Cerai luar mahkamah
Teks:Jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim dan salam
Bismillahirrahmanirrahim dan salam
Baru sahaja selesai memberikan panduan kepada rakan kakak yang bertanyakan berkenaan isu cerai luar mahkamah yang berlaku kepada anak saudaranya.Benarlah kata orang, kerana hati badan binasa, kerana terikutkan rasa hati, si suami secara tidak sengaja telah melafazkan cerai kepada isterinya. Bagi si isteri, walaupun rasa sedih dan terkilan, tetap redha dan pasrah menerima segala suratan.
Suatu penceraian yang berlaku di luar mahkamah akan dianggap penceraian luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah dan ia perlu dilaporkan dan didaftarkan dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq. Mana-mana pihak samada isteri atau suami boleh melaporkan pelafazan tersebut.
Berdasarkan seksyen 57 undang-undang Keluarga Islam, selepas mahkamah menerima laporan pelafazan talak, mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan samada talaq yang dilafaz tersebut sah atau tidak menurut hukum syarak. Justeru apa-apa bukti yang menunjukkan lafaz talaq telah dibuat hendaklah disertakan semasa siasatan dibuat.
Setelah mahkamah berpuas hati bahawa talaq yang dilafazkan adalah talaq yang sah menurut hukum syarak maka mahkamah hendaklah membuat perintah membenarkan perceraian berlaku, merekodkan perceraian dan menghantar salinan rekod kepada pendaftar /ketua pendaftar nikah/cerai dan rujuk.
Kebiasaannya persoalan yang sering dikemukakan adalah berpa jumlah denda bagi penceraian di luar mahkamah?. Soalan ini pasti soalan wajib datang dari pihak suami yang melafazkan cerai luar mahkamah sebagai persediaan untuk membuat bayaran denda. Pengesahan dan pendakwaan terhadap kesalahan cerai luar mahkamah adalah dua isu yang berbeza. Pendakwaan terhadap kesalahan cerai mahkamah di buat oelh bahagian Pendakwaan. Justeru perbicaraan mengenai kesalahan tersebut akan dibuat pasa hari yang berbeza. Biasanya bagi kesalahan lafaz cerai luar mahkamah, denda yang dikenakan adalah denda tidak melebihi RM1000 dan penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-dunya.
Sekada perkongsian. Semoga ada manfaatnya.
Assalam...nk tanya...yg rm1000 n penjara 6 bulan mmg akan kene bg si suami tu ya
ReplyDeletewaalaikumussalam... denda bergantung kepada hakim dengan melihat kepada pertimbangan yang sewajarnya. Rm1000 dan penjara 6 bulan adalah maksimum denda...wallahua'llam
ReplyDeleteSekiranye kita tiada wang ketika itu boleh ke kita meminta tangguh penbayanran denda tersebut
ReplyDeleteSekiranye kita tiada wang ketika itu boleh ke kita meminta tangguh penbayanran denda tersebut
ReplyDeletebergantung kepada pertimbangan dan budibicara mahkamah....sekiranya alasan penangguhan adalah munasabah insyaAllah dipertimbangkan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSekiranya perceraian telah berlaku lebih dari 2thn adakah saman cerai di luar mahkamah masik boleh difailkan walaupun mahkamah telah mengesahkan penceraian?
ReplyDeleteSekiranya perceraian telah berlaku lebih dari 2thn adakah saman cerai di luar mahkamah masik boleh difailkan walaupun mahkamah telah mengesahkan penceraian?
ReplyDeleteSekiranya perceraian telah berlaku lebih dari 2thn adakah saman cerai di luar mahkamah masik boleh difailkan walaupun mahkamah telah mengesahkan penceraian?
ReplyDeletesekiraya istri menfailkan kes cerai suami lafaz di luar makamah tapi suami masih algi tidak melafazkan ,bole jelaskan dari segi hukum dan undang undang?
ReplyDeleteUntuk siapa wang denda tersebut?
ReplyDeleteAdakah untuk isteri yg diceraikan atau untuk mahkamah itu?
Untuk siapa wang denda tersebut?
ReplyDeleteAdakah untuk isteri yg diceraikan atau untuk mahkamah itu?
Jika talak tidak sah disisi mahkhamah adakah tetap akn dikenakan denda?
ReplyDeleteSalam..kalau sekiranya dh failkan tapi kedua dua tidak dapat hadir bagaimana caranya
ReplyDeleteSalam.berpa lama ka baru dpat pngilan untuk membayar saman
ReplyDeleteSalam saya ingin bertanya dan kepastian.. Apakah talak saya sah,, saya dicerai dgn talak 1,, begini selama perkahwinan kami suami bermain kata mengaku bujang tidak pernah berkahwin dan ada isteri dengan scandal² ye,, adakah jatuh talak saya dan lagi 1 suami pernah bergurau bermain talak dengan saya dalam tweeter bila saya mintak cerai dan dilepas kan jawapan dia bagi nak talak berapa 1,2,@3.adakah jatuh talak saya, kalau semua jatuh talak bermakna saya bukan 1 talak jekan tapi talak 3 kan.. Saya nak kepastian pesoalan saya, sebab masa bercerai jatuh talak saya tak ingat langsung tentang talak yang dia tanpa sedari lakukan masa bersama dengan saya. Baru sekarang saya ingat apa talak ni sah ke,, boleh tak dijawab tuan dan puan. Apa perceraian saya ini sah ke dengan talak 1 sedangkan suami sudah bermain talak kias dengan saya dalam menjadi suami isteri lagi, saya perlukan jawapan yang tepat untuk memastikan sah @tidak jika tidak sah perceraian ini apakah suami perlu jatuk kan talak 3 kepada saya sekali lagi dalam mahkamah.. Mohon penerangan.
ReplyDeletesalam..suami telah menceraikan saye dgn talak 1 diluar mahkamah dan ingin rujuk semula dgn sy. adakah denda akan dikenakan juga. terima kasih
ReplyDeleteYe denda tetap dikenakan oleh mahkamah
ReplyDeleteSalam. Sy nk bertanya. Sekiranya suami sudah melafaz kn cerai terhadap isterinya di luar mahkamah.tetapi ia tidak di sah kan lagi jatuh atau tidak..kerana belum diambil siasatan dlm segi keadaan n sebagainya..denda sebagai lafaz di luar mahkamah tetap kena ye? Walaupun akan datang mahkahmah akan memutuskan keputusan talak tidak jatuh.
ReplyDeleteSalam Sy nk bertanya..sekiranya suami telah melafazkan cerai seperti "ye, ye, b ceraikan syg"atas desakan isteri kerana mempunyai krisis dlm rumah tangga.. dalam keadaan yg sedang bergaduh n sedang bergelut. Situasi terebut isteri ingin lari dari rumah, dan suami sedang bergelut utk isteri pulang ke rumah.isteri mungugut utk bunuh diri. Dlm keadaan tersebut suami secara spontan menyambut desakan si isteri meminta cerai dgn lafaz "ye, ye b ceraikan syg"dlm keadaan marah situasi yg serabut celaru. tanpa niat utk menceraikan isterinya. Cuma berniat utk isteri pulang ke rumah kerana risau akan keselamatan si isteri. Adakah jatuh talak kepada psangan tersebut?
ReplyDelete