Mendidik jiwa dan hati-elak pembaziran
Teks:Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam hujung minggu. Alhamdulillah hari ini berkesempatan mengikuti program berkhatan yang dianjurkan pejabat suami. Seronok melihat anak-anak dengan pelbagai ragam dan kerenah. Namun dalam keseronokan meraikan anak - anak ada sedikit rasa terkilan dengan kerenah segelintir ibu bapa yang turut sama merai anak- anak ini. Sungguh rasa terkilan tak dapat dibendung. Pihak penganjur sememangnya pemurah menyediakan makan minum untuk semua yang hadir. Malangnya sikap sesetengah ibu bapa yang begitu "tamak" semasa mengambil makanan sungguh memalukan. Kalau lah makanan tersebut mampu dihabiskan tidak mengapa. Malangnya ia tidak dihabiskan malah dibuang begitu sahaja. Orang lain yang tidak sempat merasa terkulat-kulat melihat makanan yang sepatutnya dimakan tetapi terpaksa dibuang ke tong sampah. Macam mana agaknya kita hendak mendidik anak - anak kita jika ibu bapa berkelakuan sebegitu. Sepatutnya ibu bapa menjad...