Istikharah dalam kehidupan
Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Salam pagi jumaat penuh barakah. Semoga sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini pada saat ini dianugerahkan Allah kesenangan dan kesejahteraan hidup serta dipermudahkan segala urusan. Ameen. Pada tika dan saat jari ini leka menekan kekunci hati masih tertumpu pada banyak persoalan yang tidak pasti. Terlalu banyak perkara yang memerlukan diri ini membuat keputusan. Sungguh dalam hidup ini kita tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan persoalan-persoalan yang memerlukan kita membuat pilihan. Sejak dari kecil hingga dewasa, semasa kita membuat pilihan kadang kita tersalah pilih..kenapa? Yang pasti kerana pilihan itu mungkin hanya bersandarkan rasa hati, ikut-ikutan dan mungkin juga keterpaksaan. Kenapa agaknya kita tidak memanjangkan persoalan itu kepada yang maha mengetahui. .agar diberikan panduan dalam membuat keputusan. Saya tidak pasti sejak bila saya mengamalkan solat sunat istikharah secara konsisten. Namun...