Kerja oh kerja

Tinggal sebulan lebih lagi saya akan kembali kepada rutin asal sebagaimana tiga tahun yang lepas. Begitulah lumrah kehidupan. Bukan semua yang kita inginkan terjadi mengikut kehendak kita. Jika sepanjang 3 tahun cuti belajar,  masa banyak ditentukan oleh diri sendiri. Bila masa terasa penat...akan berehat. .bila terasa rindu dengan anak-anak boleh luangkan lebih masa bersama mereka. Begitu juga dengan pasangan. Yang lebih penting ialah tidak perlu bersesak mengharung kesesakan lalulintas dan terkejar-kejar "punchcard. Walau ada masa nya trpaksa juga mengharung jem...di mrr2 dan terkejar  waktu meeting dengan penyelia tapi ia hanyalah sekali seminggu sahaja. Sungguh jika sda yang bertanya  seronok tak cuti belajar pastinya ya...adakalanya terasa down menghadapi masa-masa buntu namun saat dan waktu itulah membuatkan kita terasa lebih dekat dengaNya.
Ya Allah. .semoga apa sahaja yang bakal dilakukan olehku sentiasa membuatkan aku lebih dekat denganMu.
9.15 pg 22 ogos 2013

Comments

Popular posts from this blog

Cerai luar mahkamah

Pegawai Syariah

Tahfiz Model Ulul Albab