Menghargai apa yang dimiliki

UTeks: Jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim.  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha menyayangi.

Alhamdulillah. Kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati indahnya kehidupan ini. Tanpa perlu merungut seharusnya kita bersyukur atas
apa sahaja yang
kita ada. Bagaimana mungkin kita boleh merasai nikmat kehidupan sekiranya kita asyik mengeluh atas apa sahaja perkara.
Lumrah manusia menginginkan yang cantik, yang terbaik sehingga terlupa bahawa dia sebenarnya telah memiliki yang terbaik baginya. Dalam kehidupan berpasangan seringkali ada pasangan yang suka membandingkan pasangannya dengan pasangan orang lain yang lebih baik. Sedangkan dia tidak tahu bahawa sebenarnya Allah telah memberikan pasangan yang pastinya ada kelebihan tersendiri.
Setiap kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh setiap pasangan pastinya saling melengkapi. Nikmatilah kehidupan berpasangan dengan kelebihan dan kekurangan yang ada. Setiap kekurangan tampung lah dengan kelebihan yang kita miliki. Dengan cara itu barulah mudah untuk merasai kebahagiaan.
Selamat berkasih sayang.

Comments

Popular posts from this blog

Pegawai Syariah

Cerai luar mahkamah

Tahfiz Model Ulul Albab