Bahagian Sokongan Keluarga -bsk transit

Teks: Jazilah mohd  saad 
Bismillahirrahmanirrahim  dan Assalamualaikum.
Bertemu  lagi kita  di kesempatan  ini...moga segala pekerjaan  dan urusan  kita  sentiasa  dipermudahkan  olehnya.

InsyaAllah  hari ini saya  akan menyambung  sedikit perkongsian  lagi berkaitan  Bahagian  Sokongan  Keluarga  JKSM. Bagaimana  dan apa khidmat  yang boleh  diberikan  oleh bsk dalam  membantu  masyarakat  di luar  sana. Salah satu produk atau perkhidmatan  bsk adalah  BSK TRANSIT. 

BSK Transit merupakan bantuan perkhidmatan penginapan sementara, pengangkutan dan makan minum secara percuma yang disediakan kepada pihak-pihak khususnya kepada wanita dan saksi-saksi  yang menghadiri prosiding Kes Mal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Keutamaan BSK TRANSIT diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan dan tinggal berjauhan daripada Mahkamah Syariah. Untuk permulaan, perkhidmatan BSK Transit ini hanya beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja.

Objektif BSK Transit
(a) Menjamin kehadiran pihak-pihak di Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan dalam prosiding perbicaraan;
(b) Melicinkan perjalanan prosiding kes di Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan;
(c) Mengurangkan beban kewangan pihak-pihak yang kurang berkemampuan berulang alik menghadiri prosiding kes di Mahkamah Syariah melalui pembiayaan kos perbelanjaan pengangkutan, penginapan dan makan minum;
(d) Melindungi keselamatan pihak-pihak terutamanya golongan ibu tunggal yang sesetengahnya terpaksa bermusafir untuk menghadiri kes di Mahkamah Syariah.

Kriteria dan Ciri-ciri Kelayakan Pemohon
(a) Pemohon beragama Islam, terdiri daripada golongan lelaki atau wanita;
(b) Merupakan pihak di dalam prosiding kes Mal di Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja;
(c) Tinggal di luar kawasan Lembah Klang; dan
(d) Tidak berkemampuan terdiri daripada golongan miskin dan faqir.

Perkhidmatan Penginapan
Bantuan kemudahan penginapan disediakan di :
(a) Apartmen Kuarters Kerajaan Jalan Duta, Kuala Lumpur;
(b) Apartmen kuarters di Presint 9, Putrajaya; 
 Kadar Bayaran Pengangkutan dan Kos Makan Minum
Tertakluk kepada jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga, JKSM.
 Tatacara Permohonan
1. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai BSK dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
(a) Borang permohonan BSK Transit;
(b) Salinan kad pengenalan pemohon; dan
(c) Salinan notis kehadiran dan/atau notis tangguhan dari Mahkamah Syariah
2. Setiap permohanan hendaklah tiga puluh hari (30) sebelum tarikh prosiding Mahkamah Syariah, kecuali terdapat alasan munasabah yang dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pegawai BSK mengikut setiap kes secara berasingan.
 Pembatalan Permohonan BSK Transit
Tiap-tiap perkhidmatan BSK Transit hendaklah berkuatkuasa bagi setiap permohonan yang diluluskan sehinggalah ia dibatalkan oleh Pemohon. Pembatalan perkhidmatan hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai BSK selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh prosiding di Mahkamah Syariah.
Bagi yang berkelayakan bolehlah memohon terus ke BSK Wilayah Persekutuan atau secara online melalui http://bsktransit.jksm.gov.my/.

Comments

  1. Your style of explanation is just great. keep it up.
    Also, Please check out my game Traffic Racer .
    Thanks

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pegawai Syariah

Cerai luar mahkamah

Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah