Anak oh anak

Teks : Jazilah mohd saad

Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang.

Minggu pertama bulan Disember akhirnya muncul jua. Kesibukan kadang kala membuatkan kita lupa dengan hari dan masa. Kesibukan kadang kala membuatkan kita lalai dengan amanah yang diberikan.
Anak adalah amanah yang besar yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Baik buruk nya kehidupan anak banyak bergantung kepada didikan dan asuhan kedua ibu bapanya.
Semalam berkesempatan menjenguk anak sulung di kem tahfiz.  Setelah dua minggu berpisah terasa lamanya seolah-olah bertahun. Tinggal lagi dua minggu untuk beliau menyelesaikan tempoh pengajian. Kalau tidak kerana ilmu akhirat sudah pasti tidak sanggup untuk berpisah dengannya.
Semoga anak - anak kita mampu menjadi saham akhirat untuk kita sebagai ibu bapa.

Comments

Popular posts from this blog

Pegawai Syariah

Cerai luar mahkamah

Tahfiz Model Ulul Albab