Bahagian Sokongan Keluarga

Teks: Jazilah Mohd Saad

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah yang membenarkan dan mengizinkan entri ini disiapkan. Sejak Januari hinggalah Ogos entri ini tertangguh dengan pelbagai alasan.
Perjalanan kerjaya kadang-kadang sukar diduga. adakalanya apa yang berlaku memenuhi keinginan dan hasrat hati namun adakalanya apa yang berlaku memberikan kejutan yang tak disangka. Namun sebagai seorang insan yang pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi, anggaplah sahaja ia adalah suatu rezeki dan nikmat yang tak dijangka dan ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.
Kembali kepada perjalanan karier saya, mulai Januari 2014, saya telah ditempatkan di Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Satu bahagian yang baru sahaja diwujudkan pada tahun 2009. Walau pada awalnya rasa berat dihati untuk meninggalkan lubuk ilmu (pusat Sumber) yang makin serasi dengan jiwa, namun arahan tetap dipatuhi. Moga-moga Bahagian baru, bos baru dan staf dan rakan sekerja yang baru memberikan pengalaman yang baru buat diri ini.
Alhamdulillah, kini sudah hampir 8 bulan bertugas sungguh banyak perkara baru yang dipelajari dari hari ke hari. Walau pun "nature" tugas berbeza, pengalaman lalu di tempat kerja lama masih boleh terus digunakan.
Insyaallah perincian mengenai Bahagian Sokongan keluarga akan saya masukkan dalam entri akan datang. Doakan semoga diri ini diberi kekuatan dan istiqamah untuk meneruskan penulisan yang tidak seberapa ini.

Hingga berjumpa lagi



Comments

Popular posts from this blog

Cerai luar mahkamah

Pegawai Syariah

Tahfiz Model Ulul Albab