Bahagian Sokongan Keluarga

Teks: Jazilah mohd saad

Bismillahirrahmanirrahim.  Seperti yang pernah dijanjikan, hari ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan Bahagian Sokongan Keluarga JKSM dan peranannya.  Semoga ia menambah pengetahuan pembaca dan seterusnya dapat berkongsi dengan pihak yang memerlukan khidmat Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).
Secara ringkas, BSK ditubuhkan secara rasmi di jksm pada tahun 2008 namun operasi dimulakan pada tahun 2009.
Objektif penubuhan Bsk adalah:
1. Memastikan kepentingan golongan yang berhak menerima nafkah melalui perintah mahkamah Syariah terpelihara;
2. Mengenalpasti dan membantu menyelesaikan masalah pemiutang/ penghutang penghakiman terutama yang melibatkan nafkah dan seumpamanya;
3. Mengatasi isu kelewatan dalam pengendalian kes-kes penguatkuasaan perintah Kehakiman; dan
4. Memelihara hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terbabit di dalam institusi kekeluargaan.

Berdasarkan objektif yang telah digariskan, BSK telah berperanan dan menjalankan fungsinya sebagaimana berikut:
1. Memberi nasihat perundangan syariah kepada pihak-pihak secara khusus berkaitan tuntutan nafkah serta tatacara penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman di Mahkamah syariah.
2 melaksanakan tugas sebagai peguam syarie  dan bailiff dalam pelaksanaan penghakiman dan Penguatkuasaan perintah bagi memastikan sesuatu perintah dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak.
3. Memastikan pengurusan pentadbiran berkaitan penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman di antara negeri-negeri berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan; dan
4. Menguruskan bantuan kewangan sementara dalam bentuk pendahuluan nafkah kepada pemiutang penghakiman yang menjadi mangsa kegagalan pembayaran nafkah oleh penghutang penghakiman.

Sampai di sini dulu untuk hari insyaAllah di lain kesempatan akan di perincikan lagi bagaimana operasi Bsk yang mungkin boleh membantu masyarakat di luar sana lebih - lebih lagi mereka yang memerlukan.
Semoga ada manfaatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Cerai luar mahkamah

Pegawai Syariah

Tahfiz Model Ulul Albab