Cari masa, cipta masa atau curi masa

Teks: Jazilah mohd saad

Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang

Kebanyakan orang sering beralasan untuk mencipta kejayaan dengan mengatakan mereka amat sibuk. Sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan seharian. Bagi seorang wanita yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, pastinya sibuk dengan suami, anak-anak dan urusan rumahtangga. Ditambah lagi dengan urusan kerjaya bagi wanita yang berkerjaya.

Masa tidak akan menungu kita. Masa sentiasa berlalu tanpa menunggu kita walau sesaat pun. Tatkala kita leka bersama gajet di tangan, masa telahpun beredar tanpa memberitahu kita bahwasanya kita sebenarnya telah lalai dalam mengingatiNya. Tatkala kita masih merangkak, orang lain telah jauh berlari meninggalkan kita. Justeru bagaimana seharusnya kita mencari, mencipta dan mencuri masa yang ada bagi membolehkan kita cemerlang dan berjaya sebagaimana yang kita impikan.

Dulu saya seorang yang suka berangan-angan. orang kata tak salah untuk kita berangan-angan, kerana berangan-angan tidak memerlukan duit untuk kita bayar. namun janganlah berangan-angan terlalu lama tanpa ada sebarang tindakan untuk memulakan.

Dalam mengejar impian dan kejayaan, perkara pertama yang paling penting yang perlu ada adalah keazaman dan tekad semangat dalam membina impian. Walau apapun impian dan cita-cita yang ingin kita gapai, tanamkan dalam hati dengan penuh tekad bahawa impian tersebut pastinya akan kita capai suatu hari nanti. lebih baik lagi sekiranya impian tersebut tercatat dan boleh dibaca, disebut setiap hari. setiap perkataan yang diulang-ulang itu adalah doa.

Langkah seterusnya adalah mencari jalan bagaimana impian dan cita-cita yang dibina itu seharusnya diperoleh. jalan yang dilalui seharusnya jalan yang betul yang lurus tanpa menyakiti mana-mana orang. Setiap lorong harus dilalui dan bukannya mengambil jalan singkat dalam menggapai impian. sekiranya lorong dan jalan yang perlu dilalui itu berliku, maka bersabarlah atas segal ujian dan dugaan tersebut. InsyaAllah hasil akhir pastinya membuahkan hasil yang tidak terperi indahnya.






Comments

  1. Waow Nice Post. I really appreciate your effort. I am dying in love with this article.
    It's really full of research and hard working. I will share with my friends.
    thanks for this article.
    These are my Games Hope you love to play it.
    Traffic Racing
    Video Downlaoder
    American Speed
    Stunt Racing UK
    HD Video Downloader
    Traffic Racer
    Flight Simulator

    ReplyDelete
  2. Really great post. Informative post.
    Also, Please check out my game Traffic Racer .
    Thanks

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pegawai Syariah

Cerai luar mahkamah

Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah