Posts

Showing posts from 2014

Bersyukur seadanya

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Menghirup udara petang dengan riuh rendah suara anak-anak bermain di taman di hadapan rumah.  Syukur masih lagi dianugerahi nikmat ini. Sambil menjeling muka buku, pelbagai aktiviti di titipkan oleh kawan dan teman sempena musim cuti sekolah ini. Ada yang melancong, membeli belah dan tak kurang juga yang berada di kampung halaman. Walau apapun tujuan posting tersebut harapnya tujuan adalah sebagai tanda mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Sering juga saya terbaca posting yang mengatakan adalah tidak wajar untuk kita post gambar makan, holiday dan sebagainya.  Dikatakan boleh menjurus kepada riak. Namun bagaimana kita sebagai pembaca mentafsirkan itu riak atau tidak. Cukuplah kita sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri agar tidak wujud perasaan ujub dan riak tatkala berbuat apa sahaja. Al faqir ilallah

Bahagian Sokongan Keluarga

Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim.  Seperti yang pernah dijanjikan, hari ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan Bahagian Sokongan Keluarga JKSM dan peranannya.  Semoga ia menambah pengetahuan pembaca dan seterusnya dapat berkongsi dengan pihak yang memerlukan khidmat Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Secara ringkas, BSK ditubuhkan secara rasmi di jksm pada tahun 2008 namun operasi dimulakan pada tahun 2009. Objektif penubuhan Bsk adalah: 1. Memastikan kepentingan golongan yang berhak menerima nafkah melalui perintah mahkamah Syariah terpelihara; 2. Mengenalpasti dan membantu menyelesaikan masalah pemiutang/ penghutang penghakiman terutama yang melibatkan nafkah dan seumpamanya; 3. Mengatasi isu kelewatan dalam pengendalian kes-kes penguatkuasaan perintah Kehakiman; dan 4. Memelihara hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terbabit di dalam institusi kekeluargaan. Berdasarkan objektif yang telah digariskan, BSK telah berperanan dan menjalankan fungsinya...

Ulang tahun perkahwinan

Image
Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan kita nikmat kehidupan sehingga ke hari ini. Semalam adalah hari ulang tahun perkahwinan saya dan pasangan yang ke 13. Sungguh saya lupa akan tarikh tersebut. Syukur suami mengingatkan saya dengan sejambangan bunga ros.  13 tahun tempoh yang panjang dalam sebuah perkahwinan.  Namun perjalanan masih jauh. Banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam meniti perjalanan hidup berkeluarga. Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada untuk meneruskan kehidupan ini bersama redha Nya. Ameen.

Menghargai apa yang dimiliki

UTeks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim.  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha menyayangi. Alhamdulillah. Kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati indahnya kehidupan ini. Tanpa perlu merungut seharusnya kita bersyukur atas apa sahaja yang kita ada. Bagaimana mungkin kita boleh merasai nikmat kehidupan sekiranya kita asyik mengeluh atas apa sahaja perkara. Lumrah manusia menginginkan yang cantik, yang terbaik sehingga terlupa bahawa dia sebenarnya telah memiliki yang terbaik baginya. Dalam kehidupan berpasangan seringkali ada pasangan yang suka membandingkan pasangannya dengan pasangan orang lain yang lebih baik. Sedangkan dia tidak tahu bahawa sebenarnya Allah telah memberikan pasangan yang pastinya ada kelebihan tersendiri. Setiap kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh setiap pasangan pastinya saling melengkapi. Nikmatilah kehidupan berpasangan dengan kelebihan dan kekurangan yang ada. Setiap kekurangan tampung lah dengan kelebihan yang...

Poligami

Teks: Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam jumuah mubarakah. Semoga dengan keberkatan hari Jumaat ini kita semua dilimpahi rahmat Allah. Heboh sehari dua ini di Facebook dan juga whatsapp tentang kenyataan dan pendapat dari seorang wanita bernama syikin mengenai poligami. Ada yang mengutuk tak kurang juga yang memuji. Sungguh isu poligami bukan isu biasa, ia isu hangat yang perlu ditangani secara bijak. Bukan apa, bimbang sekiranya pendapat yang diberikan akan mengakibatkan kita tersalah kata tersilap bicara sehingga mempertikaikan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Saya bukan seorang yang anti poligami dan tidak juga menyokong 100%. Berpandukan undang undang yang ada, poligami dibenarkan dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan. Perbanyakkan bacaan mengenainya dan fahami hukum hakam yang berkaitan dan bukan bercakap dan menulis tanpa asas dan otoriti yang jelas. Semoga Allah mengampuni kita semua.

Bahagian Sokongan Keluarga

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang membenarkan dan mengizinkan entri ini disiapkan. Sejak Januari hinggalah Ogos entri ini tertangguh dengan pelbagai alasan. Perjalanan kerjaya kadang-kadang sukar diduga. adakalanya apa yang berlaku memenuhi keinginan dan hasrat hati namun adakalanya apa yang berlaku memberikan kejutan yang tak disangka. Namun sebagai seorang insan yang pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi, anggaplah sahaja ia adalah suatu rezeki dan nikmat yang tak dijangka dan ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Kembali kepada perjalanan karier saya, mulai Januari 2014, saya telah ditempatkan di Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Satu bahagian yang baru sahaja diwujudkan pada tahun 2009. Walau pada awalnya rasa berat dihati untuk meninggalkan lubuk ilmu (pusat Sumber) yang makin serasi dengan jiwa, namun arahan tetap dipatuhi. Moga-moga Bahagian baru, bos baru dan staf dan rakan sekerja yang baru m...

Mood raya

Image
Bismillahirrahmanirrahim dan selamat hari raya Teks: jazilah mohd saad Masih dalam mood hari raya walaupun dah 2 hari bekerja. ..Hu. .Hu. susah betul nak adjust suasana. Apa pun kerja tetap kerja. Bekerja dalam suasana hari raya ada seronoknya. Masing masing masih happy dan kita pun senang nak berurusan. Kalau tak sikit-sikit moody. Nak tegur pun takut. Apatah lagi nak bertanya pasal kerja. Harapnya berterusan lah mood ceria ini sepanjang masa. Selamat hari raya......

Kerjaya sebagai pegawai syariah

Teks: jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan yang indah dan nikmat kesihatan yang tidak ternilai. 2 minggu lepas adalah sesi temuduga pengambilan pegawai syariah ls41. Beberapa pegawai kanan jabatan terlibat dalam sesi temuduga tersebut. Sungguh bukan semua orang suka berhadapan dengan temuduga namun itulah salah satu cara bagaimana seseorang boleh dinilai tahap kebolehan mereka sebelum boleh diterima masuk kerja. Bagi jawatan pegawai syariah selain daripada kelayakan asas sebagaimana yang pernah saya kemukakan sebelum ini, seseorang yang ingin menjawat jawatan ini pastinya perlu menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Begitu juga kelancaran dan kefahaman menguasai kitab thurath juga menjadi keutamaan. Secara peribadi saya mengharapkan agar sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai pegawai syariah nanti bukan sahaja mampu menguasai pelbagai bidang dan cabang ilmu malah mempunyai keperibadian dan sahsi...

Corat coret

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat ilahi. Alhamdulillah kembali bersiaran setelah sekian lama menyepi diri. Faktor masa dan line internet yang teruk sering membuatkan hasrat hati untuk menulis tergendala. Beberapa draft terbiar sepi tanpa apa-apa suntingan. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Jadikan apa yang berlaku sebagai panduan dan pengajaran meneruskan kehidupan. Walau apapun perancangan terbaik yang kita buat pastinya tidak mampu mengawal ketentuan Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik terjadinya sesuatu. Perancangan cuti  kami pada cuti sekolah lepas tidak kesampaian. Ibu mertua dimasukkan ke wad ICU kuala terengganu. Semua itu ketentuan Allah yang tiada siapa sangka. Moga Allah memberikan yang terbaik kepada kami dan mempermudahkan segala urusan kami nanti. Mohon doa kalian agar Allah memberikan kesembuhan...