Nafkah isteri yang bekerja

Teks : Jazilah mohd saad

Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang

Perkongsian hari ini adslah berkenaan  nafkah seorang isteri terutama isteri yang bekerja.  Sebagaimana yang dimaklumi nafkah seorang isteri adalah wajib ditunaikan oleh seorang suami. Hak terhadap nafkah kadangkala dianggap remeh apabila isteri secara sukarela mendiamkan isu ini demi kerukunan rumahtangga.
Nafkah isteri boleh dilihat dalam banyak aspek. Antaranya penyediaan nafkah untuk keperluan hidup seperti rumah kediaman,  makan minum, , kesihatan diri juga perhiasan diri.
Berdasarkan pengalaman peribadi mengendalikan kes kekeluargaan mahkamah syariah, banyak kes perceraian berpunca daripada masalah pembayaran nafkah. Kebanyakan pasangan yang bercerai disebabkan masalah nafkah juga agak sukar untuk mendapatkan hak nafkah bagi anak - anak nya selepas perceraian berlaku.
Perkongsian hidup antara suami dan isteri sering disalah anggap berkongsi segalanya termasuklah nafkah.  Benar isteri yang bekerja adalah atas dasar ingin membantu tugas suami dalam menyediakan keperluan keluarga yang makin meningkat. Isteri bekerja juga atas ihsan suami yang memberi kebenaran. Namun jangan disalah anggap bahawa pendapatan isteri tersebut perlu dan wajib dikongsi bersama.
Pendapatan isteri adalah hak sepenuhnya seorang isteri. Walau bagaimanapun sekiranya isteri berkongsi pendapatan untuk memenuhi keperluan keluarga itu mungkin lebih baik. Kenapa mungkin? Pertama: kepada sesetengah suami perkongsian pendapatan isteri mungkin membuatkan mereka lebih menghargai peranan isteri. Justeru ikatan perkahwinan akan lebih kukuh, kasih sayang akan lebih bertambah.
Kedua. kepada sesetengah suami kesanggupan seorang isteri berkongsi tanggungjawab memungkinkan ia lepas tangan.Tanggungjawab menanggung keluarga lantas diserahkan sepenuhnya kepada isteri. Lepas bebas tanpa komitmen kewangan terhadap isteri kadangkala menjadi langkah suami ini lebih panjang sehingga mampu membuka "cawangan baru".
Merujuk kepada mafhum hadis setiap pendapatan seorang lelaki tertanggung ke atasnya nafkah yang wajib iaitu untuk diri sendiri anak-anak dan isteri jika ada lebihan barulah kepada kedua ibu bapa. Walau bagaimanapun wajar diberikan kepada orang tua untuk keberkatan dan murah rezeki.
Namun antara perkara yang sering dikemukakan oleh isteri yang bekerja adalah suaminya sering abai terhadap nafkah anak dan dirinya dengan anggapan bahawa si isteri telah mempunyai pendapatan sendiri. Isu ini perlu kepada penekanan yang lebih semasa kursus pra perkahwinan.  Bakal-bakal suami harus diingatkan mengenai tanggungjawab nafkah tersebut khususnya bakal mempunyai isteri yang bekerja. 
Sekadar pendapat peribadi.

Comments

Popular posts from this blog

Cerai luar mahkamah

Pegawai Syariah

Tahfiz Model Ulul Albab