Kejayaan orang lain inspirasi buat diri

Teks : Jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang.

Isnin lepas 30 September kami merai kejayaan kakak kandung memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang pendidikan.  Alhamdulillah di usia lewat 40an beliau berjaya menyiapkan perjalanan phd beliau. Dalam kesibukan dengan kerja, anak-anak dan suami,  bukan mudah untuk menyiapkan penulisan tesis sekiranya tidak ada semangat dan kesungguhan.
Sungguh semangat beliau menjadi inspirasi bagi saya. Seorang yang sentiasa ingin menjadi yang terbaik, sentiasa ingin belajar dan menjadi terpelajar.
Beliau adalah contoh insan bersemangat waja yang paling hampir dengan saya. Mempunyai 8 orang anak tidak pernah menjadi penghalang beliau merealisasikan impian. Walaupun kejayaan yang dicapai mengambil sedikit masa dan memerlukan pengorbanan.  Ia tidak akan sia-sia kerana kejayaan akan menjadi lebih manis apabila mengenangkan penat lelah selama ini.
Tahniah sis.....

Comments

Popular posts from this blog

Pegawai Syariah

Cerai luar mahkamah

Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah