Bersyukur seadanya

Teks : Jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang.

Menghirup udara petang dengan riuh rendah suara anak-anak bermain di taman di hadapan rumah.  Syukur masih lagi dianugerahi nikmat ini.
Sambil menjeling muka buku, pelbagai aktiviti di titipkan oleh kawan dan teman sempena musim cuti sekolah ini. Ada yang melancong, membeli belah dan tak kurang juga yang berada di kampung halaman. Walau apapun tujuan posting tersebut harapnya tujuan adalah sebagai tanda mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.
Sering juga saya terbaca posting yang mengatakan adalah tidak wajar untuk kita post gambar makan, holiday dan sebagainya.  Dikatakan boleh menjurus kepada riak. Namun bagaimana kita sebagai pembaca mentafsirkan itu riak atau tidak. Cukuplah kita sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri agar tidak wujud perasaan ujub dan riak tatkala berbuat apa sahaja.

Al faqir ilallah

Comments

Popular posts from this blog

Pegawai Syariah

Cerai luar mahkamah

Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah