Berita kematian
Teks: Jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Petang semalam menerima berita kematian sahabat suami yang bertugas di jakim cawangan sarawak. Sungguh terkejut dengan berita tersebut dan sayu rasa hati. Walaupun arwah hanyalah rakan kepada suami..namun secara peribadi saya turut terkesan kerana keperibadiannya dan jasanya kepada kami berdua. Saya masih ingat pada hari pertama melapor diri di Sarawak. ..arwah lah yang menjadi penyelamat kami datang menghulurkan bantuan menghantar saya dan suami ke jabatan masing-masing. Ketika itu kereta kami tanpa disangka-sangka tidak boleh dibuka kunci stereng. Ya Allah sungguh Engkau lebih menyayangi nya. Limpahkan rahmat dan maghfirah Mu kepada arwah dan sahabat yang lain yang turut terkorban sama.
Comments
Post a Comment