perkahwinan
teks: jazilah mohd Saad
Semalam 8hb
September adalah ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke 12 tahun. Sekejap
sahaja masa berlalu rupa-rupanya sudah 12 tahun kami telah bersama-sama
mengharung pahit manis hidup berkeluarga. Ulang tahun perkahwinan pada kali ini
tanpa apa-apa acara istimewa atau kejutan hadiah dek kesibukan dengan pelbagai
urusan dunia yang tak berkesudahan. insyaAllah jika diizikanNya dengan ruang
dan masa, acara istimewa pasti ada nanti. Sebenarnya hari-hari biasa adalah hari-hari yang
istimewa bagi kami. Umpamanya hari ini mertua dan suami siap menyediakan nasi
dagang istimewa dan saya hanya goyang kaki pagi ini kerana semuanya sudah
tersedia di meja.
Mengharung
tahun-tahun perkahwinan pastinya ada onak dan duri. Namun bagaimana penerimaan
dan pengurusan keluarga ketika berhadapan dengan ujian itu pastinya mencorakan
kehidupan kita. Secara peribadi saya percaya gabungan doa, iman tolak ansur dan
persefahaman antara inti keserasian bagi setiap pasangan. Komitmen yang kuat
terhadap peranan dan hak masing-masing harus seiring supaya tidak ada sesiapa
yang terasa dirinya dikesampingkan. Namun bukan mudah juga untuk melayari
perkahwinan tanpa ada ilmu di dada. Ilmu mengenai institusi perkahwinan dan
kekeluargaan perlu sentiasa ditambah agar seiring dengan kehidupan yang penuh pancaroba.
Jika di dalam Al-Quran, perkahwinan banyak dilihat secara khusus
sebagai Mithaqan ghaliza bermaksud perjanjian yang kuat. Perjanjian yang
kuat ini dinisbahkan kepada akad perkahwinan yang dilafaz dan diterima oleh
kedua belah pihak yang menggambarkan persetujuan kedua-dua pasangan terhadap
keputusan dan komitmen mereka untuk hidup bersama sebagai suami dan isteri atas
landasan saling redha meredhai antara satu sama lain
Upacara akad ijab qabul atau perjanjian sebenarnya merupakan asas dan simbol kepada
sikap saling meredhai dalam membina hubungan suami isteri, Ia seterusnya
membawa kepada beberapa hubungan dan diwujudkan oleh satu set hak dan
tanggungjawab bersama.
Dalam sistem keluarga Islam, lelaki harus diletakkan berada
dalam kedudukan ketua dan penyelia kepada semua ahli keluarga. Mereka harus bertanggungjawab
menyediakan keperluan ekonomi dan material rumahtangga. Firman Allah dalam
al-Quran yang bermaksud:.
"Lelaki yang bertanggungjawab bagi wanita, kerana
Allah telah menjadikan salah seorang daripada mereka untuk cemerlang yang lain,
dan kerana mereka menghabiskan kekayaan mereka (untuk menyokong mereka dan
keluarga)" .59
Manakala tanggungjawab utama wanita pula terletak di dalam mengurus
keperluan keluarga. Keperluan ini merangkumi keperluan suami dan anak-anak dan
tidak lupa juga keperluan diri sendiri. Walaupun tanggungjawab itu hanyalah
sebagai pengurus dan bukan penyedia, tidak pula menjadi kesalahan sekiranya
seorang isteri sanggup membantu tugas suami sebagai penyedia. Ini kerana pembahagian
tanggungjawab diantara pasangan suami dan isteri dalam melaksana tanggungjawab
keluarga harus berpaksi kepada konsep adil dalam melaksanakan fungsi
masing-masing. Firman Allah
"Dan mereka (wanita) mempunyai hak-hak yang sama
kepada orang-orang (lelaki) ke atas mereka mengikut apa yang adil, dan
orang-orang mempunyai ijazah (kelebihan) atas mereka, Allah Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana."
Sekiranya seorang isteri sanggup membantu, apa salahnya
seorang suami turut sama sanggup membantu. Apabila setiap pasangan berpegang kepada prinsip
asas sebagaimana yang diletakkan oleh
Islam pastinya hidup akan sentiasa dilimpahi rahmat oleh yang maha Esa.
Comments
Post a Comment