Ilmu: pencarian yang tidak berkesudahan.
Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. "Kewajipan menguasai ilmu tidak ada batas usia. Dengan ilmu, kita akan memperbaiki hati dan fikiran. Ilmu mampu meningkatkan kualiti hidup dan pekerjaan. Ilmu juga menjemput izzah dan kemuliaan". Dr Ridzwan Bakar. Orang sering bertanya saya kenapa masih nak sambung belajar sedangkan kerjaya dah stabil, tidakkah susah untuk membahagi masa di antara keluarga, kerjaya dan pelajaran. Pada mulanya agak susah untuk memberikan jawapan yang memuaskan semua orang. Namun pendekatan jawapan mungkin berbeza mengikut siapa yang bertanya. Mungkin begitu juga sahabat lain yang berada di landasan yang sama. Secara umumnya alasan dan sebab mungkin pelbagai. Bagi seorang pensyarah universiti ianya adalah satu kemestian. Namun bagi penjawat awam ianya satu pilihan. Secara peribadi bagi saya alasan menyambung pelajaran bermula dengan beberapa sebab seperti peluang dan...