Cuti belajar vs kerja
Teks: Jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim dan salam pagi jumaat yang penuh barakah. Semangat ingin kembali menulis berkobar-kobar hari ni. Hari yang tenang tanpa ada sebarang temujanji samada dengan penyelia atau kenalan lain. Semua urusan bersangkut paut dengan temujanji selesai petang semalam. Alhamdulillah.
Di saat ini hanya menghitung saki baki masa yang masih tinggal sebelum memulakan kembali rutin harian yang lebih sibuk.
Alhamdulillah sepanjang hampir tiga tahun setengah Allah telah berikan saya peluang kembali merasai pengalaman bergelar pelajar pada masa saya sudah mempunyai keluarga yang besar. Ia sungguh berbeza kalau dibandingkan semasa first degree dan sarjana dahulu. Ruang dan waktu sebagai seorang pelajar adalah antara momen terindah buat saya.
Saya cuba senaraikan beberapa perkara yang saya rasakan mempengaruhi ruang kehidupan saya.
1. terasa lebih banyak masa untuk beribadah
Masa beribadat dan mendekatkan diri kepada yang maha esa dirasakan lebih banyak. Mungkin persekitaran yang banyak mempengaruhi. Kalau di uia pergi saja ke masjid pasti ada saja kelibat anak-anak pelajar luar negara sedang menghafal alquran juga kelibat pelajar sedang membaca al quran. Sungguh ia seolah-olah satu budaya.
2.Bergaul bersama orang-orang yang berilmu
Sepanjang tempoh banyak seminar, persidangan diianjurkan. Inilah ruang dan peluang berkenalan dengan ilmuwan yang sungguh mengkagum. Benarlah orang kata...kita adalah dengan siapa kita berkawan. Jika berkawan dengan orang yang berilmu maka ilmu akan turut bersama kita.
3. Sering diinspirasi dan di motivasi oleh guru-guru yang hebat.
Syukur saya dianugerahkan dengan 3 orang penyelia yang cukup baik dan sanggup membantu. Terus terang saya katakan saya bukanlah seorang yang bijak. Kadang-kadang terlalu sukar untuk saya fahami perkara-perkara yang kompleks. Alhamdulillah penyelia saya cukup sabar menghadapi kerenah saya. Tidak cukup dengan itu..kata-kata semangat sering menjadi titipan.
4.lebih masa bersama keluarga.
Apa yang paling saya suka adalah sepanjang tempoh cuti belajar banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga. Sekiranya saya tidak ke universiti hampir 70 peratus masa adalah bersama keluarga. Agak sukar untuk mendapatkan peluang ini kiranya dah mula kerja. Walaupun jauh di sudut hati itulah impian saya. Untuk menjadi seorang suri rumah yang masanya lebih pada keluarga. Namun pada masa sama impian sejak kecil ini perlu juga direalisasikan. Saya tahu Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Dia akan mendatangkan sesuatu itu pada saat dan masa yang tepat sesuai dengan kehendak Nya.
Alhamdulillah.
Wallahuaklam. Sekadar cetusan hati.
8.55 pagi.
Comments
Post a Comment