Undang-undang Jenayah Islam
Teks: Jazilah Mohd Saad
Entri kali ini adalah berkisar mengenai undang-undang Jenayah menurut Islam. Sebenarnya entri ini disediakan hasil daripada analisis terhadap filem Semerah Padi dan kertas asal yang disediakan telah diedit dan disusun semula sesuai dengan penulisan blog.
Konsep Jenayah dan hukumannya dalam
undang-undang Islam
Di
dalam Islam terdapat tiga jenis jenayah dan hukumannya ialah hudud, qisas dan
takzir. Hudud adalah kesalahan jenayah yang ditetapkan kadarnya oleh Hukum
syarak, yang tidak ada minima dan maksimanya dan yang tidak boleh digugurkan
sama sekali sama ada oleh individu atau pemerintah. Qisas juga ditetapkan
kadarnya oleh Hukum Syarak tetapi boleh dimaafkan samada melalui bayaran diyat
atau tanpa diyat sekalipun kes itu telah sampai ke mahkamah. Takzir pula adalah
kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadarnya oleh hukum syarak tetapi
ditetapkan oleh kerajaan atau hakim mengikut budi bicaranya.
Di dalam pelaksanaan undang-undang Islam beberapa
perkara yang perlu diberi perhatian ialah berkenaan siasatan, pendakwaan dan
hukuman. Setiap perkara ini perlu diberi perhatian agar hukuman yang
dilaksanakan adalah secara adil disamping memberi pengajaran kepada pelaku dan
masyarakat.
Tatacara siasatan dan pembuktian
Konsep
penyiasatan dalam Islam adalah sangat luas dan mencakupi pelbagai perkara
samada urusan individu atau urusan berkumpulan. Tatacara penyiasatan akan
bermula daripada maklumat awal yang dibuat oleh mana-mana orang (rujuk
sekyen 54 Ordinan Tatacara Jenayah Syariah Sarawak 2001). Siasatan
diperlukan bagi mengetahui kebenaran sesuatu maklumat yang diberikan
sebagaimana firman Allah dalam Surah al Hujurat ayat 6 yang bermaksud:
“wahai orang-orang yang beriman, jika seorang fasik
datang menemui kamu membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya
kerana dikhuatiri kamu mengenakan tindakan yang buruk terhadap sesuatu kaum
dengan kejahilan dan menyebabkan kamu menyesal terhadap tindakan yang kamu
lakukan.
Siasatan boleh dilakukan sebelum tangkapan
atau selepas tangkapan dibuat dan ia perlulah merangkumi semua perkara
termasuklah berkenaan dengan saksi samada bayyinah atau syahadah. Dalam keadaan
seseorang itu ditangkap, ia berhak dan perlu dibenarkan berunding dengan peguam
atau mengadakan jaminan bagi pelepasannya. Peruntukan Undang-undang Jenayah
Syariah di Malaysia membezakan di antara kesalahan boleh tangkap dan kesalahan
tidak boleh tangkap. Justeru tatacara penyiasatan bagi kedua-dua kesalahan ini
juga berbeza.
Pembuktian
dalam hukum Islam
Di dalam perbicaraan penuh Kesalahan Jenayah Syariah,
kewajipan pendakwa ialah membuktikan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan
seperti di dalam pertuduhan. Tertuduh juga dianggap tidak bersalah selagi ia
tidak dibuktikan sebaliknya. Oleh itu tugas seorang Pendakwa Syarie adalah amat
berat untuk membuktikan dan dapat menafikan kedudukan asal bahawa seseoarang
itu tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Sebagaimana dijelaskan sebelum ini terdapat
tiga jenis hukuman di dalam kesalahan jenayah syariah iaitu hudud, qisas dan
takzir. Pembuktian dalam kes Kesalahan Jenayah ini berbeza mengikut jenis kes. Hukuman hudud iaitu rejam dengan batu
(bukan sula dengan lembing seperti di dalam filem Semerah Padi) dan juga sebatan
umpamanya memerlukan pembuktian yang kukuh. Penzina yang dijumpai sudah berzina
dan terkapar keletihan, tidak boleh dihukum had kerana saksi tidak nampak mereka berzina. Begitu juga dengan kesalahan membunuh tanpa adanya
saksi yang menyaksikan jenayah tersebut berlaku. Justeru bukti sahaja tidak
mencukupi dalam hukuman hudud. Bukti mesti disertai dengan saksi. Justeru,
kedudukan saksi amat penting. Walaupun perempuan itu terbukti sudah mengandung
hasil persetubuhan haram, hukuman hudud masih tidak boleh dilakukan. Ini tidak
bermakna wanita itu terlepas daripada hukuman.
Wanita yang didapati berzina dan didapati bersalah dengan bukti-bukti
yang mencukupi (tanpa saksi) mungkin perlu dihantar ke pusat perlindungan agar
kebajikan diri dan anaknya terjaga.
Begitu juga berkenaan pembuktian berkaitan
kesalahan yang lain yang telah menetapkan garis panduan dan bilangan saksi yang
diperlukan bersesuaian dengan jenis kesalahan yang dilakukan. Dalam keadaan
lain niat juga perlu dibuktikan samada
wujudnya mensrea atau actusrea tertuduh dalam jenayah tersebut.
Pelaksanaan hukuman hudud bagi penzina yang
muhsan di dalam filem tersebut
bukanlah gambaran pelaksanaan
hukuman hudud yang sebenar. Hukuman had
bagi penzina muhsan yang sebenarnya ialah rejam sampai mati dan bukan sula
sebagaimana dalam filem tersebut.
Dalilnya
sebagaimana hadis rasulullah saw. Yang bermaksud:
Dari Abu Huraira ra ia berkata, ada seorang laki-laki
menghadap Rasulullah SAW di masjid lalu menyeru. Ya Rasulullah sesungguhnya aku benar-benar telah berzina. Kemudian
Rasulullah berpaling sehinggaa orang tersebut mengulangi Empat kali ia
dipanggil oleh Rasulullah seraya berkata” apakah engkau menidap nyakit gila” ia
menjawab tidak, nabi bertanya adakah engkau berzina muhsan? Ia menjawab betul.lalu nabi SAW menyuruh para sahabat
“bawalah dia lalu rejamlah”. Ibnu Shihab nerkata ada seorang yang mendengar
daripada Jabir Bin Abdullah memberitahu bahawa jabir berkata”aku termasuk salah
seorang yang merejamnya iaitu kami rejam dimusalla. Tetapi tatkala batu-batu
lemparan itu melukainya ia lari lalu kami tangkap dia di Harrah, kemudian kami
rejam sampai mati.
(Sahih
al Bukhari )
Comments
Post a Comment