Ibu sumber inspirasi
Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang.
Hari minggu adalah hari untuk bersantai bersama keluarga. Keluarga adalah keutamaan. Dalam apa jua keadaan sibuk atau lapang, keluarga tidak sama sekali diabaikan.
Keluarga adalah antara sumber inspirasi diri ini. Suami,anak-anak, ibu bapa dan adik beradik mampu menjadi sumber inspirasi asal saja kita mahu.
Berkongsi pengalaman, ibu adalah antara individu yang banyak mempengaruhi diri ini dan salah satu sumber inspirasi saya. Ingin sekali menjadi seperti ibu, penyabar dan istiqamah dalam ibadah.
Walaupun ibu bukanlah berpelajaran tinggi namun sifat positif dalam dirinya amat saya sanjung. Setiap kali keluh kesah hati diutarakan, respon beliau pastinya...insya Allah takder apa tu..mak doa sokmo dah. Hati yang gundah pasti lega mendengarnya.
Walaupun ibu juga bukanlah seorang tinggi pengajian agamanya. namun istiqamah yang tinggi terhadap ibadah amat saya kagumi. Setiap malam beliau akan menghadap quran dan kitab jawi besarnya sebelum tidur. Seawal 4 pagi pancuran air paip pasti kedengaran menandakan beliau sudah bersedia untuk berbicara dengan pencipta.
Walaupun ibu bukanlah seorang jutawan namun acara jamuan sentiasa menjadi rutin rumah beliau. Tua muda miskin kaya pasti datang jika diundang. Dulu semasa arwah ayah masih ada orang pasti mengatakan..rumah ustaz pasti ramai yang datang. Namun kini keadaan yang sama masih berlaku. Apa yang saya nampak sesiapa yang mengenali ibu, tua muda tanpa mengira darjat dan pangkat mereka begitu menghormati ibu.
Begitulah ibu di mata anak bongsunya ini.
Sungguh...setiap ibu pastinya mempunyai kelebihan tersendiri di mata anak-anak. Bagaimana agaknya kita? Bagaimana agaknya penilaian mereka terhadap kita. Itu baru anak-anak...bagaimana pula penilaian al-khaliq.
Ya Allah bimbinglah hambamu ini agar mampu mendapat penilaian yng yang terbaik di sisi Mu.
Astaghfirullah
Comments
Post a Comment