Pegawai Syariah dan Pusat Sumber Maklumat

Teks: Jazilah Mohd Saad

Gambar: Google

Bismillahirrahmanirrahin dan salam hormat kepada pembaca entri ini. Semoga anda semua dilimpahi kasih sayang Ilahi.

Alhamdulillah cukup sudah sebulan kembali bergelar penjawat awam. Suasana bekerja di rumah dan suasana bekerja di pejabat sungguh berlainan. Berada di ruangan yang menempatkan hampir 40 ribu koleksi bahan-bahan rujukan membuatkan saya teruja ingin membaca kesemua apa yang ada di ruangan ini. Uh...tidak mungkin saya mampu menghabiskannya. Apatah lagi sekiranya buku tersebut dalam bahasa Arab. Namun syukur sekurang-kurangnya saya berada di ruangan ilmu.
Sebagaimana Pusat Sumber Maklumat jabatan kerajaan lain, Pusat Sumber Maklumat JKSM merupakan Pusat Sumber yang menempatkan koleksi bahan-bahan rujukan perundangan syariah (60%), Perundangan umum (20%) dan koleksi umum (20%) sebagai rujukan kepada Pegawai Syariah dan mana-mana individu yang berkaitan. Hampir kebanyakan koleksi adalah rujukan berbahasa Arab. Koleksi ini penting sebagai rujukan para hakim yang akan membuat alasan penghakiman berkaitan kes-kes syariah di mahkamah syariah. 
Dalam memartabatkan syariah dan mempertingkatkan keilmuaan para hakim, fungsi dan peranan Pusat Sumber tidak boleh dipertikaikan lagi. kebolehan dan keupayaan memberikan penghakiman yang berkesan yang berkesan pastinya hasil daripada rujukan yang baik. Antara koleksi bagi melihat penghakiman yang dikeluarkan oleh hakim mahkamah syariah adalah dengan merujuk koleksi Jurnal hukum. Koleksi Jurnal Hukum sejak awal penerbitan sehinggan sekarang ada tersedia dan mudah diakses oleh pengguna yang mengujungi Pusat Sumber.

Semoga ada manfaatnya.

 

Comments

  1. Wynn Casino - MapyRO
    Wynn Casino. 2-0.5-0.0-0.0-0.0.0.0.3 1.7 mi. 2.0% 안동 출장샵 3,200 rooms. 1,000 sq ft. 전라남도 출장안마 3,200 gaming tables & 70+ table 태백 출장마사지 games. The only place 경상남도 출장안마 to play in Downtown Las 경상북도 출장안마 Vegas.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pegawai Syariah

Cerai luar mahkamah

Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah