kehidupan tersebut. Dua tiga hari lepas terbaca emel yang di tujukan secara sengaja kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat. kebiasaannya emel yang ditujukan kepada umum adalah hebahan maklumat atau ucapan sempena apa-apa "event". Namun emel yang diterima pada hari tersebut adalam ucapan salam perpisahan dan kandungan dalamnya adalah kutukan terhadap boss yang menyebabkan pengirimnya memohon pertukaran. sekali baca ras...

Bahagian Sokongan Keluarga -bsk transit

Image
Teks: Jazilah mohd  saad  Bismillahirrahmanirrahim  dan Assalamualaikum . Bertemu  lagi kita  di kesempatan  ini...moga segala pekerjaan  dan urusan  kita  sentiasa  dipermudahkan  olehnya. InsyaAllah  hari ini saya  akan menyambung  sedikit perkongsian  lagi berkaitan  Bahagian  Sokongan  Keluarga  JKSM. Bagaimana  dan apa khidmat  yang boleh  diberikan  oleh bsk dalam  membantu  masyarakat  di luar  sana. Salah satu produk atau perkhidmatan  bsk adalah  BSK TRANSIT.  BSK Transit merupakan bantuan perkhidmatan penginapan sementara, pengangkutan dan makan minum secara percuma yang disediakan kepada pihak-pihak khususnya kepada wanita dan saksi-saksi  yang menghadiri prosiding Kes Mal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Keutamaan BSK TRANSIT diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan d...

MONOLOG PAGI

Image
Teks: Jazilah  mohd  saad Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum... Segala  puji bagi Allah  yang  memberikan  kita  nikmat  kehidupan  sehingga  kini. Nikmat mana  lagi yang mahu kita  dusta kan. ...sungguh nikmat Allah  kepada tidak terhitung. Sungguh  YA Allah  hambaMu ini bersyukur  atas setiap kurniaan  yang  telah Engkau  berikan. Di saat  ujian  menimpa  silih berganti nikmat Mu tidak pernah putus...Sungguh ujian  itu sebagai  satu hikmah  untuk hamba Mu ini terus bersyukur  dengan kurniaan  Mu. Alhamdulillah  wa Alhamdulillah    

Bersyukur seadanya

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Menghirup udara petang dengan riuh rendah suara anak-anak bermain di taman di hadapan rumah.  Syukur masih lagi dianugerahi nikmat ini. Sambil menjeling muka buku, pelbagai aktiviti di titipkan oleh kawan dan teman sempena musim cuti sekolah ini. Ada yang melancong, membeli belah dan tak kurang juga yang berada di kampung halaman. Walau apapun tujuan posting tersebut harapnya tujuan adalah sebagai tanda mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Sering juga saya terbaca posting yang mengatakan adalah tidak wajar untuk kita post gambar makan, holiday dan sebagainya.  Dikatakan boleh menjurus kepada riak. Namun bagaimana kita sebagai pembaca mentafsirkan itu riak atau tidak. Cukuplah kita sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri agar tidak wujud perasaan ujub dan riak tatkala berbuat apa sahaja. Al faqir ilallah

Bahagian Sokongan Keluarga

Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim.  Seperti yang pernah dijanjikan, hari ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan Bahagian Sokongan Keluarga JKSM dan peranannya.  Semoga ia menambah pengetahuan pembaca dan seterusnya dapat berkongsi dengan pihak yang memerlukan khidmat Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Secara ringkas, BSK ditubuhkan secara rasmi di jksm pada tahun 2008 namun operasi dimulakan pada tahun 2009. Objektif penubuhan Bsk adalah: 1. Memastikan kepentingan golongan yang berhak menerima nafkah melalui perintah mahkamah Syariah terpelihara; 2. Mengenalpasti dan membantu menyelesaikan masalah pemiutang/ penghutang penghakiman terutama yang melibatkan nafkah dan seumpamanya; 3. Mengatasi isu kelewatan dalam pengendalian kes-kes penguatkuasaan perintah Kehakiman; dan 4. Memelihara hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terbabit di dalam institusi kekeluargaan. Berdasarkan objektif yang telah digariskan, BSK telah berperanan dan menjalankan fungsinya...

Ulang tahun perkahwinan

Image
Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan kita nikmat kehidupan sehingga ke hari ini. Semalam adalah hari ulang tahun perkahwinan saya dan pasangan yang ke 13. Sungguh saya lupa akan tarikh tersebut. Syukur suami mengingatkan saya dengan sejambangan bunga ros.  13 tahun tempoh yang panjang dalam sebuah perkahwinan.  Namun perjalanan masih jauh. Banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam meniti perjalanan hidup berkeluarga. Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada untuk meneruskan kehidupan ini bersama redha Nya. Ameen.