Catatan jumaat
Teks : Jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim dan selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.
Di hari jumaat yang penuh barakah marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad saw. Semoga kita mendapat ganjaran pahala di sisiNya.
Hari ini adalah hari terakhir cuti belajar setelah 3 tahun 6 bulan diberikan keistimewaan cuti bergaji penuh oleh majikan. Keistimewaan mendapat cuti bergaji penuh adalah satu keistimewaan dan dalam masa yang sama ada pengorbanan yang perlu dilakukan.
Sekejap sahaja masa berlalu. Walaupun urusan menyiapkan penulisan masih belum berakhir, tugas sebagai penjawat awam perlu digalas semula. Rutin selanjutnya masih belum diketahui bagaimana situasinya. Hanya berserah kepada Allah semoga semuanya berjalan dengan baik penuh limpahan kasih sayang daripada Nya.
Perjalanan sebagai seorang pelajar tua membuatkan saya sering berfikir dan refleksi diri. Terlalu banyak perkara yang berlaku menjadi pengajaran biat diri. Benarlah kata orang, setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Insya Allah sedikit demi sedikit ia akan dicoretkan pada entri seterusnya.
Hingga jumpa lagi.
Comments
Post a Comment