Hubungan mertua menantu
Teks: Jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim salam jumaat penuh barakah.
Baru selesai menonton nlko dengan penampilan prof muhaya sebagai tetamu dalam slot inspirasi pagi. Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh dr muhaya hubungan yang baik antara mertua dan menantu boleh dibina dengan hanya masing banyakkan bersyukur dan tidak saling mencari kesalahan.
Hubungan antara mertua dan menantu memang adakalanya rumit terutamanya ibu mertua dan menantu perempuan. Jadi tak hairan lah jika ada perceraian yang berlaku berpunca daripada masalah perhubungan tersebut.
Ibu mertua kadang kala terlalu suka untuk campur tangan urusan keluarga anak menantu dan menantu pula ego dan merasakan mereka sudah tahu semua perkara dan tidak perlu tunjuk ajar daripada orang lain lebih-lebih lagi mertua.
Saya suka melihat cara bonda melayan menantu-menantunya. Menantu lelaki akan dihormati seolah-olah ingin mengajar anak sendiri begitulah caranya melayan suami. Menantu perempuan pula tidak pernah dikongkong atau disuruh untuk berbuat itu dan ini. Malah dilayan seolah anak sendiri, tidak sesekali beliau memperlakuka seolah-olah beliau tahu terutamanya berkaitan urusan penjagaan anak-anak. Sekiranya anak menantu bertanyakan pendapat barulah diutarakan pendapat. Katanya tidak mahu menantu perempuan terutamanya kecil hati dan dianggap serba tidak tahu.
Sekadar berkongsi.
Comments
Post a Comment