Poligami
Teks: Jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam jumuah mubarakah. Semoga dengan keberkatan hari Jumaat ini kita semua dilimpahi rahmat Allah.
Heboh sehari dua ini di Facebook dan juga whatsapp tentang kenyataan dan pendapat dari seorang wanita bernama syikin mengenai poligami. Ada yang mengutuk tak kurang juga yang memuji.
Sungguh isu poligami bukan isu biasa, ia isu hangat yang perlu ditangani secara bijak. Bukan apa, bimbang sekiranya pendapat yang diberikan akan mengakibatkan kita tersalah kata tersilap bicara sehingga mempertikaikan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
Saya bukan seorang yang anti poligami dan tidak juga menyokong 100%.
Berpandukan undang undang yang ada, poligami dibenarkan dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan. Perbanyakkan bacaan mengenainya dan fahami hukum hakam yang berkaitan dan bukan bercakap dan menulis tanpa asas dan otoriti yang jelas.
Semoga Allah mengampuni kita semua.
Comments
Post a Comment