Istikharah dalam kehidupan
Teks: Jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim. Salam pagi jumaat penuh barakah. Semoga sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini pada saat ini dianugerahkan Allah kesenangan dan kesejahteraan hidup serta dipermudahkan segala urusan. Ameen.
Pada tika dan saat jari ini leka menekan kekunci hati masih tertumpu pada banyak persoalan yang tidak pasti. Terlalu banyak perkara yang memerlukan diri ini membuat keputusan.
Sungguh dalam hidup ini kita tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan persoalan-persoalan yang memerlukan kita membuat pilihan. Sejak dari kecil hingga dewasa, semasa kita membuat pilihan kadang kita tersalah pilih..kenapa? Yang pasti kerana pilihan itu mungkin hanya bersandarkan rasa hati, ikut-ikutan dan mungkin juga keterpaksaan.
Kenapa agaknya kita tidak memanjangkan persoalan itu kepada yang maha mengetahui. .agar diberikan panduan dalam membuat keputusan. Saya tidak pasti sejak bila saya mengamalkan solat sunat istikharah secara konsisten. Namun apa yang pasti setiap kali berhadapan dengan pilihan, pilihan yang dibuat adalah yang terbaik. Walau adakalanya ia tidak seperti yang dihasratkan namun perasaan tidak pula rasa gundah gulana.
Saya masih ingat semasa ingin membeli rumah pertama kami suami isteri sepakat memohon panduan ilahi melalui solat istikharah dan alhamdulillah ianya yang terbaik. Namun semasa membuat keputusan untuk membuat "renovation" kami terlupa pula untuk mengulangi. Justeru hasilnya amat mengecewakan. Walau apapun sebagai muslim ianya dianggap sebagai pengajaran pada kami agar tidak leka dan lalai dalam mengingati Nya dalam setiap urusan dunia.
Hingga doa ini sentiasa menjadi amalan. YA ALLAH JIKA SESUATU ITU BAIK BAGIKU UNTUK URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT KU MAKA PERMUDAHKAN LAH NAMUN SEKIRANYA IA TIDAK BAIK BAGI URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT KU MAKA JAUHKANLAH . YA ALLAH BERIKAN AKU YANG TERBAIK. AMEEN.
Comments
Post a Comment