Impian dan kenyataan

Teks: Jazilah mohd saad
Impian adalah harapan. Impian adalah cita-cita. Begitu tafsiran saya. Mungkin ia berbeza dengan tafsiran orang lain. Maka hormati lah perbezaan itu.
Semasa kecil apabila ditanya apa impian saya pastinya saya akan menjawab. ..saya nak jadi cikgu yang baik..faktor keluarga berkemungkinan banyak mempengaruhi corak pemikiran pada masa itu. Ayah seorrang guru..abang , kakak juga guru. Maka pastinya saya juga ingin menjadi seorang guru. Apabila usia menginjak dan semakin luas pergaulan sosial impian dan cita-cita untuk menjadi cikgu turut hilang dari kotak fikiran.
Impian akhirnya bertukar lagi untuk menjadi seorang peguam.
Namun akhirnya kerjaya pertama yang diceburi adalah sebagai guru. Begitulah ketentuan takdir. Walaupun hanya sementara dan hanya bersama anak-anak kecil, diri cukup rasa dihargai apabila digelar cikgu.
Akhirnya takdir juga membawa diri ini untuk dapat mencapai impian yang telah tersemat suatu ketika dahulu untuk menjadi seorang peguam. walau hanya untuk tempoh tiga tahun. Allah telah menjadikan impian untuk menjadi peguam tercapai dalam medium kerjaya sebagai pegawai syariah. Ya Allah...nikmat mana lagi yang ingin dipertikaikan....
Itu sekadar satu dua impian yang terlaksana. Entah berapa banyak lagi sebenarnya impian yang telah terlaksana tanpa di sedari bila dan bagaimana.
Astaghfirullah. ..

Comments

Popular posts from this blog

Cerai luar mahkamah

Pegawai Syariah

Tahfiz Model Ulul Albab