Posts

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam, Sembah dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sebagai seorang wanita berkerjaya, kita tentu tidak lari daripada menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam menempuh hari-hari. Dugaan di tempat kerja, bersama rakan sekerja, bos, anak buah dan pelbagai kerenah pentadbiran yang merumitkan. Seringkali juga kita seakan kecewa dan stress dengan keadaan tersebut. Namun pada ketika itu, lari daripada masalah dan tidak berhadapan dengan dugaan dan cabaran tersebut bukanlah jalan yang sepatutnya menjadi pilihan. justeru jalan terbaik adalah hadapi setiap dugaan dan cabaran tersebut dengan tenang dan banyakkan mengingat Allah supaya kita sentiasa mengingat bahawa sesungguhnya tempat bergantung yang terbaik adalah kepada Allah. Tips menghadapi masalah tempat kerja 1.Senantiasa bertakwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tenangkan hati dengan zikrulloh 2.Mengingat bahwa bers...
Teks: Jazilah Mohd Saad SEMINAR KEBANGSAAN TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA DI USIM NILAI NEGERI SEMBILAN Seminar yang dihadiri hari ini banyak memberikan ilmu yang berguna. Antaranya ada ilmu yang baru dan ada juga pengulangan kepada pengetahuan sedia ada. Seminar bermula dengan ucaptama Ketua Pengarah JKSM. Antara intipati utama ucaptama adalah: 1. Keperluan terhadap pengurusan harta berlandaskan syarak; 2. Keperluan mempelajari ilmu faraid; dan 3. Penambahbaikan yang telah dibuat oleh JKSM-Pembangunan e-faraid. Sesi berikutnya adalah perkongsian mengenai Pengurusan dan Bidangkuasa kes Harta Pusaka Mahkamah Syariah di Malaysia: Cabaran dan Transformasi. Selepas rehat sesi diteruskan dengan pembentangan kertas bertajuk, Implikasi harta pusaka dalam konteks hukum dan nasab  dan sesi terakhir adalah mengenai Transformasi Pengurusan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia: Isu-isu dan penyelesaiannya.  Dalam masa yang sama terdapat beberapa sesi yang dijal...

Tahfiz Model Ulul Albab

Teks : Jazilah Mohd Saad Tahfiz Model Ulul Albab Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah hari niberkesempatan mendengar  taklimat berkenaan tahfiz model ulul albab (TMUA) yang akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya. Secara ringkas TMUA merupakan gabungan  antara Kurikulum  Kebangsaan, kurikulum  bersepadu  tahfiz (kbt) dan program  ulul albab berdasarkan  pendekatan Quranik Ensiklopedia dan Ijtihadik. Ia telah dilaksanakan  di 4 buah Sekolah Berasrama Penuh dan 11 SMKA yang terpilih seluruh negara. Memandangkan  SMKA Putrajaya agak dekat dengan rumah, Elok juga kalau anak bersekolah kat sini. Namun oleh kerana pelaksanaannya adalah tahun pertama pada tahun hadapan, agak sukar juga untuk menduga peluang samada besar atau kecil.  Berdasarkan taklimat tadi, 30% kuota diberikan kepada pelajar luar Putrajaya. 70% dikhususkan kepada pelajar dalam Putrajaya. Mudah-mudahan ada peluang Irsyad un...

Tazkirah untuk diri

Bismillahirrahmanirrahim  Teks: Jazilah  mohd  saad  Bismillahirrahmanirrahim  dan salam  jumuah  mubarakah. Alhamdulillah.  Syukur ke hadrat  Allah  kerana  masih diberi  kesempatan  oleh  Allah  untuk  menikmati  indahnya  kehidupan  ini. Kehidupan  ada kalanya  manis adakalanya  pahit. Sepahit mana pun kehidupan, hidup  perlu diteruskan. Terkadang Allah uji kita dengan  kemanisan  dan terkadang Allah  uji dengan kedukaan. Itu adalah rona rona kehidupan  yang  perlu dilalui. Dalam kehidupan  terkadang juga kita tersilap langkah dalam bertindak. Jika ada yang menegur jangan cepat melatah. Mungkin ada salah silapnya di mana mana.  Mungkin kita tidak suka dengan teguran kerana  kita merasakan apa yang buat tidak ada salahnya. Tatkala terjadi begitu....berhentilah  sejenak...renungi lah. ..muhasabah lah diri. Gunakan benchmar...
Bismillahirrahmanirrahim Teks: Jazilah Mohd Saad Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang. Hari ini cuti sempena hari deepavali. Saya mengambil kesempatan dan peluang yang ada mencatatkan sesuatu dalam catatan harian. hari-hari yang berlalu sungguh sibuk dengan pelbagai urusan dunia yang perlu dibereskan. Namun kesibukan itu sering diwarnai dengan pelbagai suasana yang adakalanya indah, suram pahit dan manis. Begitulah kehidupan. Selagi hidup, suasana begini pastinya akan mewarnai kehidupan kita. bergantung kepada kita bagaimana ingin menerima kehidupan tersebut. Dua tiga hari lepas terbaca emel yang di tujukan secara sengaja kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat. kebiasaannya emel yang ditujukan kepada umum adalah hebahan maklumat atau ucapan sempena apa-apa "event". Namun emel yang diterima pada hari tersebut adalam ucapan salam perpisahan dan kandungan dalamnya adalah kutukan terhadap boss yang menyebabkan pengirimnya memohon pertukaran. sekali baca ras...

Bahagian Sokongan Keluarga -bsk transit

Image
Teks: Jazilah mohd  saad  Bismillahirrahmanirrahim  dan Assalamualaikum . Bertemu  lagi kita  di kesempatan  ini...moga segala pekerjaan  dan urusan  kita  sentiasa  dipermudahkan  olehnya. InsyaAllah  hari ini saya  akan menyambung  sedikit perkongsian  lagi berkaitan  Bahagian  Sokongan  Keluarga  JKSM. Bagaimana  dan apa khidmat  yang boleh  diberikan  oleh bsk dalam  membantu  masyarakat  di luar  sana. Salah satu produk atau perkhidmatan  bsk adalah  BSK TRANSIT.  BSK Transit merupakan bantuan perkhidmatan penginapan sementara, pengangkutan dan makan minum secara percuma yang disediakan kepada pihak-pihak khususnya kepada wanita dan saksi-saksi  yang menghadiri prosiding Kes Mal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Keutamaan BSK TRANSIT diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan d...

MONOLOG PAGI

Image
Teks: Jazilah  mohd  saad Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum... Segala  puji bagi Allah  yang  memberikan  kita  nikmat  kehidupan  sehingga  kini. Nikmat mana  lagi yang mahu kita  dusta kan. ...sungguh nikmat Allah  kepada tidak terhitung. Sungguh  YA Allah  hambaMu ini bersyukur  atas setiap kurniaan  yang  telah Engkau  berikan. Di saat  ujian  menimpa  silih berganti nikmat Mu tidak pernah putus...Sungguh ujian  itu sebagai  satu hikmah  untuk hamba Mu ini terus bersyukur  dengan kurniaan  Mu. Alhamdulillah  wa Alhamdulillah